Naifnya MB Terengganu… cakap gigi berlapis!!!

| |
Sebagai Menteri Besar Terengganu beliau merupakan pemimpin tertinggi bagi rakyat Terengganu. Munasabahlah kalau apa-apa masalah rakyat akan mengadu kepada beliau untuk penyelesaian. Itu baru pemimpin dan ahli politik. Pemimpin yang memikul amanah dan wakil kepada rakyat.

Sikap berlepas tangan dan tak mahu campur urusan rakyat, itu bukan pemimpin yang berslogankan “Rakyat didahulukan, Prestasi diutamakan”. Takkan masih nak dahulukan kroni daripada kepentingan rakyat. Kalau taknak cakna urusan rakyat diharapkan Datuk Mat Said letak sahaja jawatan MB tu. Baik bukak bisnes, pentingkan keuntungan syarikat dan pribadi aje. Apa peduli tuntutan rakyat. Ini tidak. Jawatan MB disandangnya. Menangis-nangis nakkan jadi MB. Terpelanting Datuk Derih Jusoh tu. Tapi kini taknak pikul amanah dan melaksanakan tugas sebagai wakil kepada rakyat pulak.

Cara paling mudah nak berlepas diri maka carilah jawapan dan mengkambing-hitamkan pihak lain. “Ianya dipolitikkan!!!” “Ada agenda golongan tertentu”… macam-macamlah alasannya. Habis apa guna beliau jadi ahli politik. Bab kata arwah Tun Ghaffar Baba.. “Hanya orang mati sahaja yang tak berpolitik”. Yang heran tu… apabila beliau taknak cakna dia tuduh anasir politik. Kalau bab yang beliau ada kepentingan… depan budak-budak sekolah yang tak cukup umur pun dia dok kempen politik. Betul ke tak betul MB aku ni…. Cuba dok tengok berita nih…

Ahmad Said Kesal Cubaan Politikkan Bola Sepak Terengganu

K.Terengganu: 9 Nov 2011. Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said kesal kerana ada pihak cuba mempolitikkan isu bola sepak di Terengganu. Menurutnya pihak berkenaan mempuyai agenda tersendiri dan sengaja cuba menjatuhkan imej Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu,(PBSNT) Datuk Che Mat Jusoh.

"Dalam bola sepak pun nak berpolitik. (Terengganu) kalah dalam (perlawanan akhir) Piala Malaysia, nak buat mogok, ugut macam-macam (tetapi) apabila Terengganu menang (Piala FA) tiada pula nak buat apa-apa," katanya selepas majlis perjumpaan bersama 2,000 pelajar terbilang sasaran SPM dan STPM di Kuala Terengganu, semalam.

Ahmad berkata beliau tidak akan campur tangan dalam isu pengurusan bola sepak di Terengganu walaupun ada pihak yang mahukan beliau berbuat demikian.

"Nak campur tangan apa lagi, dia ada persatuan, dia ada mesyuarat agung, jurulatih dan pemain sering berganti...masalah sekarang, ada orang nak main politik," katanya.

Jumaat lepas, 1,000 penyokong bola sepak Terengganu mengadakan perhimpunan di perkarangan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, bagi meminta perubahan dilakukan dalam pengurusan PBSNT serta mahu Che Mat segera berundur kerana didakwa melakukan salah guna kuasa.

*** orang yang pergi demo tu kebanyakannya mereka yang dah cukup umur. Rakyat Terengganu. Pengundi yang bakal menentukan apakah Mat Said masih lagi YB akan datang!!!

Tiada Lagi Perbincangan Mengenai 22 Bekas Pekerja TADC

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata tiada lagi perbincangan akan diadakan berhubung 22 bekas pekerja Terengganu Agrotech Development Corporation Sdn Bhd (TADC) yang telah diberhentikan kerja.

Ahmad Said berkata bahawa kumpulan itu sepatutnya datang berjumpa beliau terlebih dahulu dan bukannya mengadakan demonstrasi.
"Ini tidak...selepas buat kenyataan akhbar, baru beritahu nak jumpa MB. "Tindakan ini tidak betul, jadi apabila sudah sampai tahap ini, tindakan terpaksa diambil," katanya. Ahmad berkata beliau khuatir demonstrasi itu mempunyai agenda lain.

"Daripada apa yang saya tahu, ada juga pekerja yang tidak dibuang terbabit dalam demonstrasi tersebut. Mereka ini seolah-olah diperalatkan oleh pihak tertentu," katanya.

*** Mat Said ni nak tuduh siapa pulak peralatkan kakitangan yang dipecat tu. Dimana sikap cakna Umno-BN selama ini. Kalau sudah tak mampu menyelesaikan masalah rakyat… baiklah undur awal-awal. Taklah menyusahkan rakyat.

Kerajaan Negeri Perlu Kesinambungan Laksana Agenda Pendidikan

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said menegaskan kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) perlu dikekalkan kerana masih ada agenda besar pendidikan yang belum selesai.

Katanya, kerajaan BN pimpinannya perlu dikekalkan demi kesinambungan untuk terus memperkasakan bidang pendidikan di negeri ini. Katanya, kerajaan negeri akan lakukan apa saja dalam usaha mengekalkan kecemerlangan pendidikan di negeri ini yang memerlukan kerjasama guru, ibu bapa di samping pelajar sendiri perlu fokus untuk capai kejayaan.

“Oleh itu BN perlu dipertahan dan dikekalkan untuk memastikan pembangunan pendidikan terus diperkasa dan pelbagai kemudahan pembelajaran dapat disalurkan kepada anak-anak kita,” katanya.

Ahmad Said berkata demikian di majlis Perjumpaan Bersama Pelajar Terbilang / Sasaran SPM dan STPM 2011 di Wisma Darul Iman semalam.

Adakah itu ucapan seorang MB yang dikatakan tak berpolitik dan tidak memperalatkan pelajar demi kepentingan politik Umno-BN? Anda nilailah sendiri sikap gluk glek boss umno-BN Terengganu kini. Kuasa ditangan anda samada untuk dibiarkan Umno-BN terus memerintah atau memberi alternatif kepada Pas ganti Umno.

1 comment:

faruk said...

Pada pendapat saya,benarlah tindakan MB menyerahkan kepada pengurusan bolasepak terengganu untuk berbincang terlebih dahulu sebelum tindakan oleh beliau.Ini prosedur biasa didalam bekerja dimana kita tidak boleh sewenang-wenangnya mencampuri hal orang terlebih dahulu.Mengenai TADC,sewajarnya mereka berbincang terlebih dahulu bukan terus mengadakan demo.Mohon penjelasan kenapa mereka diberhentikan kerja.Sekiranya benar hak mereka dicabuli,boleh lapor kepada MTUC

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...