e-Gadong. Ubat Kuat, Pembesar Buah Dada tapi Awas siput!

| | 0 comments

Kalau zaman Deris Jusoh jadi MB dulu sibuk dengan projek e-lekor. Nak promosi keropok lekor. Ada projek e-nipah. Diheretnya PM masa tu, Pak Lah Badawi ke dalam paya nipah di Marang untuk rasmi projek air tuak. Buat kilang katanya untuk eksport antarabangsa. Kita pun tahu air tuak ni. Salah lama jadi mabuk. Puak-puak bukan Islam ambil tuak ni wat minum untuk mabuk je.
Mat Said, MB Terengganu kini tak mahu kalah. Nanti dikatakan orang takde idea. Bodoh! Macamana nak memerintah. Jangan bagi Nampak komang berbanding Deris Jusoh lalu dicadangkan projek ubi gadong untuk dikomersialkan. Macam e- Gadong macam tu lah.

Sepatutnya yang menjadi keutamaan MB adalah untuk menyelesaikan permasalahan yang semakin banyak melanda di bumi Terengganu ini yang semakin parah hasil pengabaian pembinaan insan rakyat Terengganu. Bumi yang digelar Darul Iman kini punah lebur. Kini penagih paling ramai di Terengganu. Mat Rempit paling dahsyat Terengganu. Jenayah makin meningkat dan kini kelahiran anak luar nikah membimbangkan. Peluang pekerjaan makin tiada, ekonomi makin parah, barangan semakin mahal. Cukai makin meningkat. Nampaknya 1 Terengganu makin hilang berkat, makin berkarat.
Tengok berita dibawah ini.

Jumlah kelahiran anak tidak sah taraf di Terengganu membimbangkan

KUALA TERENGGANU, 31 Julai – Kes kelahiran anak luar nikah di Terengganu amat membimbangkan, dengan jumlahnya meningkat dari setahun ke setahun. Berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara dari tahun 2005 hingga Jun 2010, jumlah keseluruhan anak luar nikah di Terengganu ialah 2,314 orang.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri Yahya Khatib Mohamad berkata daripada jumlah itu, seramai 230 anak tidak sah taraf dicatat pada tahun 2005 dan jumlah itu meningkat kepada 251 pada 2006, 325 (2007), 549 (2008), 611 (2009) dan 321 dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini.
“Hampir keseluruhan kes anak luar nikah di Terengganu itu membabitkan wanita beragama Islam dan berumur 15 tahun ke atas,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Jendela IKS di sini hari ini. Beliau berkata kerajaan negeri sedang mengambil langkah-langkah tertentu bagi mengatasi masalah kelahiran anak luar nikah di negeri ini, termasuk menganjurkan kempen ke masjid dan program kesedaran bakti remaja.
Yahya berkata kerajaan negeri juga telah mengadakan program “ingat sebelum kena” yang ditumpukan di 130 sekolah untuk memberi kefahaman dan kesedaran di kalangan pelajar tentang masalah sosial. – Bernama

Projek “ingat Sebelum Kena” tapi sekarang dah jadi ingat.. nak pekena pulak. Kenapa begitu. Inilah akibat daripada pengabaian tarbiyyah. Bukan hanya di sekolah bahkan ditengah-tengah masyarakat. Para pemimpin dok sibuk projek! Projek! Projek! Biar dok masuk akal pun.
Terengganu Sedia RM2.2 Juta Untuk Kajian Ubi Gadong

KUALA TERENGGANU, 28 Julai – Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM2.2 juta kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi tujuan penyelidikan ubi gadong yang turut dipercayai mampu membesarkan buah dada.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, melalui kajian yang dijalankan universiti tersebut, ubi gadong bukan sahaja sesuai dijadikan makanan, malah berpotensi besar dalam bidang ubat-ubatan. Menurutnya, ubi gadong atau saintifiknya Discorea Hispida yang merupakan makanan tradisional masyarakat Terengganu akan menjalani kajian selama dua tahun melalui Fakulti Pertanian dan Bioteknologi UniSZA.
“Kerajaan Negeri bersetuju membiayai kos bagi menghasilkan kajian secara berperingkat..kita serah kepada UniSZA, kalau ada penemuan baru, mungkin kita akan tambah peruntukan,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Negeri dan UniSZA di Wisma Darul Iman, semalam. - Utusan Malaysia

Dalam pada itu, katanya, bahan tersebut juga dipercayai mampu menghalang pembekuan darah serta boleh dijadikan pil pencegah kehamilan, hormon seks dan bahan kortison, selain ekstraknya dikatakan boleh membunuh siput.

