Kerajaan PAS Promosikan Hidup Bersyariat

| |
Oleh : Adli Mohamad
DUNGUN – Kerajaan PAS Negeri Terengganu sedang mempromosikan keindahan kehidupan bersyariat agar masyarakat terdidik mengamalkan nilai-nilai murni mengikut acuan Islam sebenar.
Timbalan Pesuruh Jaya PAS I, Satiful Bahri Mamat berkata kempen berkenaan dimulakan di peringkat negeri serta diperturunkan ke setiap kawasan.
“Supaya masing-masing faham dengan syariat (ianya) bukan melalui paksaan tetapi bermula dengan kerelaan (peribadi individu) sendiri.
“Perkara ini perlu (kepada) kefahaman secara berperingkat-peringkat,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika program YB EXCO Cakna Rakyat di Dewan Majlis Perbandaran Dungun, pada Khamis malam.
Jelasnya, konsep yang digunakan oleh PAS negeri berkenaan adalah berprinsipkan agama itu adalah nasihat bertujuan mempromosikan perkara tersebut.
Tegasnya, apabila diletakkan Islam didalam pentadbiran bukan bermakna bertujuan menghukum semata-mata malahan mendidik masyarakat.
“Hasrat kerajaan supaya tidak berlakunya jenayah syariat,” tegasnya lagi.
PAS Terengganu juga nyatanya, sedang berusaha mendidik rakyat ke arah menjadi sebuah kerajaan Islam yang mementingkan kebajikan
“(Mencapai)negeri berkebajikan bermaksud berlumba-lumba membuat kebajikan.
“Kalau boleh biar tak sempat bergantung dengan kerajaan sebagaimana (pemerintahan) Saidina Umar Abdul Aziz sehingga melimpah khazanah dari baitulmal kerana tiada (yang) meminta,” ujarnya.
Kerana masyarakat pada zaman kegemilangan Islam itu saling berlumba-lumba melakukan kebajikan sehingga tiada golongan dibelenggu kesusahan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...