PENDIDIKAN ITU SATU PELABURAN

| |


Oleh : Muhd Lukman
DUNGUN – Ramai dikalangan kita yang tidak menyedari bahawa pendidikan merupakan satu pelaburan kita di akhirat nanti.
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat mengingatkan kepada semua jemaah yang hadir agar mementingkan pendidikan di dalam kehidupan seharian.

“Ibu-bapa semestinya mahukan kejayaan buat anak-anak. Jadi, kita hantar mereka ke sekolah, tuisyen dan sebagainya dengan mengeluarkan sejumlah wang untuk membiayai pendidikan mereka.
“Ini semua merupakan sedekah jariah kita kepada mereka,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Solat Hajat dan Yassin Perdana menjelang peperiksaan penting, di Masjid Jamek Paka, Khamis malam 21 September.
Ustaz Satiful Bahri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri turut menegaskan, ia juga bukan untuk anak-anak sahaja bahkan untuk kebajikan kita nanti.

“Bila anak-anak kita besar nanti, kita doakan mereka jadi anak yang soleh dan solehah.Sudah pasti mereka akan sentiasa mendoakan kita agar beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
“Ilmu bermanfaat yang mereka pelajari ini akan mencerminkan diri mereka nanti.Sudah pasti mereka dapat membentuk sahsiah diri yang baik seterusnya akan memberi khidmat kepada kita di kemudian hari.
ADUN Paka itu juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi Masjid Jamek,Encik Haji Roshdi bin MD Johari, Ahli Jawatankuasa Masjid dan Pihak Institut Modal Insan Sejahtera (i-MITS) Paka kerana menjemput beliau ke majlis ini seterusnya merasmikan Program Hijrah yang akan diadakan sekitar DUN Paka.
“Semoga semua calon dipermudahkan urusan oleh Allah SWT serta beroleh kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat,” ujar beliau.
Turut hadir ialah isteri beliau, Puan Sabariah Ilyas, Pengetua dan Guru Besar dari beberapa sekolah sekitar DUN Paka, ahli jawatankuasa masjid, wakil (i-MITS) dan wakil dari Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Paka.
Rujukan:https://buletinonline.net/v7/index.php/pendidikan-itu-satu-pelaburan/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...