Ahmad yang menjadi pencetus utama kajian tersebut menjelaskan, ubi gadong turut ditanam di Mexico yang menjalankan penanaman tersebut secara komersial, selain digunakan untuk membasuh bulu biri-biri sebelum dijadikan pakaian atau barangan perhiasan bagi membunuh kutu dan serangga. “Dari segi pasaran tiada masalah kerana hasil kajian ini pasti akan dijual. Kajian berapa lama, kita serah kepada UniSZA untuk tentukan,” katanya.


Kita pun tak tahu entah mimpi apa Mat Said ni. Tup-tup projek ubi gadong yang keluar. Mungkin dok tengok banyak sangat drama Mexico yang sentiasa didedahkan dalam tarbiyyah Umno kepada rakyat Malaysia melalui TV dan media kerajaan. Melihat pelakon-pelakon yang seksi nak mampos, melihat petani mengembala lembu, menggosok-gosok bulu kambing dan lembu… terkhayal zaman jepun mungkin, yang ketika itu memakan ubi gadong kerana tiada beras dan makanan. Tetapi kini ia tidak timbul permasalahan makanan di negara kita. Kalau nak komersial pun banyak lagi spesis ubi lain yang lebih berdaya maju untuk dikomersialkan tetapi tidak diambil perjalanan sewajarnya oleh kerajaan negeri seperti keledek, ubi kayu, ubi thagut, ubi keeling dan pelbagai lagi. Kos lebih murah, masa lebih singkat, manfaat lebih banyak berbanding ubi gadong. Bahkan kalau tersalah proses boleh jadi mabuk. Tapi mungkin tak glamour. Dikhayalkan yang hebat, canggih dan dibuat orang. Terkejut daripada khayalan kot mungkin terus diluluskan Rm2.2 juta untuk projek ubi gadong.

Katanya nak dijadikan ubat kuat dan membesarkan buah dada. Sedangkan dah bersepah-sepah ubat kuat dipasaran bahkan kerajaan Kerala dah rampas bertan-tan ubat kuat dari Malaysia.
Kalaulah MB dok promosi ubi gadong sebagai ubat kuat, payu dara besar dan boleh mencegah hamil. Nanti nak bukak MLM pulak ke? Habislah rakyat dikerah makan pil ubi gadong. Apa jadi dengan remaja-remaja Terengganu. Bertambah-tambahlah seks bebas. Makin kuat le nafsu orang Terengganu atau orang Umno sekarang lemah syahwat sehingga bersungguh benar pemimpin Umno ini mencari ubat untuk kuatkan nafsu. Berhati-hatilah wanita di Terengganu! Dan jaga-jaga orang lelaki dengan ubat ubi gadong!. Nanti kelelakian menjadi kuat tetapi dada jadi macam pompuan. Nyesal le.

Berkait dengan anak luar nikah yang semakin banyak. Semakin menjadi-jadi khususnya dikalangan remaja bahkan pelajar sekolah sehingga MB Melaka mencadangkan dibuat sekolah mengandung. (Mungkin Rahim Tambi Chik boleh mohon menjadi guru besar kot).

Adakah penyelesaian anak luar nikah inilah Mat said memperkenalkan ubi gadong ini agar menjadi ubat untuk menghalang kehamilan. Dada makin seksi, syahwat makin kuat tapi tak beranak! Fuhhh.. power idea Mat Said ni. Tentu menjadi kebanggaan orang UMNO di Terengganu. Syabas! Syabas. Diharapkan semua cawangan UMNO diseluruh negeri Terengganu mendaftar menjadi stokis untuk memasarkan produk e-Gadong. Jangan lupa beli yang original. Atau bagi free kepada puteri Umno atau Veteran Umno atau Mubarak. Mat Said boleh jadi ‘Duta Produk’. Sudah tentu gambar Mat Said menunjukkan “Abang Best adik best” (maaf!.. pinjam motto sejenis ubat kuat)

Read More !

