Bini Adun Pulak Berperang

| | 0 comments

Belum habis cerita bekas adun yang mati ditembak bersama pembantunya didalam kereta di Selangor. Riuh rendah pulak isu adun Terengganu. Perang sabil telah berlaku di Hospital Besut. Ini terjadi apabila bini tua adun di Besut baru mengetahui bahawa suaminya berpoligami tanpa pengetahuan beliau. Hah apalagi! Perang sakanlah.. Diserang madunya dihospital . Apalagi bergelegaklah. Amat memalukan. Akhirnya ditukarkan isteri muda tersebut ke hospital Kuala Terengganu.
Berita juga memaklumkan dah banyak hari Adun tersebut tak boleh balik rumah. Rumah terkunci. Alahai kesian.. Yelahh.. asam garam perlahwinan.
Mungkin tak menuntut habis kot dengan Mat Said atau Deris Jusoh tak mengajar sampai tamat ilmu berpoligami. Apapun selamat mengharungi bahtera peperangan kita ucapkan. Masa inilah pemimpin UMNO nak belajar mengikut sunnah Rasulullah Saw. Walaupun perjuangan dasar assobiyyah kebangsaan. Matlamat adalah kebendaan. Tak mengira halal atau haram. Membujur disapu melintang dibaham. Tetapi bab poligami ni.. nak ikut sunnah.

Itulah. Rakyat pun sampai bila boleh melihat ini semua. Dahlah berperang dalam politik Umno Terengganu tak berkesudahan sampai di dun pun berpolitik sakan. Balik rumah pun berperang jugak. Jangan jadi macam bekas adun tu sudahlah. Bertembak-tembak pulak. Di harap Mat Said tolong le tarbiyyah anak-anak buah tu. Kan nanti rakyat meluat. Banyak pulak duit rakyat perlu ditabur untuk rasuah bagi memenangi pilihanraya yang makin dekat ni. Kalau tak pun diharap Yahya Khatib yang merupakan Exco baru hal-ehwal wanita tolong selesaikan. Takkan nak anayai wanita UMno tu. Inilah tugas Yb Yahya yang penting. Itupasal ditukarkan daripada exco infra kepada exco hal ehwal wanita tu.

Nanti kalau disiar dalam akhbar Umno susah pulak. Macam kes pemuda Pas di Kelantan mahupun Yb Melor. Tapi yelahh. Untung jugak jadi OKU Umno ni. Isu-isu macam ni media tak ambih kisah. Isu kecil. Terpencil. Sebab mereka pemimpin Umno. Kalau sangkut kat pimpinan PR apatah lagi PAS… fuh.. gegak gempita le.
Terasa jugak nak berpoligami tetapi kalau dak main perang-perang, tembak-tembak ni apa main ni. Kata seorang sahabat penulis memang macam tu. Macam cerita P.Ramlee. Serabut kepala ni. 95% serabut kepala. 5% sahaja yang seronok. Tetapi 5% tu boleh cover lagi pening yang 95% tu. Ye ke? Belum cuba belum tahu!

Read More !

Awang yang tidak Selamat

| | 0 comments

AWANG Selamat hairan apabila Pas berterusan mendakwa UMNO tidak Islam atau kurang Islam setiap kali memperkatakan soal Islam. Padahal UMNOlah parti paling berjasa kepada perkembangan syiar Islam di negara ini.
UMNO jugalah yang paling ke hadapan dalam mempertahankan kesucian Islam. Terbaru dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh agama lain. UMNO turut menjadi parti Islam di negara ini membina paling banyak masjid, sekolah agama, universiti termasuk universiti Islam, memperkenalkan Tabung Haji dan pelbagai instrumen Islam dalam sistem perbankan dan insurans.

Sebagai juragan kepada Utusan Malaysia sudah sewajarnya beliau menjadi pencacai kepada UMNO tetapi amat malang apabila hujah atau dalil betapa Islamnya UMNO itu amat dangkal. Hujah itu mungkin sesuai dizaman lepas perang Jepun atau bagi Tun Ghafar Baba ketika berkempen untuk UMNO dikalangan masyarakat luar Bandar.

