UITM Dungun: Tolong tengok cket apa nak jadi?

| |
Sekali sekala pergi jugak menjamu selera kat Hotel UITM di Dungun. Menyedut udara bersih dari pantai dikawasan Sura Hujung. Tetapi udara segar tidak mampu untuk membilas sakit mata dah sneak hati melihat para pelajar yang cerdik, terpilih dan dilatih oleh sebuah pusat pengajiaan yang didakwa unggul di Malaysia ini.


Para pelajar berpasangan, lelaki dan perempuan dok lepak ditepi pantai. Yang jantan dok atas riba perempuan dan yang betina dok atas riba jantan. Mereka bercouple dan tidak memperdulikan persekitaran orang ramai dengan perkampungan nelayan dengan budaya timur. Apakah pihak UITM gagal dan peka dengan suasana persekitaran ini? Pihak pengawal keselamatan UITM hanya melihat begitu aje. Mungkin dah tak larat nak nasihatkan dan dah jadi kebiasaan. Kalau pihak pengurusan pun tak cakna, apahal pulak pihak ‘jaga’ dan bicara lebih-lebih.


Adakah ini budaya yang hendak dibawa dan dicernakan untuk menjadi ikutan masyarakat setempat. Sebagai pembawa contoh dalam masyarakat, perkara sebegini amat terkilan. Penduduk sekitar sebenarnya sudah muak dan meluat dengan budaya seperti ini. Ditambah pula dengan kelibat pelajar Politeknik. Mungkin sebahagian daripada mereka, tetapi kerbau yang dah lama bawak lumpur ini memang dah memberi imej sedemikian kepada pusat institusi hebat ini.


Permasalahan sosial yang saban hari dibicarakan hasil budaya yang dibawa oleh gehnerasi terdidik untuk bakal pemimpin Negara. Isu pergaulan bebas dan tinggal bersekedudukan. bahkan pernah melahirkan anak dalam tandas kampus. Pelajar yang terlibat dengan minuman keras. Berhibur dengan hiburan melampau bahkan sanggup menyewa resort untuk melepaskan hawa mereka. Terlibat dengan pil kuda dan dadah yang mengkhayalkan. Yang bermotor pulak merempit sehingga mengganggu penduduk setempat khususnya dimalam hari. Ada geng lembut dan bapok. ish 3X macam-macam ada...


Munasabahlah baru-baru ini timbul isu murtad seorang pelajar Diploma Seni Kulinari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, Terengganu, Mohamad Fariz Ilham Mohd Zulkifli, yang berumur 19 tahun. Tetapi mungkin pihak pengurusan tidak mengambil cakna isu yang sebegini dan dianggap terpencil tetapi ia mencemarkan nama baik UITM sendiri.
Permasalahannya sekarang apabila timbul dikalangan pelajar yang Nampak kecenderungan agama nescaya mereka segera dicurigai. Digeledah mencari apa buku yang mereka baca. Buku tulisan pimpinan Pas ke? Akhbar Harakah ke? Kalau pakai jubbah ada ikut program usrah ke? Kalau pakai kopiah malam-malam ni? Pergi kat ceramah ke?


Pihak HEP semangat untuk mengambil tahu perkara seperti ini tetapi kalau isu yang berkait sosial yang tidak selari dengan akhlak Islam nescaya dibiarkan sahaja. Yang terbaru heboh bagaimana pelajar lelaki dan perempuan diletakkan satu bangunan. Adalah alasan-alasan bodoh yang diberikan. Diharapkan pihak pengurusan akan dapat melahirkan generasi beriman dan bertakwa apabila tinggalnya para pelajar satu bangunan. Nanti letakkan sebilik akan tinggilah lagi takwa mereka ini??? Pihak pengurusan ni orang sembahyang ke tak???
Mungkin itu peninggalan Islam Hadhari atau itulah penerapan Islam Moderate tajaan Najib. Ataupun mungkin ada dikalangan mereka yang nak jadi pengampu, pelobi sebagai pendokong kuat UMNO-BN di Terengganu. Atau ada yang nak mengintai peluang nak jadi calon kot? Ada hajat nak lawan Pok Rosli ke? Cuba-cubalah kot ada nasib!


Kekadang kita sendiri celaru dengan matlamat dan kehendak institusi IPTA dalam membentuk dan melahirkan generasi yang terpilih dikalangan pelajar khususnya melayu dan Islam. Pelajar yang cemerlang selepas peperiksaan memilih untuk memasuki IPTA/IPTS dan sepatutnya menjadi tugas kerajaan dalam meletakkan hala tuju yang jelas kearah mana semua pelajar hendak dibawa. Kalaulah mereka dibawa menjauhi tugas khalifah Allah diatas mukabumi, nescaya semua mereka akan bertanggung-jawab didunia dan akhirat

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum Saudara,
Sebagai seorang pejuang Islam, saya berbangga dengan komitmen saudara. Namun, bagi posting ini saya tak rasa gelaran ustaz boleh diberikan. Saya seorang kakitangan UiTM Dungun. Apa yang ditulis saudara sangat dikesali kerana tidak mempunyai sumber yang jelas. Pertama, adakah dengan melihat perlakuan sumbang dipantai terus jari dituding pada UiTM? Saya juga boleh menuding jari kepada Timbalan Ketua Pemuda PAS yang berasal dari Dungun kerana gagal mentarbiah golongan muda di Dungun. Kami yang bekerja keras mendidik pelajar seringkali dijadikan bahan kritikan sedangkan yang berlaku ditepi pantai UiTM kebanyakannya bukan pelajar kami. Generalisasi ini sangat tidak adil dan sebagai bekas ADUN, saudara perlu lebih berhati-hati membuat kritikan. Walaupun tidak sebulu dengan pemerintah adalah tidak wajar untuk memburukkan institusi kami tanpa bukti yang kukuh. Ke mana perginya dakwah berhikmah PAS dan pendekatan mentarbiah masyarakat. Jangan terlalu taksub merebut kuasa sehingga meminggirkan aspek tarbiyah. Masalah dalam masyarakat adalah masalah bersama. Sebagai gerakan Islam PAS perlu sama-sama memikul tanggungjawab jangan hanya tahu mengkritik.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...