UMNO tewas di Kuala Linggi, Port Dikson!

| | 0 comments

Umno sudah membusuk sampai ke usus. Itulah kata-kata Tun Dr Mahathir. Yelah, kalau dah lama memerintah, dah lebih separuh abad nescaya terlalu banyak penyelewengan, kejahatan dan kezaliman yang dilakukan. Sudah tak mampu diubat lagi. Ia diibaratkan seekor buaya tembaga yang sentiasa mengganas membaham mangsanya tanpa ada sebarang halangan dan peraturan. Dialah raja di sungai. Tiada halangan melainkan peluang!

Digeruni semasa hidupnya. Tetapi sampai bila ia ingin menongkat langit. Akhirnya tewas juga. Zahirnya tetap menakutkan tetapi apabila dah mampus.. Boleh le wat ambil gambo. Kalau sekali aje UMNO-BN tewas dalam PRU… nescaya jadilah macam buaya ni.

GEMPAR ... Orang ramai menunjukkan seekor buaya seberat 3 tan yang ditemui terapung di perairan Kuala Linggi dekat Jalan Tanjung Agas, Batu 21, Prt Dickson pada 12.45 tengahari, Isnin. Para pemancing disitu menarik bangkai buaya yang telah mati lebih kurang empat hari itu. Selepas diperiksa, buaya yang hampir reput berusia di antara 15 hingga 20 tahun dan dipercayai datang dari Sungai Linggi.
Seorang daripada mereka, Suhaimi Salim, 35, berkata, dia dan rakannya yang sedang asyik memancing terkejut apabila ternampak objek yang pada mula disangka kayu. Apabila dilihat dari jarak dekat, objek itu rupa-rupanya bangkai buaya dalam keadaan terlentang.
“Selepas yakin bahawa buaya itu kaku dan tidak bergerak, baru kami memberanikan diri menghampiri sebelum menariknya kira-kira 500 meter ke tepi pantai,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Suhaimi memberitahu, selepas itu dia bersama rakannya menarik buaya terbabit di tepi pantai dan mendapati badan buaya itu terdapat luka dipercayai kesan ditembak.

Siapa yang tembaknya? Siapa lagi kalau tak Pakatan Rakyat

Read More !

Mat Said dan Datuk Peter Gilmour pakat kencing rakyat Terengganu?

| | 0 comments

Kejohanan tahunan Piala Monsun di Terengganu, dikatakan bersedia mencatat peningkatan 30 peratus pulangan daripada pelaburan di segi acara, media dan penjenamaan tahun ini berbanding pencapaian RM539 juta pada tahun lepas.

Penasihat Kejohanan dan tiga kali juara dunia Match Race Sailing berkata kos penganjuran Piala Monsun itu menelan kira-kira RM30 juta, di mana 60 peratus daripadanya dibiayai oleh kerajaan dan bakinya dibiayai sektor swasta. Beliau berkata acara dunia yang amat mengujakan itu telah menjana pulangan 26 kali pelaburan berbanding tahun lepas, menjadikan acara reben biru kejohanan pelayaran itu satu penyumbang penting kepada ekonomi negara.

Acara itu juga telah menjana kesan limpahan bagi Terengganu seperti pekerjaan di musim tengkujuh yang menyulitkan. "Pada asasnya, kesemua kos digunakan untuk mengendali dan menganjur kejohanan itu, dan kami mendapat manfaat luar biasa yang hebat seperti pengiklanan tambahan. "Tiga puluh peratus merupakan sasaran purata yang telah ditetapkan berasaskan tahun ke tahun. Sasaran itu meningkat tahun ke tahun melebihi RM100 juta," katanya.

