Belasungkawa: Harap rakyat Terengganu maafkan Datuk Awang Jabar

| |
Bekas Ahli Parlimen Dungun, Dato' Awang Jabar, 66, terbunuh apabila kereta yang dinaikinya bertembung dengan sebuah Perodua Alza di Kilometer 26, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Alor Tuman, Merchang, pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 7.10 pagi itu, Penasihat Khas Menteri Besar Terengganu yang menaiki Mercedes-Benz dikatakan dalam perjalanan untuk menghadiri program tinjauan mesra Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Dungun.

Allahyarham ialah juga bekas Exco kerajaan Terengganu selaku bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi selain pernah menjadi Ahli Parlimen Dungun dan Setiausaha Parlimen di Kementerian Belia dan Sukan.

TPM, Tan Sri Muhyiddin ketika menziarahi jenazah beliau, ia menyifatkan kematian Allahyarham satu kehilangan besar kepada negara. "Arwah adalah sahabat baik saya dan juga sahabat lama saya. (Ini) satu kehilangan sebab arwah dah bagi banyak sumbangan masa jadi Setiausaha Parlimen KBS.
"(Dan) Arwah masih lagi berkhidmat sehingga akhir usia beliau. Ini satu kehilangan besar kepada negara. Saya doakan semoga keluarganya tabah dan rohnya di tempatkan bersama orang beriman," katanya.

Jasa beliau tentunya banyak selaku wakil rakyat Dungun selama empat penggal sejak tahun 1978 hingga 1990 dan menjadi wakil rakyat bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi pada 1995. Apatah lagi jasa beliau terhadap parti Umno.

Tetapi ada jasa beliau yang sentiasa diingat oleh rakyat Terengganu. Ketika Pas memerintah yang dipimpin oleh tokoh ulama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, seorang anak Terengganu beragama Islam dan berbangsa melayu. Tanpa ada dosa & kesalahan akhirnya kerajaan Pusat pimpinan Umno-BN telah menarik royalti yang menjadi hak kerajaan Terengganu dan rakyatnya yang telah memilih Pas sebagai pemerintah yang sah.

Pada tahun 1975, kerajaan negeri Terengganu menandatangani perjanjian dengan Petronas dan Terengganu akan mendapat royalti 5 % dari hasil minyak yang dikeluarkan. Pada tahun 1987, satu lagi perjanjian ditandatangani antara kerajaan negeri Terengganu dan Petronas dan sekali lagi ditegaskan dengan jelas dalam perjanjian itu, Terengganu akan menerima royalti lima peratus dari Petronas.

Malangnya kerana usul dari Umno Terengganu itu sendiri entah apa sebabnya. Usul penarikan royalti ini telah dibawa oleh Datuk Awang Jabar sendiri, ketua Umno Bahagian Dungun ketika itu didalam perhimpunan Agung Umno pada tahun 2000 di PWTC, Kuala Lumpur.

Saya meyakini, pimpinan Pas yang dipimpin oleh Tuan Guru Presiden serta pimpinan Pas Terengganu yang memikul amanah mentadbir negeri Terengganu ketika itu tidak ralat untuk memaafkan allahyarham. Mereka mempunyai jiwa besar. Sekian lama dididik dan ditarbiyyah dengan tarbiyyah Islamiyyah, nescaya tiada dendam dalam menegakkan perjuangan apatah lagi beliau juga sebagai tokoh agamawan. Tiada musuh individu dalam perjuangan Islam. Apatah lagi kehidupan sentiasa silih berganti kealpaan dan kelupaan.

Beliau juga ada meninggalkan jasa mewakafkan tanah dan menjual murah rumah beliau di Dungun untuk SRABZA (Sekolah Rendah Agama Bersepadu Zainal Abidin) semasa hidup beliau dan sekolah tersebut menggunakan module Dewan Ulama Pas dan dinaungi oleh Pas Kawasan Dungun hingga sekarang.

Tetapi penarikan royalti ini melibatkan musibah kepada rakyat Terengganu. Anak-anak dan generasi Terengganu.

Biasanya bila ada kematian wakil simati mengumumkan supaya dimaaf atau dihalalkan segala salah dan silap. Jika ada hutang piutang harap dituntut daripada waris si mati. Tetapi bagaimana kalau kesalahan itu melibatkan rakyat. Apakah rakyat memaafkannya? Setiap dosa yang melibatkan manusia perlu mendapat kemaafan manusia sebelum bertemu Allah Swt. pastinya walau tahap mana kekayaan kita, walau tinggi mana pangkat dan kuasa kita dan walau ramai mana anak-anak maupun pengikut kita, pastinya kita akan kembali kepadaNya jua.

Saya mengharapkan rakyat Terengganu memaafkan beliau dan semoga rohnya diterima Allah Swt. Terserahlah kepada rakyat Terengganu.

1 comment:

TaTJ said...

InsyaAllah semoga takdok doh dendam tu...semoga rohnya dicucuri rahmat...ambo tak terasa mana pun sebab ambo rakyat kelate,rakyat terengganu Wallahualam...Hanya Allah Yang Maha mengetahui segala2nya!Tapi kalu tok bui royalti ko kelate lagi ambo terasa sama macam rakyat ganuuuuu jugak...Takbirrrr!Allahuakhbar3...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...