DENPASAR - Misteri kehilangan ratusan pretima atau patung suci penganut Hindu di Pulau Bali sejak 2008 lalu akhirnya terungkai dengan tertangkapnya seorang warga Itali, Roberto Gamba, lapor akhbar Kompas semalam.
Suspek diberkas hasil serbuan polis Indonesia di rumahnya di Kuta Utara, Magunpura, Badung dekat sini pada petang Khamis lalu dan dia mengakui telah mencuri lebih 150 patung dari 34 buah kuil di pulau itu dua tahun lalu. Ketua polis tempatan, Dwi Suseno menyatakan, Gamba ditangkap berdasarkan maklumat risikan dan suspek mendakwa membeli berhala itu daripada lima lelaki tempatan sebelum dijual semula ke pasaran gelap antarabangsa.
Setiap pretima itu dibeli pada harga serendah 500,000 rupiah (RM173) untuk berhala yang kecil sehingga sejuta rupiah (RM346) bagi yang bersaiz besar. – Agensi
Yang penting jadi duit! Cara macamana, tak peduli halal ke haram. Ini bukan hanya menyakiti penganut agama hindu di Pulau Bali tetapi pencipta tuhan dan patung-patung yang sekian lama mengambil masa memahat & melorek patung-patung tersebut. Nasib baik Roberto Gamba itu Mat Salleh dan bukan Islam. Kalau tidak gegak gempitalah dijadikan isu ugama seolah Islam itu teroris dan pengganas agama.
Teringat bagaimana Nabi Ibrahim a.s ketika mana memecahkan berhala-berhala kecil dan meninggalkan kapak ditengkok berhala besar. Ia menimbulkan kegemparan kepada masyarakatnya. Tak sukar kepada SB dan polis ketika itu untuk mencari siapa si pelakunya. Nabi Ibrahim berdialog dengan kaumnya:

62. Mereka bertanya: "Apakah kamu, yang melakukan perbuatan Ini terhadap tuhan-tuhan kami, Hai Ibrahim?" 63. Ibrahim menjawab: "Sebenarnya patung yang besar Itulah yang melakukannya, Maka tanyakanlah kepada berhala itu, jika mereka dapat berbicara". 64. Maka mereka Telah kembali kepada kesadaran dan lalu berkata: "Sesungguhnya kamu sekalian adalah orang-orang yang menganiaya (diri sendiri)", 65. Kemudian kepala mereka jadi tertunduk[963] (lalu berkata): "Sesungguhnya kamu (hai Ibrahim) Telah mengetahui bahwa berhala-berhala itu tidak dapat berbicara." 66. Ibrahim berkata: Maka mengapakah kamu menyembah selain Allah sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat sedikitpun dan tidak (pula) memberi mudharat kepada kamu?" 67. Ah (celakalah) kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah. Maka apakah kamu tidak memahami? (Surah al-Anbiya’)
Kalau zaman sekarang nescaya Nabi Ibrahim akan dituduh sebagai teroris dan seluruh dunia akan menghalakan kecaman sebagaimana Taliban di Afghanistan dahulu yang akhirnya Afghanistan dijajah sehingga kini.
Berhala-berhala itu, sememangnya tak mampu menjaga dirinya sendiri. Ia tidak boleh menyelamatkan dirinya dari kecurian ataupun pembunuhan. Lalu bagaimana mungkin kemudian ia boleh menolak bahaya yang menimpa orang lain dan mendatangkan manfaat kepadanya?
Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan berhala-berhala yang mereka seru selain Allah, tidak dapat membuat sesuatu apapun, sedang berhala-berhala itu (sendiri) dibuat orang. (Berhala-berhala) itu benda mati, tidak hidup, dan berhala-berhala itu tidak mengetahui, bilakah penyembah-penyembahnya akan dibangkitkan." (An-Nahl: 20-21)
Seorang sahabat Rasulullah saw ketika bapanya enggan beriman dan meletakkan berhala ditengah rumahnya. Di tengah malam beliau menghumban berhala ditempat sampah. Ayahnya mencari-cari dan setelah berjumpa dan dibersihkan lalu digantung pedang ditengkoknya supaya membunuh orang yang mengkhianatinya. Malam itu sekali lagi anaknya membuang dikawasan sampah bersama dengan pedangnya. Akhirnya bapanya kecewa kerana berhala tersebut tidak mampu menyelamatkan dirinya sendiri dan bagaimana ia ingin menyelamatkan orang lain lalu ia beriman juga kepada Allah Swt.
Ingatlah akan Firman Allah Swt : "Mengapa kamu mengabdi kepada selain Allah, sesuatu yang tidak dapat memudharatkanmu dan tidak memberi manfaat?", dan Allahlah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah Al Maaidah: 76)
No comments:
Post a Comment