Piala Monsun 2009 telah menarik 101,794 penonton, mewujudkan 1,722 pekerjaan dan menjana nilai media cetak RM24 juta. "Terdapat banyak limpahan ekomomi di negeri itu. Ketibaan penumpang di lapangan terbang meningkat daripada 300,000 setahun kepada empat juta, manakala stadium sukan dan dua hotel baharu dibina di negeri itu. "Semua ini berlaku ketika musim Piala Monsun itu.

Itulah kata-kata Datuk Peter Gilmour. Orang luar bolehlah ditemberang dengan angka-angka tersebut tetapi realitinya Mat Salleh ini dok kencing rakyat Terengganu. Yang herannya apa pemimpin UMNO buat? Takkan Mat said yang bijak bestari itu dengan berjalan bersama e-book hari-hari pun diperbodohkan oleh mat salleh ini? Atau memang mereka sama-sama pakat kencing rakyat Terengganu? Sampai bila? Sampai 2012. Atau akan disambung lagi?

Penganjuran sukan perahu layar piala Monsun Cup bukan sahaja membazir dan tidak membawa manfaat yang banyak kepada rakyat, ia juga tidak pernah diaudit. Kerajaan pada hakikatnya membazir dibawah pimpinan UMNO Terengganu sebanyak 300j setahun dan perjanjian sehingga 2012 akan menghabiskan RM2.4 bilion wang rakyat. Apa manfaat yang rakyat dapat. Penganjuran Piala Monsun ini adalah bertujuan untuk mengagih-agihkan projek kepada ahli-ahli Umno-Barisan Nasional (BN) menerusi sebuah syarikat kroni T-Best Events yang dibentuk oleh kerajaan negeri.
Perjalanan Piala Monsun yang berbelit-belit, penuh mistri dan kontroversi sejak tahun 2005 ketika ia mula diadakan pada zaman bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh. Piala Monsun dilaksanakan dengan beberapa komponen projek pembangunan yang mungkin sudah ‘membaham’ lebih satu billion ringgit wang rakyat Terengganu.

Ia tidak boleh diadakan dengan hanya membeli 10 buah perahu layar ‘Foundation 36, yang dibeli dengan harga RM1 juta sebuah. Pembinaan infrastruktur lokasi tempat pertandingan di pulau Duyong sahaja sudah menelan beberapa ratusan juta ringgit. Pembinaan Heritage Bay Club atau Kelab Teluk Warisan (kini Riyaz Heritage) dengan pembangunan chalet yang dilaporkan berharga RM1 juta setiap unit. Pembinaan marina untuk perahu layar berlabuh sahaja dilaporkan sudah menelan perbelanjaan RM200 juta. Perahu-perahu layar yang berlumba dalam ‘kolam’ pulau duyung itu tidak boleh berlumba tanpa didalamkan teluk tersebut. Dan kos mendalamkan ‘kolam’ itu dilaporkan adalah lebih RM500 juta.

Dan kini, dengan pelantikan Sabaruddin Chik, sebagai Pengerusi T-Best Events Sdn Bhd. Apa cerita sebenarnya disebalik itu? laporan pengendalian Monsun Cup tidak pernah didedahkan. Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu mengumumkan pengambilalihan Kelab Teluk Warisan menjadi Riyaz Heritage membelanjakan RM1 juta untuk menambahkan kelengkapan-kelengkapan yang entah apa-apa. Berapa banyak lagi duit rakyat nak dikebas? dak rakyat terlopong dan ternganga. Mat said jugak yang tersengih-sengih.

Read More !

Karpal Singh telah menerima Hukum Hudud?

| | 0 comments

Kejahilan adalah musuh no 1 manusia. Ketika Islam datang Ke Mekah masyarakat itu dikenali sebagai Jahiliyyah. Tetapi setelah proses menyebaran dakwah dan masyarakat mendapat maklumat sebenar mereka menerima Islam. Apabila Islam dipraktikkan dengan seadil-adilnya sudah pasti manusia yang dicipta oleh Allah ini boleh menerima hukum yang diturunkan oleh Allah swt, pencipta manusia itu sendiri kecuali kerana keangkuhan, kesombongan dan mengikut hawa nafsunya sendiri. Sebab itulah Islam mampu bertahan dan memerintah sejak 14 abad yang lalu dan pernah memerintah di Sepanyol dan Portugal selama 700 tahun.

