Kerajaan PAS Terengganu Bantu Pelajar Pondok Dan Tahfiz

| |
Oleh : Adli Mohamad.
KUALA TERENGGANU – Kerajaan PAS Negeri Terengganu komited membantu golongan belia dan beliawanis termasuk pelajar lepasan pondok dan tahfiz.
Menteri Besar Negeri Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bantuan peperiksaan awam dan kursus teknikal diberikan kepada golongan terbabit.
“Yang sebelum ini mereka yang lepasan pondok dan tahfiz (diserah) bulat-bulat mereka nak buat apa.
” (Sehinggakan) ada yang meniaga, ada yang meniaga ‘internet’ pun ‘ok’ juga. Ada yang pergi ke Kuala Lumpur kerja merata-rata.
“(Maka) kita sediakan dana dua juta untuk mereka ambil peperiksaan awan dan kursus teknikal, ” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Talkshow Bersama YAB MB, Himpunan Belia Dan Beliawanis (HEBAT) di sini, pada Jumaat malam.
Menurut ADUN Rhu Rendang itu, di Terengganu terdapat pusat belajar kemahiran seperti TESDEC, TATI untuk dipilih pelbagai kemahiran, dan Kerajaan Negeri Terengganu membuka peluang agar belia-beliawanis mempunyai ruang untuk mendapatkan kemahiran.
“Keluar dari kursus tu boleh kerja sebagai ‘techhnician’ atau nak (pilih) kerja sendiri didalam bidang yang berkaitan pemasangan sistem internet di rumah-rumah dan sebagainya itu boleh menjadi satu bisnes,” ujarnya.
Jelasnya lagi, kerajaan tidak memberi bantuan begitu sahaja, apa yang dilakukan oleh kerajaan PAS Negeri Terengganu ini adalah memberi joran untuk pergi mengail. Bukannya tak ada kerja di beri bantuan duit begitu sahaja.
“Akhirnya kita tidak membina diri belia dan beliawanis kita maka apa kita (kerajaan) buat?
“Kita beri kemahiran, kita beri kepandaian. (Untuk) ada kemahiran dan kepandaian kena masuk (kelas), kena belajar.
“Bukan lama, sekejap sahaja. InsyaAllah (bila) keluar cari jalan pula kalau nak meniaga,” ujarnya.
Bagi belia-beliawanis berimpian untuk terlibat dalam usahawan ada beberapa dana yang diperuntukkan.
“Kita ada dana usahawan. Latihan usahawan dua juta kita peruntukkan, program Usahawan Terengganu Sejahtera satu juta, dana usahawan belia 1 juta,” katanya.
Tambahnya bukan diberi atas perorangan jumlah yang begitu besar namun ada kaedah-kaedah yang dilakukan oleh kerajaan.

sumber : https://buletinonline.net/v7/index.php/kerajaan-pas-terengganu-bantu-pelajar-pondok-dan-tahfiz/?fbclid=IwAR3lcEQQ_lp5KYsviQhL8OmnNeKbjIpSo08dn8jnUC_grMWbkiUFIasoAbM

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...