24/01/2010 Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 24 Jan. - Sistem pengundian awal yang membolehkan pengundi berdaftar mengundi lebih awal, dan dua hari sebagai tempoh bertenang mungkin diperkenalkan dalam sistem pilihan raya di Malaysia.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya sedang mengkaji kedua-dua sistem itu yang kini dilaksanakan di beberapa negara, termasuk Thailand dan Indonesia.
Menurut beliau, fokus utama SPR adalah untuk menggantikan konsep undi pos, sambil menambah kata apa yang telah dilaksanakan selama ini melalui undi pos sebenarnya adalah pengundian awal.
"Hakikatnya, pada hari pilihan raya diadakan, tidak semua pengundi berdaftar yang dapat membuang undi kerana terikat dengan komitmen lain seperti telah dijadualkan bertugas pada hari tersebut dan sebagainya,” katanya.
Wan Ahmad berkata, mereka mempunyai hak di sisi Perlembagaan dan adalah menjadi tanggungjawab SPR untuk mencari jalan bagi membolehkan mereka mengundi.- Bernama
komen...
Sepatutnya pihak SPR menerimapakai pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh pelbagai parti dalam siri-siri perbincangan dengan pihak SPR. Semua pihak bersetuju untuk memastikan sebagai warganegara malaysia yang cukup syarat berhak untuk menunaikan hak mereka untuk mengundi dan memilih sebuah kerajaan yang mereka hasratkan. Yang menjadi persoalan bukannya hak mengundi itu dipertikaikan tetapi ketelusan dalam pilihanraya serta kebebasan setiap pengundi untuk memilih calon pilihan mereka tanpa melalui berbagai ugutan, rasuah dan ruang-ruang undi tersebut dimanipulasi demi kepentingan pihak tertentu khususnya kerajaan yang memerintah.
Sudah banyak isu-isu sebelum ini yang menggambarkan bahawa SPR menjadi kuda tunggangan UMNO untuk mengekalkan kuasanya. Cadangan untuk menggunakan tanda dijari meskipun menghabiskan berjuta duit rakyat untuk membeli dakwat tetapi tidak terlaksana hingga kini, pertikaian tentang nama-nama daftar pemilih yang belum dibersih dan diselesaikan, pelbagai peraturan untuk menyekat dan menyukarkan parti-parti pembangkang dalam berkempen dan merayu undi dan sebagainya sehingga membawa perhimpunan besar-besaran 'BERSIH' tetapi dimana hasilnya?
Kita tidak mempersoalkan hak pengundi tertentu untuk mengundi pos tetapi yang dipersoalkan cara ia diurus dan ditadbir oleh SPR ketika tempoh berkempen sehingga hari pengundian dan undi dibilang ianya sentiasa dipersoalkan tentang ketelusan, keadilan dan kebebasan yang sebenarnya. Akhirnya ia menjadi kubu undi penyelamat kepada calon pemerintah hatta kepada Dato Najib sendiri.
Sejauhmana pula konsep mengundi awal ini akan menjamin ketelusan dan kebenaran undi sebenar sebelum dibilang pada hari membilang undi. Sejauh mana bilik kebal yang menyimpan kotak-kotak undi itu selamat di sebuah negara Malaysia yang serba-serbi sudah tidak selamat? Di harap SPR mencari jalan agar dapat ditunai hak rakyat disisi perlembagaan sebagaimana didakwa dan bukannya mencari jalan untuk memastikan BN terus mengekalkan kuasa pada pr ke 13 nanti.
hancuuurrr BN!
No comments:
Post a Comment