Daripada siapa Awang Selamat belajar hujah tersebut. Teringat bagaimana Arab Quraish bertanyakan pendita Yahudi yang dianggap sebagai ahli kitab tentang sikap mereka terhadap Muhammad Saw. Apabila ditanyakan perbezaan antara pemimpin Quraish dengan dakwaan Nabi Muhammad Saw mereka menjawab Nabi Muhammad tidak membuat dan berjasa apa-apa kepada Mekah. Mereka mendakwa bahawa merekalah yang mengurus dan mentadbir Mekah dan Kaabah. Merekalah mengurus dan berkhidmat kepada pengunjung ibadat kepada Baitullah. Merekalah member makanan dan minuman kepada tetamu ibadah di Mekah. Merekalah yang menjaga keselamatan dan memajukan Kota Mekah dan ….. Nabi Muhammad telah mencela berhala-berhala mereka. Muhammadlah yang memecah-belahkan masyarakat yang sekian lama bersatu menyembah berhala al-Latta dan al-Uzza.
Amat malang apabila ahli Kitab yang mengetahui kebenaran Rasulullah Saw sanggup khianat dan mereka membenarkan jahiliyyah yang menyembah berhala berbanding Rasulullah Saw yang membawa mukjizat dan al-Kitab dibohonginya.

Bermulalah agenda menghasut masyarakat agar tidak menyenangi Islam. Modal Muhammad Saw sebagai pemecah-belah masyarakat dipalu. Abdul Uzza (Abu Lahab) menghasut kalangan laki-laki; Aura (Ummu Jamil) menghasut kalangan wanita; sedangkan ‘Amr bin Hisyam (Abu Jahl) menghasut kalangan pemuda. Mereka bersekongkol menahan laju gerakan dakwah Islam, sehingga citra dakwah Islam menjadi buruk di mata masyarakat: Muhammad itu penghina nenek moyang; pemecah belah persatuan bangsa Quraisy; orang gila, dlsb. Namun cara-cara busuk itu ternyata tidak menyebabkan laju dakwah berhenti; dari hari ke hari pengikut Islam malah bertambah.

Adakah pendekatan ini ingin diulang kembali oleh Awang Selamat sedangkan mereka menyembunyikan hakikat pengkhianatan UMNO terhadap bahasa, bangsa, agama dan tanah-airnya sendiri. Mereka menonjolkan kehebatan fizikal serta syiar bahkan mereka menyembunyikan kebobrokan aqidah, akhlak, spiritual dan agenda busuk sekularisme disebalik tabir pejuang nasionalisme mereka.
Kalau nak dibandingkan fizikal dan syiar, apa kurangnya negara kafir lain. Thailand mempunyai deretan masjid dari Selatan sehingga ke Chiang Mai di utara. Ada Universiti Islam lagi. Masjid di Singapura siap air-con dan bertanggakan lif lagi. Penulis yang tinggal di South Africa di Cape Town wilayah Wilayah Western Cape yang dipimpin oleh MB seorang Islam, masjidnya sahaja ada 400 buah, ada Universiti Islam, ada Bank Islam serta Tabung Hajinya sendiri, ada MJC sebagai Pusat Islam yang cakna dengan halal-haram. Ada 2 rangkaian radio Islamnya dan pelbagai lagi. Begitu juga dengan negara lain. Tak kurang hebat masjid di Amerika maupun di Eropah hatta di China dan Rusia. Tetapi apakah mereka di layak dipanggil Negara Islam?

