KEJAYAAN ATLET SUKMA DUN PAKA DIRAI

| |


Oleh: Muhd Lukman

DUNGUN- Kejayaan atlet Terengganu dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka di Sukan Malaysia (SUKMA) baru- baru ini diraikan dengan penuh meriah di Dewan Sivik Paka, di sini, 28 September.

Pengerusi Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, kejayaan itu tidak akan dapat dicapai tanpa kesungguhan daripada atlet yang bertanding.

"Kita dapat lihat semangat dan azam anak - anak muda khususnya atlet negeri ini menunjukkan komitmen yang tinggi seterusnya berjaya membantu Terengganu menjuarai SUKMA kali ini.

"Bahkan salah seorang atlet kita berjaya meraih gelaran Olahragawati Kejohanan iaitu Azreen Nabila Alias yang menyertai acara olahraga," katanya.



Satiful Bahri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Paka berkata demikian ketika berucap di  majlis yang dianjurkan Institut Modal Insan (i-MiTS) DUN Paka (i-MiTS).

Turut hadir isteri beliau, Puan Sabariah Ilyas, Pembantu Penyelia Hal Ehwal Belia i-MiTS, Abdul Hafiz Alis, atlet, jurulatih dan masyarakat setempat.



Menurutnya,  keajaan negeri akan memberikan sokongan penuh kepada atlet dalam setiap kejohanan yang disertai apatah lagi membawa nama negeri ini.

"Walaupun kita tahu, kos dan peruntukan untuk bidang sukan ini tinggi, tetapi ianya penting untuk mencungkil bakat anak muda dalam bidang ini.

"Kalau sebut Terengganu, orang kenal kita dengan jaguh basikal, Azizulhasni Awang yang berjaya mengharumkan nama Terengganu dan Malaysia di Pentas Dunia," katanya.



Katanya lagi, kerajaan negeri akan mendesak Kementerian Belia dan Sukan untuk meneruskan beberapa projek sukan antaranya ialah pembinaan velodrom basikal.

"Kita turut menggesa anak muda bersukan dan menjaga kesihatan mental dan fizikal.

"Bersukan bukan sahaja untuk kesihatan tubuh badan tetapi membawa kepada spritual dan mental yang baik,"katanya.

Di majlis itu, beliau menyampaikan cenderahati kepada enam atlet SUKMA dari DUN Paka yang membawa pulang pingat bagi acara sepak takraw, judo dan olahraga.

Rujukan: https://www.teganukita.net/2018/09/kejayaan-atlet-sukma-dun-paka-dirai.html?m=1

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...