Kemenangan pertama selepas daripada beberapa siri kezaliman Umno-BN. Hari ini PM baru mengaku bahawa akta ISA tidak lagi relevan dan ianya sebagai satu kezaliman demi survival politik Umno-BN. Ahli dan pimpinan Pas sudah lama menderitai akta draconian ini. Mereka disumbat dalam tahanan tanpa bicara bahkan syahidnya Ibrahim Libya serta anak muridnya adalah kerana menentang akta ganas dan zalim ini. ia telah memakan beribu-ribu mangsa khususnya mereka yang mengkritik kerajaan dan pemerintah.
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 sebenarnya dirangka oleh R.H. Hickling pada awalnya. Kemudian ia dijadikan undang-undang pada tahun 1960. Semasa akta itu mula digunakan, ia membenarkan kajian semula, akan tetapi sejak itu, ISA telah dipinda sebanyak lebih daripada 20 kali dan peruntukan ini telah dikeluarkan. Kuasa mutlak telah diberikan kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri membolehkan beliau menangkap sesiapa pun, tanpa merujuk kepada mahkamah.
Hari ini demi menyambung nyawa politik Umno-BN mereka terpaksa akur desakan rakyat supaya menghapuskan akta zalim tersebut. Sekian lama perjuangan, hari ini baru terasa detik kemanisan. Tanpa perjuangan, penerangan, penentangan bahkan demontrasi terhadap akta tersebut, mungkinhari ini ISA akan sentiasa mencari mangsanya lagi.
Terimakasih kepada para pejuang sekelian, khususnya kepada para peserta demontrasi 1 Ogos 2009. Walaupun pelbagai tohmahan yang dilemparkan terhadap penentang ISA, tetapi ianya berbaloi.Mungkin nanti 54 tahun akan datang, dalam ilmu sejarah tercatat bahawa Najib adalah hero dalam memerdekakan rakyat daripada akta ISA. Para penentang akta ISA, mereka itulah pengganas seperti Mat Indera. Simpan betul-betul gambar-gambar antara penentang kezaliman dan penyokong kezaliman ISA ini… mungkin keluar dalam soalan SPM mata pelajaran sejarah setengah abad akan datang. Siapa sebenarnya yang gila dan penjilat undang-undang ciptaan penjajah British ini dan siapa yang menentangnya!
54 tahun akan datang... polis yang hentam para pendemo menentang ISA bak polis bukit kepong & para pendemo serta penggerak GMI (Gerakan Mansuhkan ISA) adalah macam Mat Indera.
54 tahun akan datang... polis yang hentam para pendemo menentang ISA bak polis bukit kepong & para pendemo serta penggerak GMI (Gerakan Mansuhkan ISA) adalah macam Mat Indera.
2 comments:
Salam ustaz,
Dalam kita gembira menyambut berita pemansuhan ISA ni ,jangan lupa tipu helah umporno, jangan puji lebey2 sangat puak2 ni, saya rasa ada agenda yang tersurat, kita tunggu dan lihat. Apa2 pun kepada yang menyokong ISA dan yang letak kat blog mereka tu, dan yang kata "YES to ISA", yang over2 sangat dengan ISA tu,ambik tahik lesek muka sendiri.
Salam Ustaz..
Ini baru permulaan. Apa yang penting, jangan sekali-kali kita tunduk percaya kepada setiap butir kata yang terkeluar dari mulut rejim pemerintah. Banyak sangat permainan..
Post a Comment