Ahli Jawatankuasa Digesa Anjur Program Imarahkan Masjid

| |

Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 7 April- Ahli jawatankuasa masjid digesa menganjurkan program yang mengerakkan ahli kariah untuk bersama-sama mengimarahkan rumah Allah.

Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Kamaruzzaman Abdullah berkata, usaha itu hendaklah dilakukan bersungguh-sungguh supaya dapat menarik orang ramai menghadiri majlis-majlis ilmu dan keagamaan yang diadakan.

"Zaman sekarang nak tarik budak muda, orang tua banyakkan buat diskusi mahupun tazkirah.

" Selepas itu, adakan majlis makan-makan selepas kuliah biar ianya jadi tabiat. Nak ambil mana duit. MasyaAllah, tak payah fikir, buat saja," ujarnya.

Beliau yang berkata demikian ketika menyampaikan kuliah maghrib di Masjid Lama Kampung Sura sempena Karnival 60 Tahun PAS Kawasan Dungun, 100 Tahun Masjid Lama Kampung Sura dan Kembara Israk Mikraj, baru-baru ini.

Kamaruzzaman berkata, Nabi Muhammad S.A.W boleh menarik masyarakat supaya duduk di rumah Allah dengan meraikan sahabat-sahabat sehingga mereka merasakan kebersamaan dengan masjid.

“Imarahkan rumah Allah dengan benda-benda yang lebih mesra dengan orang ramai supaya mudah-mudahan masjid merupakan tempat bernaung bagi umat Islam," ujarnya.

sumber : https://www.teganukita.net/2019/04/ahli-jawatankuasa-digesa-anjur-program.html?m=1&fbclid=IwAR2xdltKj-IU97q2wvrk4UYjAi84r_SbKaS00jOJLOCbQapidQoMghw5VT0

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...