PAS Mahu Menerajui Negara Untuk Mendaulatkan Islam

| |
Oleh : Adli Mohamad.
DUNGUN – PAS mahu menerajui dan memerintah negara ini bagi mendaulatkan Islam sebagaimana yang diperintahkan Allah.
Yang DiPertua PAS Kawasan Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, ianya bukan semata-mata untuk mendapatkan kuasa, tetapi bagi memastikan agama ditegakkan secara syumul.
“Islam mesti menjadi kuat dan teguh kedudukannya bukan semata-mata berkuasa, sebab kita melihat kepentingan Islam menjadi paksi utama jika sekiranya Allah memberikan kuasa kepada kita.
“Dalam kita meletakkan asas perjuangan (PAS) iaitu Islam mesti ada tempatnya didalam negara,” jelasnya.
Beliau berkata demikian, dalam ucapannya, pada pada Karnival Sambutan PAS 60 Tahun dan Sambutan 100 Tahun Masjid Lama Sura, Di perkarangan Masjid Lama Sura, di Dungun, pada Khamis 4 April.
Dengan mentadbir negara menurutnya, keistimewaan kepada orang Melayu Islam akan terpelihara, disamping menjamin hak-hak kaum lain.
Namun katanya, apa yang terjadi hari ini, pemimpin bukan Islam cuba mencampuri hak dan kepentingan orang Islam.
” Kita dapati adanya semacam penghakisan kepada Islam. Maka inilah kita melihat kembali, apa yang perlu kita sebagai pendokong dan penyokong termasuk kalangan ahli PAS di semua peringkat untuk kita letakkan asas.
“Mengembalikan semula kedaulatan Islam dan juga kepentingan kepada penganut-penganut Islam,” ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Dungun.

sumber : https://buletinonline.net/v7/index.php/76168/?fbclid=IwAR0ZcYnxaFnXqt7f3Ptqe4rbOxsVnDH5_KH_EpAH_dE1DlN9CgFA8d8YMp0

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...