Resepi Kekal Dalam Jemaah, Jangan Tinggal ‘Tarbiyyah

| |
Oleh : Adli Mohamad
DUNGUN- Untuk kekal dan istiqamah di dalam perjuangan PAS antara rahsianya terdapat pada program ‘tarbiyyah’ yang wajib disertai oleh ahlinya terutama kepada Pemuda PAS.
Ketua Lajnah Tarbiyyah PAS Kawasan Dungun, Jamaluddin Jusoh berkata, melalui program tarbiyyahlah akan bertemunya permata rahsia untuk kekal di dalam jemaah PAS.
“Yang pertama sekali kita tidak boleh melepaskan nas Al-Qur’an ataupun hadis.
“Sebab gerakan (PAS) berpandukan Al-Qur’an dan hadis yang mempunyai banyak rahsia. Kadang-kadang bukan yang tertulis tetapi yang tersirat,” ujarnya.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis Liqa’ Fikri anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun, yang diadakan di Masjid Lama, Jerangau Sungai, Bukit Besi, baru-baru ini.
Menurutnya, rahsia yang tersirat untuk kekal di dalam jemaah PAS, tidak semua Allah izinkan untuk mendapatkannya.
” Dan juga jangan sama sekali kita biarkan diri kita dikawal, dikuasai oleh rakan-rakan yang ada penyakit.
“Samada penyakit ‘futur’ (terhenti dan melengah-lengah) bahkan yang tidak lagi aktif, yang keluar pada perjuangan sedangkan masih muda. Jangan kita dikuasai mereka sebab akan takut berlakunya kecelaruan,”tegasnya.
Menurutnya di dalam kitab Wabak Sepanjang Jalan, karangan Dr. Al-Sayed Muhammad Noh banyak menerangkan wabak-wabak yang mesti dijauhi untuk kekalkan diri didalam jemaah.
” Kawan-kawan di dalam perjuangan PAS hendaklah dikenali dan dipilih di kalangan mereka yang baik dan berkawan dengan orang yang positif, kita akan positif.
“Jadi kalau nak istiqamah berkawan dengan orang boleh mencabar keistiqamahan kita. Dimana kita tengok dia kita akan semakin bersemangat,” katanya.
Selain itu menurutnya, di antara jalan bagi istiqamah adalah dengan cara mendekati mereka yang telah veteren dalam perjuangan PAS.
“Jangan tinggalkan orang-orang lama dalam perjuangan PAS, dimana mereka adalah pimpinan-pimpinan yang kita boleh tengok bagaimana biodata dan juga sejarah kehidupan mereka,” jelasnya.
Dan sehubungan dengan itu, menurutnya dalam usaha untuk melahirkan generasi baru untuk beristiqamah, PAS Kawasan Dungun melalui Ahli Jawatankuasa Parlimen Dungun akan anjurkan satu program yang dinamakan Jejak Pejuang iaitu menjejak kubur tokoh yang mengasaskan PAS di Dungun iaitu Tuan Guru Haji Zainal Abidin.
“Kita pergi bukan nak buat ‘bidaah’ di situ, tapi kita pergi nak mengumpul sejarah ‘keistiqamahan’ beliau dalam suasana beliau dahulu dalam tiada kenderaan seperti sekarang.
“Tapi beliau istiqamah sehingga mencetuskan sejarah. Di Terengganu, kewujudan awalnya adalah di Dungun melalui pondok Tuan Guru Haji Zainal Abidin, menjadi saksi perjuangannya sehingga ditintakan dengan dakwat emas,” ujarnya.
sumber : https://buletinonline.net/v7/index.php/resepi-kekal-dalam-jemaah-jangan-tinggal-tarbiyyah/?fbclid=IwAR33z1ASek104WUgjBsqKPK0Y86FH1BNby8xki-wA3Dh-CgAfCtHq7cXMD8

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...