Tentera Monggol yang diketuai oleh Hulagu Khan dari keturunan Ghenzis Khan dengan mudah menakluki Baghdad, pusat pemerintah kerajaan Islam ‘Abasiyyah. Setelah berkuasa di Baghdad, penjajah Monggol merangka suatu undang-undang yang dinamakan Yasar bagi menggantikan undang-undang Islam. Undang-undang ini adalah campuran dari ajaran Yahudi, Kristian, Islam dan hasil pemikiran mereka. Mereka memasyhurkan undang-undang ini dan memaksa seluruh rakyat untuk tunduk kepadanya. Meskipunpenjajah ini memeluk Islam dan sebagai peemerintah kepada empayar Islam tetapi perlaksanaan undang-undang Yasar itu ditentang oleh ulama dan masyarakat Islam. Yang menentangnya termasuk ulama masyhur seperti Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim maupun Ibn Kathir. Pengarang Tafsir masyhur ini menyebut dalam kitab sirahnya. Kalau ulama ini hidup apa pandangan mereka terhadap undang-undang dan perlembagaan Lord Reid yang ditinggalkan oleh penjajah dan menjadi keramat serta dijunjung serta dilaksanakan oleh UMNO sebagai peraturan tertinggi yang mengalahkan al-Quran dan as-Sunnah?

Hakikatnya Awang sendiri sudah melihat kesedaran dan perubahan yang bakal dibuat oleh rakyat Malaysia. Tumbangnya UMNO-BN menyebabkan segala alat-alat propaganda mereka akan turut hanyut dan sudah pasti Utusan Meloya yang menjadi mangkok tandas Awang untuk mencari habuan serta sesuap dua tidak akan selamat lagi. Teruskan mencacai wahai Awang sementara tempat mu masih Selamat. Tapi ingatlah takde siapa boleh menongkat langit ini.

Read More !

Lim Guang Eng adalah Liu Zhi Malaysia?

| | 0 comments

Perjuangan Rasulullah Saw itu dibantu oleh umat Islam bahkan dibantu juga oleh orang yang bukan Islam. Persefahaman dengan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib yang berlaku sebelum hijrah khususnya bantuan yang besar oleh bapa saudaranya iaitu Abu Talib dan persefahaman dengan kabilah Khaza’ah selepas “Perjanjian Hudaibiyah”. Rasulullah s.a.w. mengiktiraf half al-fudul yang berlaku pada zaman jahiliyah apabila terbentuk satu persefahaman menentang kezaliman. Perkara ini terjadi setelah seorang lelaki dari kabilah Zubaid dizalimi oleh Aas bin Wa’il, lalu dia meminta pertolongan. Dan Rasulullah menyaksikan peristiwa tersebut dan sanggup melaksanakan pada bila-bila masa dizaman baginda.

Abu Bakar al-Siddiq r.a. dengan kabilah Ibn Daghnah untuk meminta perlindungan ketika di Mekah dan ianya terbatal apabila kabilah tersebut mensyaratkan supaya Abu Bakar tidak membaca al-Quran secara terang terangan. Ketika hijrah Rasulullah Saw baginda ditunjuk jalan oleh Abdullah bin Uraiqit yang tidak Islam.

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِين
“Allah SWT tidak melarang kamu terhadap orang kafir yang tidak memerangi kamu dan tidak menghalau kamu dari tanahair kamu, bahawa kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap mereka. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil”.
Kabilah-kabilah Arab seperti Kabilah Huza’ah yang bertahalluf dengan Nabi SAW. Kabilah Bani Huza’ah adalah kabilah Arab Mekah yang memilih untuk bergabung (bertahalluf) dengan Nabi SAW kerana mereka mengenali Nabi SAW sejak kecil lagi sebagai seorang yang amanah.

Selepas peristiwa perjanjian Hudaibiyyah, di Mekah juga terdapat satu kabilah iaitu Bani Bakar yang bergabung dengan musyrikin Quraisy, yang menyimpan dendam kepada bani Huza’ah, dimana akhirnya berakhir dengan serangan dari Bani Bakar dengan bantuan dari musyrikin Quraisy ke atas Bani Huza’ah. Serangan yang dilakukan pada waktu malam itu telah mengorbankan 20 orang keluarga Bani Huza’ah. Peristiwa ini juga ini merupakan pencabulan kepada perjanjian damai Hudaibiyah yang telah termeterai sebelumnya.
Ekoran dari peristiwa tersebut, Bani Huza’ah telah menghantar 40 orang untuk mengadap Rasulullah SAW mengadu tentang serangan tersebut. Baginda berasa sangat sedih dan bangun bersabda: ”Sesungguhnya Allah SWT tidak akan menolong aku jika aku tidak menolong kamu wahai Bani Kaab. Aku akan menolong kamu sebagaimana aku menolong kaum keluarga aku sendiri. Langit akan turun hujan sekiranya aku menolong Bani Kaab (Bani Huza’ah juga dikenali sebagai Bani Kaab). Rasulullah Saw memutuskan memerangi kota Mekah meskipun Bani Huza'ah tidak memeluk Islam bahkan penduduk Mekah yang membantu dan meyerang mereka adalah sebangsa dan sekabilah dengan Rasulullah Saw.

