Calon penentang ahli parlimen Marang ni dah kena ‘tulah’. Terlalu kutuk Tok Guru Presiden Pas nampaknya kini air terpercik ke muka sendiri. Datuk Ahmad Ramzi telah diputuskan mahkamah bersalah. Anak arwah bekas mufti Terengganu ini didedahkan melakukan psywar terhadap rakan teamnya sendiri. Selaku setiausaha kepada bekas MB, Datuk Idris Jusoh ketika itu dan ketika berlakunya peralihan kuasa dan kemuncak pertembungan team Idris & team Mat Said, beliau menghantar sms ugutan bunuh terhadap team Idris sendiri dan menggunakan no bekas setiausaha sulit MB Mat Said.
Tapi nampaknya jerat tak menjadi bahkan makan tuan sendiri. Hanya kerana sms “ YB tak sayang nyawa ke?”. Tak pasal-pasal kena jel setahun. Rupanya memang YB Umno ni teramat takut mati. Kes sms yang satu itu pada 13 April 2009 itu menyebabkan mereka tak pergi ke sidang dewan undangan negeri pada keesokan harinya, tetapi mereka pula mengadakan sidang akhbar. Yang kecik dan jadi besar… yang pendek dah jadi panjang.
Ketakutan yang tercirit-birit itu tanpa usul periksa menyebabkan rakan sendiri yang bersalah. MB Mat Said mungkin senyum dan tersengih sahaja. Cerdik-cerdik Idris Jusoh dengan agenda “Memahat sejarah”nya … kini pahat dah kena atas dahi Idris Jusoh jua.
Ketika berbual Adun Manir, YB Harun Taib dengan YB Speaker tentang sms bunuh tu… “Apa nak takut sangat dengan sms tu… kalau mati pun mati syahid”. Jawab YB Ku Putera: “ puak mung takpelah mati syahid… puak Umno mati syahid apa?.. “
Apapun sebab kerana ianya sesama Umno... mungkin hukuman pun dah dikurangkan tu. Hish!!! Kalau bukan Umno dah masuk ISA tu. Macam kes tangkapan ISA terbaru baru-baru ini. Ketika wartawan bertanya kes 13 individu yang di tahan di bawah ISA, kata Menterinya Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata antara jenayahnya kerana pernah mengugut Adun di Sabah.
Macam kira samalah dengan yang dibuat oleh Ramzi ni. Apapun itulah contoh assobiyah asli yang ditunjukkan oleh kalangan Umno. Mereka sanggup menolong kaumnya sendiri meskipun terpaksa berlaku zalim terhadap orang lain. Kalau sesama Umno mereka sanggup lakukan seperti itu… ini baru sms, bahkan ada yang sanggup bunuh membunuh. Itu sesama melayu, sesama bangsa, sesama perjuangan cuma beza kem parti aje. Bagaimana kalau lain parti?
Sebab itulah Umno sanggup berpuluh tahun menindas Pas meskipun sesama bangsa, sesama agama, sesama negeri. Royalti dirampas, tanah dirampas, jawatan dipecat, peruntukan dinafikan dan pelbagai kezaliman yang dilakukan oleh Umno hanya kerana dia orang Pas atau ibu-bapa dia orang Pas.
Nampaknya selepas ini… makin dekat pilihanraya ni… makin tajam pertembungan antara dua team ini. Kita tengok team mana yang lekat calon pilihanraya nanti samada dun maupun parlimen.
SMS ugut: Bekas s/u politik MB dipenjara setahun
Datuk Ahmad Ramzi Mohamad Zubir dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu selepas didapati bersalah menghantar SMS ugutan kepada tiga wakil rakyat BN dan SMS fitnah kepada bekas setiausaha sulit menteri besar Terengganu.
Hakim Mahkamah Sesyen M Bakri Abd Majid menjatuhi hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap semua pertuduhan itu.
Bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh itu dijatuhi hukuman penjara masing-masing tiga bulan untuk kesalahan mengugut ADUN Paka Mohd Ariffin Abdullah, Adun Permaisuri Abd Halim Jusoh dan Adun Ajil Datuk Rosol Wahid di E726, Kampung Kubang Parit antara 11.21 malam dan 11.25 malam, pada 13 April 2009.
Dia juga dijatuhi hukuman penjara tiga bulan kerana memfitnah bekas setiausaha sulit Menteri Besar Terengganu Wan Ahamad Wan Muda, yang kini timbalan setiausaha kerajaan negeri dengan menghantar SMS ugutan melalui nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.
No comments:
Post a Comment