Hudud: Tak Perlu Pinda Perlembagaan

| |
Politik macam bola. Benda bulat sukar untuk menjangkakan kedudukannya berbanding kotak. Sama juga pasukan bola. Yang pasti ada kalah dan ada menang.
Siapa sangka Parti LDP Jepun boleh tumbang dan tersungkur meskipun terlalu banyak jasanya dalam memajukan Jepun setelah bangkit 50 tahun yang lalu. Siapa sangka Thaksin yang duduk ditampuk kekuasaan boleh hilang kuasa bahkan terpaksa tinggal dinegara buangan meskipun Pari Thai Rak Thainya memenangi pilihanraya dan Abhisit Vejjajiva, yang merupakan pemimpin parti kecil iaitu Pari Demokrat Thai boleh menjadi Perdana Menteri Thailand. Begitu juga di Indonesia, parti gergasi seperti Parti Karyawan Golkar pimpinan Soeharto boleh tumbang dan Gus Durr yang memimpin Parti PKB boleh menjadi Presiden. Pilihanraya 2004, meskipun Parti Demokrat pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono baru ditubuhkan 2 tahun sebelum pilhanraya dan hanya meraih 13.8 peratus undi berbanding Parti Demokratik Indonesia-Perjuangan (PDIP) pimpinan Megawati Sukarnoputri dengan 25.3 peratus sokongan tetapi beliau terpilih menjadi Presiden dan sehingga kini parti beliau menjadi semakin kuat berbanding parti-parti lain termasuk PAN, PPP, PKS yang dilihat lebih lama.
Itulah politik namanya. Hakikat sebenarnya ketentuan telah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa. Cuba kita teliti keyataan Zaid Ibrahim, MT PKR dalam kenyataan apabila isu hudud dilontar oleh media UMNO. Meskipun kita tahu UMNO tidak berhajat dan bukan matlamat mereka dengan Islam tetapi cubaan mereka untuk memecah-belahkan PAS dan menimbulkan keraguan tentang matlamat perjuangan PAS sendiri.


Zaid: Impian Pas Laksanakan Hudud Tidak Mungkin Tercapai

KOTA BARU
: Hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud tidak akan tercapai kerana parti itu secara sendirian tidak mampu menguasai majoriti kerusi Parlimen untuk meminda perlembagaan, kata penyelaras pakatan pembangkang Datuk Zaid Ibrahim.
"Saya tidak nampak hudud boleh dilaksanakan oleh satu parti sahaja. Ia memerlukan sokongan besar di dalam dewan (Rakyat)," katanya.
Zaid yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan berkata impian melaksanakan hukum hudud tidak mungkin tercapai berdasarkan kedudukan kerusi parti PAS dalam Dewan Rakyat yang memerlukan sokongan dua pertiga anggota dewan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud biarpun rakan pakatan pembangkang, DAP, membantah hasrat itu dengan menyifatkan Malaysia adalah negara sekular.
Zaid yang sebelum itu menyampaikan sumbangan hari raya kepada orang kurang upaya di Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK) di Pengkalan Chepa dekat sini, hari ini, berkata perselisihan pendapat berhubung pelaksanaan hukum hudud di antara PAS dan DAP hanyalah berasaskan perbezaan impian politik masing-masing. "Ketiga-tiga parti (PAS, DAP, PKR) telah bersetuju segala undang-undang yang kita buat atau kita gubal mestilah mengikut perlembagaan negara," katanya dan menurutnya dasar bersama itu ditandatangani pada Disember 2009.
- BERNAMA

Yelah. lama sangat perlembagaan Lord Reid itu dijunjung semenjak merdeka. Meskipun penjajah dah balik ke negara asal mereka, rupanya kita masih lagi belum merdeka. perlembagaan penjajah itu bagaikan serkap ayam yng ada diatas kepala rakyat malaysia. Dah 50 tahun lebih bersemayam disitu. Takut nak derhaka Perlembagaan itu. Mengatasi al-Quran pulak.

Daripada kenyatan Zaid itu beberapa persoalan timbul dalam benak kita:-

1. Malaysia Negara Islam ke Negara Kafir?
Mahathir mengumumkan Malaysia sebagai Negara Islam. Gendang dipalu sejak Dr Mahathir demi politik UMNO bahawa Malaysia sebagai Negara Islam. Kalau sedemikian tidak timbullah permasalahan untuk menegakkan Hudud yang merupakan prinsip perundangan Negara Islam. UMNO sudah memerintah sekian lama dengan majority besar, kenapa tidak meminda perlembagaan yang dikatakan menghalang Hudud dilaksanakan jika sekiranya UMNO benar ikhlas untuk menegakkan Islam. Realitinya Negara Malaysia bukan Negara Islam. Ini akan merubah segenap hukum-hakam yang berkaitan dengannya sama seperti sesorang itu diistiharkan bukan Islam. Malaysia hanyalah sebagai Negara Orang Islam sahaja. Tiadanya hukum bughah dan sebagainya kerana Malaysia sebagai Negara sekular.

