
MCA tolak PAS sertai BN jika kekal dasar Islam
MELAKA, 1 Mei — Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menutup pintu menyertai Barisan Nasional (BN) kepada PAS kecuali ia sanggup menggugurkan prinsip-prinsip negara Islamnya terlebih dahulu.
“Pendirian MCA adalah sangat jelas bahawa kami tidak akan menerima PAS dalam usaha mereka menjadikan negara ini negara Islam. Kami tidak akan menerima yang itu dan Perdana Menteri juga memang sedar akan pendirian MCA ini,” kata beliau.
“Mereka boleh menyertai BN jika mereka sanggup menggugurkan dasar menjadikan negara ini sebagai negara Islam,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.
Semalam, Najib berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jikapun tidak memutuskan untuk tidak menyertai BN.
Sehubungan itu Perdana Menteri mendakwa PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam Pakatan Rakyat, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada DAP.
Serba tak kena BN hari ini. Umno dok bawak bakul ke hulu ke hilir mengajak melayu bersama. Chua Soi Lek dok libas pedang cinanya. Selepas menyerang Utusan Melayu dan mendesak digugurkan hak-hak orang melayu dan bumiputera kini menyerang Pas pula. Hello apek! Kesian le Abang Najib tu.. beliau dok merayu-rayu untuk Pas masuk BN. Yang ko dok pecah tembelang BN tu apa pasal? Chua Soi Lek dah le gagal menarik undi cina kepada BN. UMNO dok sibuk menarik undi melayu, tak pasal-pasal pulak MCA dok halang. Nampaknya terdedahlah tembelang Umno selama ini. Gabungan BN, yang untung adalah MCA. Tidak sebagaimana tuduhan Umno terhadap Pas bahawa pakatan Pas dengan DAP yang untung adalah DAP.

Sebab itu MCA ingin menjadi hero untuk menghalang Islam tertegak diMalaysia. Kesepakatan Konvension Pakatan Rakyat yang menerima Islam sebagai agama rasmi, Kesultanan Melayu serta bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan hak-hak bumiputera mengambarkan sikap DAP sebenar. Apatah lagi pemerintahan di Pualau Pinang sendiri mengambarkan sikap permusuhan sebenar terhadap umat Islam adalah MCA. Tentangan sebenar kepada perlaksanaan hukum Islam adalah dari kalangan MCA. Habis apa orang Islam tunggu. Diharap semua orang Islam dapat bersama dengan Pas, sebagai parti Islam dan yang benar-benar memperjuangkan Islam.
No comments:
Post a Comment