Di dalam siri futuhat dizaman Islam seperti pembukaan Palestine dizaman Umar al-Khattab, beliau dibantu oleh penduduk kristian yang tertindas dengan pemerintah Rumawi. Termasuklah di Parsi.

Kemasukan Islam di China berlaku sejak Rasulullah s.a.w lagi. Ini berdasarkan catatan sejarah
Dinasti Sui (605-618M) dan Dinasti Tang (618-905M). berdasarkan pendapat yang menyatakan Saad bin Lubayd yang menyertai rombongan ke Habsyah pada 619M telah berdakwah ke China pada 630/631M. Beliau bersama sahabatnya yang dikenali sebagai Yusuf telah berdakwah di Chuan Chow, Chang Chow dan Canton serta bertanggungjawab mendirikan masjid Kwang Tah Se dan masjid Chee Lin Se. Menurut rekod Sejarah Dinasti Tang, Islam dibawa ke China oleh pendakwah yang diketuai oleh Saad bin Abi Waqas iaitu Panglima Perang Laut Islam sewaktu
pemerintahan Maharaja Yung-Wei dalam Dinasti Tang pada abad ke-7M.
Terdapat pendapat yang menyatakan Islam dibawa ke China pada zaman Thai Sung (627-655M) dan orang Islam yang pertama tiba di China ialah Abu Hamzah Ibn Hamzah (anak kepada Hamzah bin Abi Talib, sepupu Rasulullah s.a.w). Beliau bersama 3000 orang Muhajirin telah berhijrah ke China dan menetap di kawasan San Gan Foo.

Ketika pemerintahan DINASTI MING(1368-1644M). Ianya merupakan Dinasti Islam yang terbesar dan terkenal. Pentadbiran oleh orang Cina Islam. Merupakan kejayaan besa ma masyarakat Islam di China. Banyak masjid dibina. Ramai orang Islam dilantik oleh kerajaan. Ilmu sains Islam bergiat cergas.

Lahirnya tokoh-tokoh terkenal di China dizaman keemasan Islam seperti laksamana Cheng Ho yang telah datang ke Tanah Melayu dan berlakunya hubungan yang erat antara dua empayar China dan Melaka. Lahirnya tokoh seperti LIU ZHI (1665- 1745). Dilahirkan di Nanjing. Dikagumi oleh masyarakat Islam dan bukan Islam kerana pengetahuan Islam yang luas. Karya agung- Tian Fang Jian Li (Etika dalam Islam). Kejayaan- berjaya memahami manusia dari perspektif Islam. Sehingga ke hari ini umat Islam di China melebihi 30 juta orang dan telah member sumbangan yang besar kearah ketamadunan China dan dunia itu sendiri bahkan berperanan menyebarkan Islam sehingga ke tanah melayu sendiri.

Munasabahlah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menganggap pandangan presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang memberi gambaran bahawa negara-negara Islam sebagai tidak progresif dan mengamalkan rasuah sebagai mengarut. Menurut Lim, Chua pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, semalam telah memberi tanggapan negatif kononnya negara-negara Islam itu “tidak progresif, korup, miskin dan terkebelakang”. Katanya, Chua sepantutnya mendidik dirinya dengan mendalami sejarah tamadun Islam yang mencerminkan kegemilangan yang tidak hanya terhad kepada empayar global malah di dalam pembangunan seni, pembelajaran, pengenalan angka, algebra dan astronomi.
Inilah hikmah dan pendekatan tahaluf siyasi yang dianjurkan syara'. Kini DAP yang mentarbiah pimpinan MCA yang dahulunya kabur akibat daripada kegagalan UMNO menjelaskan Islam yang sebenar kepada kompenen BN. Syabas Lim.

