“Hukuman Tuhan”: Gabenor Tokyo tarik semula!

| |
Bala Tuhan atau bencana alam? Konflik perbahasan yang panjang dan lama. Sekian lama menjadi perbincangan diseluruh dunia bahkan dalam dunia Islam sendiri.

Naluri beragama akan menyedari adanya kuasa besar disebalik kejadian malapetaka atau kenikmatan yang berlaku didunia ini. Tinggal lagi sejauh-mana penerimaan seseorang dikala panik atau keributan menghadapi suasana kesukaran sedemikian.

Gabernor Tokyo, Shintaro Ishihara telah menjadi serangan kemarahan di Jepun apabila didakwa mengatakan bahwa bencana yang menimpa Jepun ketika ini adalah "hukuman Tuhan". Beliau kemudiannya memohon maaf daripada orang-ramai. "(Pernyataan) itu sangat melukai orang-ramai dan mangsa korban dari Tokyo," katanya dalam siding media. "Saya minta maaf banyak-banyak."

Ishihara, 78, mengatakan kelmarin bahawa orang Jepun sekarang ini telah menjadi "serakah" dan menceritakan beberapa kes orang-orang yang terus mengambil duit pencen orang tua mereka tanpa memberitahu kematian orang tuanya.

"Hal ini (bencana tsunami ini) diperlukan untuk membersihkan pemikiran serakah tersebut." katanya kepada wartawan. "Saya pikir itu adalah hukuman ilahi."

Ishihara kemudian menarik balik kenyataan tersebut. Gabernor yang juga bertugas di parlimen negara itu mengumumkan pencalonannya untuk jawatannya bagi penggal keempat pada hari Jumat ketika Tsunami terjadi.

Ishihara sendiri dikenali kerana pandangan nasionalisme Jepunnya dan membantah kekejaman Jepun sebelum dan selama Perang Dunia II seperti Rape of Nanking.

Bagi sebuah negara maju dan canggih seperti Jepun, ianya sepatutnya menjadi peringatan besar tentang adanya hari kiamat yang lebih hebat dan menggerunkan. Kalau Tsunami di Aceh, dianggap negara miskin dan ketinggalan kemodenan. Kini Negara hebat seperti Jepun, yang pernah diambil polisi ‘pandang ke timur’ oleh negara kita, juga tak tertanggung menghadapai fenomena musibah seperti ini. Meskipun adalah peralatan hebat, peringatan awal bencana alam… kini hamper 13 ribu dikatakan menjadi korban tsunami dan kini hidup ketakutan dengan tenaga nuklear yang mereka amat bergantung harap sebagai sumber tenaga kehidupan mereka selama ini. Seolah bakal menjadi musuh kepada manusia.

Bagi umat Islam, kita telah dididik dengan peringatan ilahi ini.

فَكُلًّا أَخَذْنَا بِذَنْبِهِ فَمِنْهُمْ مَنْ أَرْسَلْنَا عَلَيْهِ حَاصِبًا وَمِنْهُمْ مَنْ أَخَذَتْهُ الصَّيْحَةُ وَمِنْهُمْ مَنْ خَسَفْنَا بِهِ الْأَرْضَ وَمِنْهُمْ مَنْ أَغْرَقْنَا وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

Maka masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil dan di antara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri. Surah al-Ankabut : 40

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusi, supay Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).Surah Ar-Rum : 41

Bagi yang beriman dengan qadha’ dan qadar ia menerimanya sebagai ketentuan ilahi. Menyedari hikmah sebaliknya serta beriman akan adanya Hari Kiamat yang lebih dahsyat.

"Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dahsyat, dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat yang dikandungnya dan manusia bertanya: "Apakah yang terjadi pada bumi ini?" Pada hari itu bumi menyampaikan beritanya, kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan yang demikian itu padanya. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan berkelompok-kelompok untuk diperlihatkan kepada mereka balasan semua perbuatannya” Surah al-Zilzal: 1

3 comments:

Toshio (Zharfan) said...

Jangan percaya gabenor Tokyo yang terkenal dengan perkauman yang tebal (sama seperti Perkasa). Ishihara ialah gabenor paling "Ultra Racist" di Jepun selepas Takeo Hiranuma dengan menyatakan hanya rakyat Yamato Jepun perlu diselamatkan dan minoriti Korea, China, Ryukyu, Ainu dan Buraku dikatakan melakukan huru-hara ketika bencana.

Hanya Yakuza dan Uyoku Dantai sukakan Ishihara.

otaklunyai said...

Ini zaman dimana siapa yg menyatakan kebenaran adalah salah... kebenaran tolak tepi, kebodohan didahulukan dan kebathilan diutamakan

cayrul.com said...

Jepun memerlukan hampir 60 tahun utk membangunkan jepun selepas hiroshima. Namun Allah hancurkan jepun selama 15 minit sahaja. Kita sebagai umat slam perlu mengambil pelajaran bahawa dgn kuasa Allah.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...