Ayah Mahathir Pendatang Asing... Terimakasih Tunku!

| |
Hari ini Umno-BN sentiasa mengungkitkan asal-usul pengundi cina dan India. Ini kerana dua kaum itu nampaknya tidak lagi cenderung untuk mengundi BN dalam PRU 13 nanti. Secara tidak langsung diharapkan majoriti melayu bersatu menyokong Umno. Tetapi pekung dan nanah kerja keji sepanjang lebih separuh abad Umno-BN di Negara ini sudah tidak mampu ditutup maupun dibendung lagi. Demi mengekalkan kuasa, Umno sanggup khianat kepada Negaranya sendiri.

Setelah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat pemberian IC dan kewarganegaraan di Sabah telah membocorkan pengkhianatan ini. Pengakuan Pengarah JPN Negeri Sabah yang mengeluarkan resit dan akhirnya layak mengundi untuk mengekalkan kuasa Umno-BN. Penglibatan pegawai JPN yang bekerja dirumah Menteri Dalam Negeri ketika itu iaitu Megat Junid dan juga Aziz Syamsudin. Hari ini barulah Dr Mahathir mengaku melakukan kerja-kerja khianat itu. Selama ini sentiasa dinafikan. Sepatutnya ketiga penyamun Tarbus ini dihukum mati kerana mengkhianati Negara. Pegawai dan individu yang terlibat pernah menjalani hukuman ISA tetapi pemimpin yang mengarahkan bebas berkeliaran.

Nampaknya Mahathir sudah terkena doa bekas Presiden Pas yang mendoakan supaya Mahathir panjang umurnya untuk melihat kejatuhan Umno-BN. Inilah antara babak-babak terpecahnya kejahatan hasil tangan pemimpin Umno-BN. Nampaknya tipu-daya mereka kini makin membelit diri mereka sendiri. Untuk melepaskan dirinya beliau membangkitkan bahawa Tunku Abdul Rahman selaku bekas PM pertama dan bekas Presiden Umno juga memberikan 1 juta kewarganegaraan selepas merdeka termasuklah kepada Cina & India. Nampaknya Dasar Jus Soli yang menjadi syarat kemerdekaan British telah makan tuan. Tunku menerima syarat kemerdekaan iaitu menerima perlembagaan Lord Reid & Dasar Jus Soli. Inilah dahulunya ditentang kemerdekaan British yang terikat dengan syarat oleh pengasas Pas termasuk Dr Burhanuddin al-Helmi maupun beberapa pemimpin kiri lain. Umno & pemimpinnya ketika itu bersungguh-sungguh untuk menerima kemerdekaan dan menerima syarat Jus Soli yang kini dikutuk oleh Mahathir sendiri. Dendam beliau terhadap Tunku masih membara semacamana dendam beliau terhadap Abdullah Badawi. Tetapi bak meludah kelangit.. terpercik ke muka sendiri.

Kalau kewarganegaraan itu tidak diberi, mungkin hari ini Mahathir berada ditanah air bapanya iaitu di Kerala. Ingat melayu aje mudah lupa tetapi mamak pun buat lupa juga. Ayah Mahathir adalah pendatang dari Kerala, Selatan India etnik Malayalam. Iskandar Kutty berhijrah ke Tanah Melayu dan memeluk Islam serta berkahwin dengan orang melayu dan menukar namanya kepada Mohamed.

Apapun itu sudah menjadi sejarah. Hari ini masyarakat Malaysia dengan latar belakang berbilang kaum hidup untuk memajukan Negara ini. Tetapi amat malang apabila individu pemimpin demi kuasa dan pangkat serta kedudukan sanggup mengkhianati Negara dengan senang-senang memberi status kewarganegaraan.

Pemberian warganegara untuk kepentingan politik ini bukan hanya berlaku di Sabah bahkan di Terengganu dan juga Pahang sendiri. Bekas OCPD Slim River iaitu Tuan Haji Abdullah Omar yang mengaku terlibat mengurus kemasukan pendatang asing Burma yang diberi kewarganegaraan untuk mengundi di Seri Bandi Dun Kijal iaitu Dun Menteri Besar Terengganu sekarang. Kemenangan beliau adalah kerana undi orang Burma melebihi 3 ribu pengundi Burma. Begitu juga Najib Tun Razak di Pekan. Setelah menang tipis dan tipu daya akhirnya beribu pengundi Burma di bawa masuk ke Pekan untuk menjamin kemenangan parlimen PM. Hah! Yang ini bila nak buat RCI nya? Takkan untuk Sabah aje. Itu tak ambik kira sekarang ini pendaftaran pekerja asing untuk diberi IC biru bagi mengundi dalam PRU nanti melibatkan warga Indonesia, Bangla maupun Burma. Tentunya Hisyamuddin selaku Menteri Dalam Negeri sekarang mengetahuinya siapa pengkhianat mengikut undang-undang ini.