Hari ini manusia tercari-cari penyelesaian kepada permasalahan manusia. Meskipun mereka hidup dizaman moden dan canggih tetapi manusia tetap manusia. Imam al-Ghazali pernah berkata selagi manusia itu bernama manusia walau dimana ia hidup dan dibumi mana ia dilahirkan dia akan tetap bersifat dan bertabie manusia. Kerana itulah hukum Allah itu relevan dimana sahaja dan dizaman apa sekalipun.

Hari ini kecoh apabila jenayah rogol yang makin meningkat. Data-data rogol di Malaysia boleh dilihat artikel penulis yang lalu. http://ustsaifulbahri.blogspot.com/2010/07/rogol-penan-najib-bahagi-cawat-besi.html

Kenapa kalau diperhatikan jenayah rogol di Arab Saudi, Iran dan disetengah Negara Afrika yang mengamalkan Islam rendah berbanding Negara maju dan hebat di Barat?. Ianya kerana perlaksanaan hokum hudud. Bagi Islam jenayah rogol menerima pakai hukum Hudud dan Takzir seperti penzina. Mereka di Rejam jika sudah berkahwin atau disebat 100 rotan dan dibuang negeri jika belum berkahwin dan jika tidak boleh disabitkan kesalahnnya melalui undang2 keterangan Islam bagi kesalahan zina, maka berpindah hukuman tersebut kepada takzir. Tahap kekerasan hukuman takzir itu adalah tertakluk kepada tahap kekejaman yang dilakukan oleh perogol berkenaan terserah kepada kebijaksanaan hakim untuk menjatuhkan hukuman yg sesuai dengan kesalahan yg dilakukan. Kalau diperhatikan dalam Islam banyak hukumannya dikenakan atas diri si pelaku dan bukannya denda dan bayaran kepada pemerintah. Termasuklah hukum qisas yang akan member kesan secara langsung terhadap pelaku dan masyarakat kerana perlaksanaan tersebut dilakukan dihadapan orang ramai.
Bahkan hukuman Allah itu sendiri merupakan satu konsep perlindungan dan penjagaan Allah sendiri terhadap zuriat dan keturunan umat Islam. Contohnya dalam ayat mencuri:-

"Dan orang lelaki Yang mencuri dan orang perempuan Yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan Dengan sebab apa Yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana". Surah al-maidah:34


Hari ini masyarakat tidak puas-hati dengan hukuman yang dilakukan terhadap perogol. Banyak pandangan pelbagai pihak tentangnya dan pelbagai cadangan hukuman berdasarkan ide dan fikiran manusia. Habis kenapa tidak kembali kepada Islam. Kalau ia dituduh sebagai hokum lapuk dan ketinggalan zaman tetapi jika ia berkesan kenapa tidak kita praktikkan sahaja. Karpal Singh yang dahulunya pernah mengatakan “langkah mayatnya dahulu sebelum melaksanakan Islam”, hari ini sendiri meminda pandangannya agar hukuman mati terhadap perogol dilaksanakan. Bukankah dalam Islam, perogol boleh direjam sampai mati. Adakah karpal Singh sekarang bersedia menerima hokum Islam?
Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh hari ini meminta kerajaan meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan agar perogol kanak-kanak boleh dikenakan hukuman mati.

Karpal berkata walaupun sebelum ini beliau memperjuangkan agar hukuman mati dimansuhkan, tetapi memandangkan saban hari, semakin banyak kanak-kanak menjadi mangsa penjenayah, termasuk perogol, maka sudah tiba masanya kerajaan bertindak menjaga kepentingan awam dengan melaksanakan tindakan lebih tegas dan berkesan.

Terlalu lama undang-undang manusia diterapkan dan terbukti gagal. Undang-undang yang dipraktikkan dinegara ini adalah dipusakai diBarat sedangkan Barat sendiri tiada penyelesaian yang berkesudahan.