2. Apakah perlu meminda Perlembagaan Persekutuan?
Perbincangan sudah lama dibincangkan semasa PAS mengambil-alih kerjaan di Kelantan dan Terengganu apabila usul untuk membentangkan enakmen hudud & Qisas ke Dewan DUN. Dua pandangan yang jelas, pertama tidak boleh dilaksanakan selagi tidak dipinda perlembagaan pandangan awal termasuklah Tun Salleh Abas sebagai bekas Ketua hakim Negara dan pandangan kedua bahawa tidak perlu. Apa yang perlu hanya menafsirkan semula Perlembagaan Persekutuan yang mencatatkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan. Tafsiran yang ada sekarang menafsirkan Islam sebagai agama rasmi dari sudut sekular. Kita hanya perlu menafsirkan semula tanpa perlu memindanya dengan erti-kata Islam yang syumul iaitu islam yang mencakupi ibadah, muamalah, munakahat, ekonomi, sosial, politik, undang-undang dan hukum-hakam yang termasuklah didalamnya Hudud & Qisas.

Apabila dibentangkan di Kelantan dan Terengganu, kita menanti dan melihat tindakan dari kerajaan persekutuan. Apa yang mungkin membawa kepada polimek perlembagaan tetapi ianya tidak berlaku. Hanya Zaid Ibrahim (semasa menjadi pimpinan UMNO) atas individunya menyaman kerajaan Kelantan dan Terengganu dalam isu ini tetapi beliau telah menarik balik atas desakan UMNO. Dari segi politiknya UMNO tidak mahu dilihat sebagai penentang undang-undang hudud & Qisas Islam. Meskipun Dr Mahathir mengugut Kelantan tetapi ketika dibentangkan di Terengganu serta di tandatangani oleh Tuanku Sultan Mizan sebagai Sultan Terengganu, ia telah diwartakan pada tahun 2001. Tak perlu pinda Perlembagaan persekutuan. Hanya undang-undang tambahan sahaja.
Bahkan hudud di Terengganu dirujuk kepada undang-undang tubuh negeri Terengganu dan peraturan yang sudah diterima-pakai sejak 1911 iaitu perlembagaan yang digubal oleh Sultan Zainal Abidin dan ulama masyhur Tok Ku Paloh. Lebih awal daripada perlembagaan Lord Reid 1957.

Tinggal lagi kenapa UMNO tidak melaksanakan perlaksaan Hudud & Qisas di Terengganu sebagai sebuah parti yang membela agama, bangsa & Negara? Sebab itulah UMNO parti penipu terhadap agama Islam! Tan Sri wan Mokhtar pernah menangis didalam Dewan DUN Terengganu kerana dikatakan tidak melaksanakan Islam dibawah pemerintahan UMNO-BN semenjak merdeka. Jawapannya tunggu… tunggu…

3. Apakah Pas gila kuasa dan menggadaikan prinsip perjuangannya ?
Pas kalau pentingkan matlamat hendakkan kuasa semata, Pas takkan bercakap isu halal haram. Pas akan bertemu pengundi kaki judi dan berjanji nak bina pusat judi. Bertemu pengundi penzina.. janji nak buka pusat pelacur nescaya ramailah penyokong PAS. Tetapi Pas tetap dengan prinsip dan dasarnya meskipun ditentang oleh orang. Kenapa sibuk menyebut hudud & qisas yang menakutkan pengundi.
Ketahuilah kerana Pas parti Islam dan perjuangannnya terikat dengan agenda Islam dan agenda yang pernah dibina oleh rasulullah Saw yang bermula dinegara madinah al-munawwarah. Pakatan dalam PR yang bersetuju dengan dasar-dasar yang dipersetujui bersama tanpa menggugurkan prinsip masing-masing.

4. Apa pendekatan PAS dalam perlaksaan hudud?
Kita cukup yakin bahawa hukum islam adalah yang terbaik kerana ia diturunkan oleh Pencipta manusia dan setiap muslim wajib menerimanya sebagai hokum yang tertera dalam al-quran. Dakwah, penerangan, penjelasan perlu dilipat-gandakan untuk mendidik masyarakat termasuklah umat Islam sendiri agar bersedia menerimanya dan menolak persepsi buruk yang dilemparkan terhadap hukum Islam tersebut.
Jika PR memerintah Putrajaya, apa yang dihasratkan supaya negeri-negeri yang diperintah oleh kerajaan Pas diberi pelepasan untuk melaksanakan syariat. Ia akan menjadi contoh terbaik dalam menyelesaikan permasalahan dan jenayah Negara. Ini akan membuka mata masyarakat betapa ianya hebat dan bukannya sebagaimana yang diputar-belitkan dan propaganda buruk selama ini Dalam keadaan media kerajaan yang tidak lagi berniat jahat, penerangan dan penjelasan dirasakan akan lebih berkesan.

Pas, walau mungkin memiliki kerusi yang tidak majority tetapi semua juga perlu mengambil ingatan bahawa give & take perlu ada dalam perkongsian kuasa. Politik itu banyak perkara yang boleh berlaku. PAS juga mempunyai banyak alternatif dalam mecapai matlamat perjuangannya jika UMNO sudah hilang kuasa. Pas bersedia mengambil tempat UMNO-BN dalam menerajui Negara. Tak mesti tidak memperolehi kerusi majority tidak boleh menentukan hala-tuju Negara. Matlamat kini biarlah, UMNO-BN itu ditumbangkan dahulu dalam pilihanraya ke 13 ini. Nak gulai ke? Nak masak kari ke? Biarlah UMNO disembelih dahulu. Dek kerana tengkok ada satu sahaja meskipun pisau sembelihnya banyak, apa pilihan yang ada? Kalau Pas tukang sembelih, semua orang boleh makan. Kalau DAP yang sembelih? Umno nak makan tak?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...