Selesai solat berjamaah dan mendengar Kuliah Tuan Guru Presiden. Selepas itu dibuka untuk Majlis dialog bersama presiden. Seorang peserta dari Muar, Johor yang kebetulan turut serta dari Kelab 4X$ Amal yang bertanya Kisah & pengalaman pribadi Tuan Guru Presiden dalam tarbiyyah dan Pas. Antara yang menarik beliau menceritakan kisah beliau bersama Presiden pergi ke Kabul bersama pimpinan Jamaah Islam sedunia dalam usaha untuk mendamaikan puak mujahidin yang bertelagah. Perjalanan ke Kabul yang sedang berkecamuk berperang sesame kabilah dan puak mujahidin mengambil masa 3 hari. Bertemu dengan pimpinan Ahmad Syah Masood, Hekmatayar, Gulbudin Rabbani dan lain-lain. Ketika sembahyang terawih di istana Presiden, letupan meriam telah dilepaskan ke Istana Presiden sehingga terangkat kaki sidang jamaah yang sedang solat. Peristiwa yang mencuit hati peserta semoga menambah kecekalan dan perjuangan. Banyak lagi kisah-kisah dan taujihat yang disampaikan selama 2 jam bersama Tuan Guru Presiden.
Kuliah subuh yang disampaikan oleh Ust Azman Syapawi Abd Rani, Tim Ketua Pemupa Pas Pusat.
Berpagi dalam cuaca berkabus, peserta tak sabar dan mula bersiap untuk acara Off-Road ke Cengal Besar. Memandangkan kenderaan peserta yang bukan semua lengkap dengan xtvt lasak dan mencabar dengan suasana hujan dimalam hari itu. Jalan yang licin, berbukit tinggi, sempit dan mencabar akhirnya hanya 70 buah sahaja kenderaan yang bersedia untuk perjalanan seterusnya.
Usia tak menghalang untuk mengharungi cabaran
Berkumpul untuk bermulanya untuk Off-Road
Sign-board Selamat Datang tanda bermulanya cabaran ke Cengal Besar
Fuhh!! Tayar lipan pun sangkut jugak. Cabaran kini bermula
Apa yang penting "kerjaaa samaaa"
Ramai penonton bagi semangat... nak tengok keta siapa yang sangkut. yang lekat kena tarik
Team Amal 4X4 mendaki cabaran
Sidek Khan, Pakar adventure Rain Forest, sebagai penasihat teknikal kembara
2 buah Kereta terpaksa keluar dari cabaran... sakit!
Akirnya tiba di-Camp-Site ke-2. Semua baki 60 buah terpaksa parking hanya disini. Ramai para peserta terpaksa berjalan kaki bagi menruskan cabaran.
Sebahagian peserta berjalan kaki selama 1 Jam untuk sampai ke Chengal Besar. Hanya
4X4 yang benar-benar Hardcore iaitu sebanyak 8 buah masuk ke cabaran seterusnya
Melintasi sungai yang luas antara cabaran
Bukan hanya bukit yang tinggi, lubang air yang dalam tetapi menghadapi paya yang dalam
Akhirnya tiba di Camp terakhir. Benar-benar dikaki gunung. Semua peserta terpaksa berjalan kaki hampir 1 KM menaiki gunung ke tempat sepohon cenggal besar yang hanya 200 meter sahaja lagi dengan Taman Negara.Junggle Tracking. Perbetul urat yang tersimpul. Menguju daya ketahanan.
Rehat jap. Ambik nyawa! Akhirnya Berjaya juga. Chengal Besar yang dijumpai pada tahun 1999 ketika Pas memerintah Terengganu. Berusia 1332 tahun (hampir tahun hijrah rasul) yang kalau ditebang kena diangkut 27 treller dan boleh dijual kayunya berharga RM1juta. Inilah pohon cenggal yang terbesar didunia.
Memandangkan hari telah mula hujan. Semua peserta bergegas keluar dan Alhamdulillah. Kami semua kembali ke Base-Camp pukul 6 petang.
Senyum puas. Azhan Atan juga turut serta bersama team unit amal yang datang dari Johor.
Meskipun letih, lapar tetapi cabaran ini amat mengujakan peserta. Semua mengukir kegembiraan. Program 4wd kali ini amat berjaya.Terimakasih kepasa semua pihak yang terlibat khususnya MTD Dun paka, MTD Bukit Besi, Kelab Pacuan 4 Roda Pas Dungun (PADAT), Penasihat Teknikal yang berpengalaman diperingkat Internasional, PakSidek Khan dan kepada semua yang terlibat menjayakan XPDC ini. Syabas. Jumpa untuk sessi akan datang. Vios.
No comments:
Post a Comment