Ia timbul kerana kita merasa simpati dan kasihan kepada mangsa. Kemarahan ini akan membuak jika mangsa itu adalah kenalan atau mempunyai pertalian saudara dengan kita. Ketika itu zahirlah kehendak untuk mempraktikkan undang-undang yang menyerupai Islam secara bersungguh-sungguh. Tiada lagi pendekatan kaunseling, nasihat, psikologi dan pelbagai pemikiran yang terlalu ide yang tak terpijak dibumi.

Pernah penulis bertanyakan pendapat seorang teman India ketika isu hukum hudud di Terengganu. Beliau menyuarakan persetujuan kerana beliau tidak pernah mencuri dan apa perlu takut bahkan dengan marah beliau berkata: “ Itu Samy Vellu bukan hanya potong tangan, tapi mesti potong siku dan kepala pun musti potong” saya Tanya apa pasal? “ Dia tipu orang India. Saya punya wang dalam Maika disapu..”. Penulis hanya tersenyum.

Dalam Islam bukannya hanya hukuman dipraktikkan tetapi penjagaan diri dan masyarakat dengan syariat perlu dititik-beratkan. Permasalahan pendedahan aurat yang dijaga, hubungan bebas dengan mahram dan penjagaan-penjagaan adab amat ditik-beratkan. Pendidikan dan tarbiyyah serta pengamalan masyarakat terhadap system sosial Islam akan menjadikan Negara kita lebih aman dan tenteram serta lebih kondusif untuk dijadikan tempat kehidupan.
Menurut statistik diambil dari sebuah terbitan dari Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dengan tajuk Sex Offences & Offenders yang diterbitkan dalam tahun 1997 di bawah kelolaan Lawrence A. Grenfeld menyatakan 90% dari mangsa rogol yang berusia di bawah 12 tahun mengenali perogol terbabit. 73% atau hampir 3 dari setiap 4 daripada kes-kes rogol dan serangan seksual yang dilaporkan, dilakukan oleh pemangsa yang dikenali mangsanya. Bagi mangsa yang berusia 12 tahun ke bawah, 43% dari kes mereka dilakukan oleh perogol yang mempunyai kaitan kekeluargaan dengan mereka.

Lihatlah beberapa ajaran Rasulullah Saw yang sudah diabaikan oelh masyarakat kita. Mungkin dianggap ketinggalan zaman tetapi kesan dan akibatnya jelas dihari ini.

Dari Ibnu Abbas r.a., katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : “Seorang lelaki tidak boleh berada di tempat sunyi dengan seorang perempuan, melainkan harus disertai mahram. Begitu juga seorang perempuan tidak boleh berjalan sendirian, melainkan harus bersama-sama seorang mahram.” Tiba-tiba berdiri seorang lelaki, lalu dia bertanya: “Isteriku hendak menunaikan ibadat haji, sedangkan aku ditugaskan pergi berperang ke sana dan ke situ, bagaimana itu ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah : “Pergilah kamu haji bersama isterimu!”.
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Jabir r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ketahuilah! Seorang lelaki bukan mahram tidak boleh bermalam di rumah perempuan janda, kecuali jika dia bernikah dan suaminya ada di rumah, atau ada muhrimnya.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari ‘Uqbah r.a. Bin Amir r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda : “Hindarilah olehmu masuk ke rumah-rumah wanita!” Lalu bertanya seorang Ansar. “Ya Rasulullah! Bagaimana pendapat anda tentang Al Hamwu (keluarga dekat bagi suami, cth: pak cik, saudaranya, anak saudara dan sebagainya).” Jawab Rasulullah s.a.w., “Bahkan itu lebih berbahaya.”
(Hadis Riwayat Muslim)

“Suruhlah anak-anakmu untuk mengerjakan solat ketika mereka berusia tujuh tahun dan pukullah mereka jika enggan ketika sudah berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka (lelaki dan perempuan)” (HR. Abu Dawud).

Dari Jabir r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jangan biarkan ternak dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja. Karena setan keluar ketika matahari terbenam sampai hilang cahaya senja.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Allah s.w.t. telah memerintahkan dalam Al-Qur’an dalam surah An Nuur ayat 30:
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.”

Kalau masyarakat kita beramal, sudah tentu banyak masalah dapat diselesaikan.

Read More !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...