SMIDI Pertama Terengganu Mula Tahun Depan

| |


KUALA TERENGGANU – Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) pertama di Terengganu akan mula beroperasi pada tahun depan di tapak asal Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST), Kuala Berang, Hulu Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat, ia selaras dengan manifesto Pas pada PRU14 yang mahu mewujudkan lapan SMIDI di lapan kawasan Parlimen.
Menurutnya, penubuhan SMIDI juga sebagai usaha kerajaan memenuhi permintaan tinggi masyarakat terhadap sekolah menengah agama kerana satu sekolah aliran tersebut di setiap daerah tidak mampu menampung permohonan pelajar yang ramai.
“Keduanya, SMIDI adalah kesinambungan kepada Sridi (Sekolah Rendah Islam Darul Iman). Setakat ini kita sudah berjaya mewujudkan enam SRIDI di enam kawasan DUN,” katanya menjawab soalan Ridzuan Hashim (Pas-Buluh Gading) mengenai status terkini kerajaan dalam menubuhkan SMIDI pada persidangan DUN, hari ini.
Satiful Bahri berkata, kerajaan negeri melalui Tabung Warisan akan baik pulih bangunan KIST yang terbiar dan tidak digunakan dengan kos kira-kira RM10 juta kerana di tapak itu terdapat sebuah bangunan baharu empat tingkat belum digunakan.
Katanya, SMIDI merupakan sekolah menengah agama milik penuh kerajaan negeri dan pengambilan guru-guru yang akan mengajar di sekolah tersebut akan dibuat lebih awal bagi tujuan memberi latihan sebagai persiapan.
“SMIDI merupakan gabung jalin kurikulum standart sekolah menengah (KSSM) sedia ada dan juga kurikulum agama negeri yang akan digabungkan dengan tahfiz tapi turut memberi penekanan kepada bahasa Inggeris dan Bahasa Arab,” katanya.
sumber : https://drsamsuri.com/smidi-pertama-terengganu-mula-tahun-depan/?fbclid=IwAR2HnjOAGa_4Mitov0jUM7a0tgXf1iSVp3fP2JiM6sXz_C4IhYcd8UFzf4E

2 comments:

Asiah Amani said...

Apa syarat2 utk mohon ke SMIDI

Asiah Amani said...

Slm..
Apa syarat2 kelayakan utk mohon ke SMIDI

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...