‘Suasana Pendidikan Sekarang Tidak Sama Macam Dahulu’ - Satiful Bahari

| |
Satiful Bahari Mamat.


Oleh : Amiirullah Mansor

KUALA TERENGGANU, 30 Jun – Perbezaan suasana pendidikan pada zaman ini dengan zaman dahulu telah membawa banyak perubahan dalam cara mendisiplinkan pelajar.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pengajian dan Pendidikan Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, perubahan ketara itu memerlukan kebijaksanaan warga pendidik untuk mencari langkah terbaik bagi mendidik pelajar. 

Jelasnya, cara pengajaran yang berkesan bukan hanya tertumpu kepada luaran semata-mata tetapi juga merangkumi pembinaan rohani.

“Zaman kita sekolah dahulu guru-guru ni memang garang bahkan lebih garang daripada ayah kita, tetapi harini kita dapat lihat dalam media-media berkaitan guru yang disaman kerana ingin mendisiplinkan pelajar.

“Jika berterusan isu ini berlarutan, guru itu akan hanya memindahkan ilmu pengetahuan semata-mata tetapi bukan perasaan dalaman (spiritual),” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Anugerah Program Penajaan Pendidikan PETRONAS 2019 di Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP), Kampung Merabang Panjang, di sini semalam.
Raiha Azni Abd Rahman.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman dan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.

Beliau yang juga merupakan ADUN Paka mengulas, rakyat negeri Terengganu lebih ramai memilih penajaan PETRONAS berbanding Kerajaan Negeri.

“Walaubagaimanapun begitu, kita (Kerajaan Negeri) mengucapkan jutaan terima kasih kerana memberi bantuan bagi penajaan anak-anak Terengganu,” ujarnya.

Sementara itu Naib Presiden Kanan, Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan PETRONAS, Dato' Raiha Azni Abd Rahman yang turut hadir berkata, para pelajar diharapkan dapat memanfaatkan segala ilmu yang dipelajari nanti.

“Semoga penajaan ini dapat membantu kalian menimba ilmu dan mengharumkan nama negeri Terengganu seterusnya menjadi pewaris kepada negara.

“Kami (Petronas) memandang tinggi pengorbanan ibu bapa yang sanggup mengorbankan tenaga dan harta bagi kejayaan anak - anak mereka,” katanya.

Dalam majlis itu, seramai 40 orang anak Terengganu yang menerima anugerah Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) 2019  mnerupakan pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 lalu.


Sumber : https://www.teganukita.net/2019/06/suasana-pendidikan-sekarang-tidak-sama.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...