
Sekarang baru terlondeh. 1. Cina mana yang tipu melayu? 2. Melayu mana yang kena tipu. 3. Macamana boleh terbongkar?
Aku ingat Lim Kit Siang ke, Lim Guang Eng ke? Teresa Kok atau Elizabeth Wong? Ish 3X! rupa-rupanya…

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy pada Isnin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Dia didakwa mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Difahamkan, Chan yang berada di luar negara pulang beberapa hari laku selepas diminta oleh pihak berkuasa.
Hakim Mahkamah Seksyen Azhaniz Teh Azman membenarkan Chan diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin. Beliau menetapkan 31 Mac untuk sebutan semula kes. Chan merupakan bekas Menteri Pengangkutan yang kedua yang didakwa berhubung skandal PKFZ selepas Tun Dr Ling Liong Sik.

Selama ini UMNO dok serang seolah pemimpin PR lah pengkhianat Negara, berkepentingan dan menipu rakyat. Tipu Negara? Sekarang ni baru jelas yang menipu Negara tu ramai di kalangan Tan Tin Tun. Segerabak dengan UMNO dalam kompenen BN. Mereka pakat tipu sesama sendiri untuk membaham harta rakyat. Bukan sedikit 12 billion!!!
Ingatkan mela

Macamana boleh terlondeh? Itupun terlondeh dan berani dilondehkan selepas tiada jawatan. Barulah sangkut. Dalam masa yang sama imej Pak lah mahu terus dicemarkan oleh seseorang yang terus berdendan dengan beliau. Bukan dikalangan orang Pas tetapi dikalangan orang UMNO dan pimpinan UMNO. Itu baru PM sepenggal. Bagaimana dengan Tun Mahathir yang dah banyak penggal? Bila nak terlondeh? Fuhh!!! Macam Mubarak, Ben Ali atau Ghadafi le. Jatuh baru terlondeh. Sebab itu Mahathir dok berlengkar dilengan Najib dan amat bimbang kalau BN tumbang. Mana ada PM melayu yang tidak ditipu cina. Sejak PM pertama lagi, ditipu oleh Lee Kuan Yew sehingga terlepas Singapura.
Kita dok t

Kalau rakyat nak tahu siapa mereka ini? Kalau nak tahu betapa haprak mereka ini, rakyat perlu serah Putrajaya kepada PR. Dengan sistem kehakiman baru yang adil lagi telus nescaya dapatlah rakyat lihat siapa pengkhianat sebenarnya. Siapa penipu rakyat, Siapa penyamun tarbus. Rakyat akan lihat wajah-wajah UMNO-BN sebenarnya. Rasanya tak cukup penjara Sungai Buluh tu. Kalau tak pun pakai kapal selam lari ke Monggolia???
1 comment:
cina dia sokong mana pun dia untung, melayu yang rugi.fikir-fikirkanlan yea.
Post a Comment