Read More !

Hantu Baham Zakat & Hantu PRU

| | 0 comments

Setiap kali pilihanraya akan timbulnya pengundi hantu. Tidak pernah ada peyelesaian. Walaupun ada penyelarasan antara SPR dan JPN tetapi sentiasa wujud pengundi hantu ini. Ia dirujuk sebagai mereka yang telah mati tetapi masih ada lagi nama di dalam senarai pengundi dan bahkan ada seseorang yang telah mengundi bagi pihak si mati.

Apabila pihak MAIDAM menyebut tentang JKKK yang menyeleweng dalam pengagihan zakat.
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) kesal kerana berlaku kepincangan dalam pengagihan bantuan zakat Hari Raya. Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Wan Harujan Sulaiman berkata terdapat orang yang tidak layak seperti golongan muda, sihat dan yang sudah meninggal dunia turut disenarai sebagai penerima zakat.

Beliau berkata pemilihan penerima bantuan raya tahun ini dibuat oleh JKKK, AJK Masjid dan Amil.
"Kita harap selepas ini senarai penerima yang layak disemak terlebih dahulu sebelum diserah kepada Maidam, untuk memastikan hanya yang layak sahaja menerima bantuan zakat,” katanya pada sidang media di Kuala Terengganu hari ini.
Pada tahun ini seramai 30,846 penerima layak menerima bantuan dari Maidam yang melibatkan peruntukan RM10.5 juta. Kadar bantuan adalah RM300 seorang berbanding RM250 tahun lalu. Wan Harujan berkata Daerah Kuala Terengganu mencatat bilangan penerima tertinggi iaitu 9,369 orang, Besut (5,400), Marang (5,256), Kemaman (3,661), Dungun (3,435), Hulu Terengganu (2,735) dan Setiu (990).

Apabila sebut saja JKKK, kalau di Terengganu semua tahu bahawa mereka adalah OKU (Orang Kuat Umno) di kampong-kampung yang melakukan pelbagai diskriminasi terhadap rakyat melayu sendiri. Pembahagian yang tidak adil dan berlakunya kezaliman adalah atas cadangan dan nasihat JKKK samada kepada wakil rakyat, Majlis Perbandaran ataupun Pejabat Daerah dalam pelbagai urusan.

Semua ruang dan kesempatan akan digunakan sepenuhnya bagi mendapatkan kepentingan demi tembolok mereka. Sebelum ini penulis telah menulis tentang artikel JKKK dapat duit raya daripada bazaar Ramadhan. Itu belum kira bagaimana mereka nak songlap duit ehsan. Ada yang senaraikan isteri mereka sebagai ibu tunggal untuk melayakkan isteri mereka mendapat wang ehsan. Dahlah mereka dah sapu, anak-anak dapat dana remaja lagi.

Mereka tak peduli duit itu hak fakir miskin ke tidak. Yang penting duit. Kerana itu senarai fakir miskin sentiasa bertambah. Bayangkan 30,846 orang penerima zakat? Sebelum ini penulis telah menulis artikel ttg kerajaan Terengganu menyebut sudah tiada orang miskin di Terengganu. Habis yang perabih duit zakat ni puak mana pulok? Setiap kali timbul pembahagian wang ehsan, timbul pulok fakir miskin. Sebab itu banyak hantu yang berkeliaran mencari makan ketika pembahagian zakat dan pembahagian wang ehsan. Kenapa berlaku demikian? JKKK tahu jawannya. Sebab itu orang Terengganu gelar JKKK sebagai Jin Kaki Kucar Kampung! Ishh.. Dahsyat… Kalau wakil rakyat sendiri bedal.. JKKK pun sapu. Jangan lupa Tan Sri Serigala yang jaga FELDA hari ini itulah yang bedal duit zakat Wilayah Persekutuan itu. Mungkin melayu mudah lupa...

Read More !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...