PAS akan membuka seluas-luasnya Bantuan Pelajar ke Mesir.

| |
Dalam kenyataannya yang bertajuk “Henti hantar pelajar ke Mesir”, oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama dan Adat istiadat Melayu(MAIDAM), Wan Harujan Sulaiman sebagaimana yang dipetik dalam keratan akhbar Sinar Harian baru-baru yang bertarikh 25 Disember 2011(Ahad) dikatakan “ketinggalan zaman” .

Kenyataan ini mungkin mengikuti langkah Yayasan Terengganu yang melaksanakan dasar kerajaan pimpinan Umno-BN yang terlalu buruk pandangannya terhadap pelajar keluaran Universiti al-Azhar. Universiti yang menjangkau melebihi 1 ribu tahun itu merupakan pangkalan Pendidikan Islam yang hebat dalam melahirkan kepimpinan, Ulama serta para pejuang sebenar di medan masyarakat.

Hakikat sebenarnya adalah betapa bengangnya pimpinan Umno Terengganu terhadap lulusan yang keluar daripada Universiti al-Azhar tetapi tidak menyokong perjuangan nasionalisme sekular Umno itu. Bahkan dengan kefahaman ilmu serta pengaruh perjuangan Ikhwan Muslimin Mesir menyebabkan mereka lebih rela berjuang untuk menegakkan Islam bersama Parti Islam Pas. Kecuali beberapa kerat yang berkepentingan demi pangkat, perut dan dibawah perut mereka.

Sikap buruk pimpinan Umno Terengganu ini mendorong mereka mencuba pelbagai cara untuk menyekat pelajar daripada mengikuti pengajian Islam di Mesir. Antaranya mereka sanggup mengkhianati lulusan Diploma Pengajian Islam daripada UnisZA yang dahulunya dikenali sebagai KUSZA apabila semua lulusannya tidak dibenarkan lagi menyambung pengajian ditahun akhir di Mesir. Memaksa supaya pihak al-Azhar hanya menerima lulusan STAM yang hanya diiktiraf Kerajaan Malaysia tetapi tidak dinegara-negara Arab yang lain dan bahkan kini lulusan STAM juga terpaksa menduduki peperiksaan kemasukan pula di Mesir sebelum memasuki kuliah kerana kualiti lulusan STAM yang dipertikaikan oleh pihak al-Azhar.

Pihak Yayasan Terengganu atas arahan pimpinan Umno-BN kini enggan menaja pelajar mereka lagi ke Universiti al-Azhar dan kini tindakan itu diikuti oleh Pihak zakat MAIDAM. Meskipun zakat ada hak kepada Ibn-Sabil yang belajar dan menuntut ilmu tetapi nampaknya pihak MAIDAM sendiri ingin memaksa para pelajar supaya belajar dinegeri-negeri tertentu sahaja. Meskipun pihak EXCO Agama sekarang berkelulusan Jordan tetapi jangan hendaknya ada sikap diskriminasi kepada pelajar untuk memilih ditempat mana pusat pengajian yang digemari bahkan Universiti al-Azhar diiktiraf diseluruh dunia bahkan menjadi cita-cita kebanyakan pelajar untuk menyambung pengajian ke Universiti tersebut.

Menuduh para pelajar terlibat dengan aktiviti yang merugikan kerajaan adalah tohmahan semata-mata bahkan pihak Umno/BN lah yang sebenarnya melakukan aktiviti yang merugikan pelajar dengan menubuhkan Kelab Umno Mesir yang bertindak memecah-belahkan para pelajar disana. Tidak ada pertubuhan atau Kelab parti politik pembangkang disana. Sedamgkanm para pelajar Universiti dilarang berpolitik tetapi pimpinan Umnolah yang menubuhkan Kelab politik mereka. Jenis cakap tak serupa bikin.

Parti Pas memberi jaminan dan sepenuh komitmen, InsyaAllah jika Pas kembali berkuasa selepas pilihanraya 13 nanti dengan memerintah Terengganu, pihak kami akan sedaya upaya membantu dan memberi sokongan serta membuka seluas-luasnya bantuan pembelajaran bagi mereka yang hendak menyambung pengajian mereka ke Mesir maupun kenegara-negara lain dalam bidang yang dipilih oleh para pelajar.

Oleh itu, Diharapkan bekas-bekas pelajar al-Azhar serta keluarga masing-masing maupun ibu-bapa serta keluarga yang anak-anak mereka dinafikan hak mereka yang sekarang ini sedang berjuang dalam lapangan ilmu pengajian Islam di Mesir agar berkempen memberi sokongan sepenuhnya agar Umno-BN disingkirkan daripada meneruskan kezaliman dibumi Terengganu ini.
Apalah hendak diharapkan kepada Umno yang pemimpin sebahagian besar berkelulusan Barat itu berbanding kepimpinan Ulama Pas yang pasti tidak mensia-siakan perjuangan demi memartabatkan pendidikan Islam di negara kita ini.

1 comment:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...