Sepatutnya mereka yang terlibat mengkhianati Negara ini dihukum mati sahaja. Tetapi kalau Umno-BN terus diberi kuasa nescaya para pengkhianat ini akan dikalung bunga sebagai hero Negara. Apapun keputusan itu berada ditangan Anda. Tepuk dada.. Ubahlah selera!

1 comment:

basic_2009 said...

Saya diberitahu ada muda mudi Melayu yang tolak bangsa mereka sendiri. Mereka berasa malu kerana mengakui mereka Melayu menjadikan mereka rasis kononnya. Seseorang yang dicap sebagai rasis bermakna mereka berfikiran sempit, tidak liberal, tidak menepati zaman. Lebih-lebih lagi jika mereka diberi layanan yang istimewa kerana kemelayuan mereka. Ini tidak adil.
Sejak terlibat dengan usaha menebus maruah orang Melayu saya tidak segan-segan mengaku saya Melayu. Saya biasa hidup di zaman penjajah. Orang Melayu dan negeri Melayu dijajah oleh bangsa Portugis, Belanda, British, Jepun dan Siam. Semasa dijajah orang Melayu dipandang hina oleh penjajah. Saya biasa lihat orang Melayu ditendang di kepala hanya kerana tidak menghormati lagu kebangsaan bangsa penjajah.


Hari ini orang Melayu tidak lagi dipandang hina, sudah tentu tidak boleh ditendang oleh sesiapa. Hari ini orang Melayu dapat menguasai ilmu, menjadi profesor di universiti, ahli professional yang terkenal, menjadi saintis, menjadi peniaga dan pengusaha yang berjaya. Mereka mengepalai tentera dengan gelaran jeneral, bijak membangunkan negara bahkan menjadi angkasawan. Dan bermacam lagi.
Kita tidak nafi yang kejayaan-kejayaan ini dihasilkan dari dasar dan rencana kerajaan untuk menjayakan orang Melayu. Apa salahnya jika kerajaan berusaha untuk mengurangkan jurang kaya miskin di kalangan rakyat. Bukankah ini satu dari tanggungjawab kerajaan. Apakah kerajaan harus terima sahaja yang miskin terus miskin, yang kaya semakin kaya.
Apakah benar orang lain tidak ditolong oleh bangsa mereka. Sebenarnya semua bangsa di dunia membantu bangsa sendiri. Mereka sanggup membunuh bangsa lain pun dalam usaha mereka menolong bangsa mereka. Kejayaan penjajah adalah kerana kebangsaan mereka. Mereka berbangga dengan bangsa mereka. Mereka mendakwa bangsa mereka superior. Dan mereka tidak pernah malu akan kebangsaan mereka walaupun semasa mereka menindas dan menghina bangsa lain.

Dalam bidang perniagaan tolong menolong sesama bangsa memang diamalkan. Cuba berniaga dengan bangsa lain? Biasanya kepercayaan kepada yang bukan sebangsa amat sukar didapati. Sebaliknya orang Melayu mempunyai inferiority complex, perasaan kerendahan diri sehingga berperasaan segala yang dilakukan oleh mereka salah dan tidak seperti orang lain. Jika mereka berjaya pun mereka akan kecam dan memburukkan yang berjaya kerana kononnya kejayaan ini bukan kejayaan sebenarnya tetapi kerana ditolong atau kerana penipuan atau dilindungi, atau kroni. Mereka turut mengecam orang Melayu yang kaya kerana percaya tuduhan mereka adalah kroni dan penipu. Mereka akan lebih lantang dari orang bukan Melayu apabila menuduh amalan yang tidak baik. Mereka menyokong penuh tuduhan yang dibuat orang lain.

Mereka sambut tuduhan rasuah terhadap orang Melayu walaupun tidak ada bukti semua yang berjaya disebabkan rasuah. Mereka tutup mata terhadap rasuah oleh orang lain. Mereka mengecatkan orang Melayu dengan cat yang terhitam mungkin.

Kita tidak nafi adanya perlakuan yang tidak baik oleh orang Melayu. Tetapi orang lain juga melakukan perkara yang sama.
Sebenarnya orang lain apabila berpeluang dan berkuasa akan amalan pilih kasih berasas bangsa. Di negara di mana orang Melayu menjadi minoriti mereka ditindas dan diketepikan. Layanan buruk ke atas Melayu minoriti tidak dicap rasis, walaupun oleh orang Melayu. Mereka anggap wajarlah ini berlaku.

Sepatutnya yang mempertahankan keMelayuan mereka ialah mereka yang mampu menukar dan menilai sendiri, dan mereka tentulah dari golongan orang Melayu yang terpelajar. Yang peliknya puak inilah yang sering memiliki inferiority complex dan malu dengan keMelayuan mereka.

Amat malang sekali apabila mereka yang menikmati kebahagiaan hidup kerana mereka Melayu, begitu malu dengan bangsa mereka sehingga sanggup menidakkan nikmat yang mereka terima kerana bangsa mereka.



DAP + PKR + PAS = bangang + bodoh + celakoooooo !!!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...