Kempen "Selamatkan Terengganu"

| | 1 comments

Selamatkan Terengganu. Dari pemimpin kaki sapu. Memerintah mengikut nafsu. Nafsu dah berserakah. Sudah hilang tiada berkah. Dari royalti menjadi ehsan. Hak halal dijadikan haram.

Terengganu sohor Darul Runtuh. Rakyat juga terus diperbodoh. Pemimpin Umno terus bergaduh. Para pegawai menjadi huduh.

Konsert situ konsert sini. Syariah sudah tak dipeduli. Orang tegur nye wat tuli. Dok rasa dia wali. Karaoke makin bertambah. Akhlak makin hari makin parah. Berjudi hari-hari. Rasuah semakin menjadi-jadi. Hok atas pilih kroni. Rakyat terus diskriminasi.

Arak makin berleluasa, maksiat sana sini, anak luar nikah merata-rata. Pemimpin makin kaya-raya, akhirnya rakyat tinggal kerangka. Pilihanraya baru nampak muka. Peruntukan turun berjuta-juta. Wakrat mati baru rakyat merasa.

Pembaziran makin teruk. Ekonomi bertambah buruk. Tengok harga barang… baru terkejut beruk. Rempit tak berselesaian. Jenayah tak berkesudahan. Dadah, pil kuda tak terhapus. Kerajaan makin tak terurus.

Balak licin kena balun. Harta kering kena pulun. Entah bala apa pulak kan turun. Agama makin hari makin tertekan. Tempat ibadat hanya untuk perhiasan. Deris nge mat said terus perbalahan akhir rakyat mati tengah gelanggang. Umno galak sakan. Penghina sultan tiada tindakan.

Sampai bila kita tak terkesan. Jom bersama kami, kita berkempen.. tolak UMNO dan tumbangkan Barisan. Jangan jadi hantu syaitan, tengok kezaliman pun buat tak kelihatan.

Jom! Bersama Pas. Jangan sampai hak Terengganu terlepas.

Diharapkan semua jentera digerakkan. Jentera penerangan digandakan. ICT diselaraskan. Para bloggers memberi sokongan.Semua pihak perlu berkorban. Demi perjuangan untuk kemerdekaan. I’Allah rakyat istiqamah menuntut perubahan. Pru-13 jadi kenyataan.

Isu melimpah ruah. Jangan sampai menolak tuah. Tolaklah pemimpin rasuah. Dunia koho susah. Nanti akhirat makin payah. Perkukuhkan aqidah. Pertingkatkan ibadah. Usahakan tarbiah. Mantapkan siasah. Hati mesti berharap kepada Allah. I’Allah. Hok payoh jadi mudah.

Read More !

Negara Sekangkang Beruk. UMNO pakat gadai!

| | 0 comments

Kalau pimpinan PR memaklumkan tentang pimpinan UMNO-BN mengkhianati tanah-air Malaysia dengan menggadai kepada Brunei kawasan yang kaya simpanan minyak di Laut Cina Selatan – Block L dan Block M – dan kini tidak lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia. Siapa akan peduli? Nescaya berduyun-duyunlah tali barut UMNO-BN mempertikai dan menuduh bohong.

Tetapi apabila Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menyerahkan kepada Brunei dua blok pengeluaran minyak luar pantai, sebelum bersara awal tahun lalu dengan melibatkan jumlah kerugian dalam bentuk perolehan berjumlah AS$100 bilion (RM320 bilion).

Penyerahan kedaulatan Malaysia itu dikatakan sebagai pertukaran dengan Brunei supaya menggugurkan tuntutannya terhadap Limbang, Sarawak. “Blok L dan Blok M adalah milik Malaysia berdasarkan kepada fakta sejarah. Petronas menandatangani kontrak perkongsian pengeluaran dengan Murphy Oil (Corp) untuk memulakan pengeluaran minyak. Simpanan minyak di kawasan itu adalah hampir 1 bilion tong, dan kini Petronas terpaksa keluar dari kawasan tersebut.

Oleh kerana Tun Mahadir adalah ahli UMNO dan bekas pimpinan tertinggi mereka seolah-olah macam ‘maksum’ buat ahli UMNO. Kata-katanya keramat. Benar tak terbantah. Apatah lagi kini beliau dikembalikan derjat disisi khalifah baru UMNO, DS Najib. Kalau dulu, semua pernah menyerang Tun Mahadir termasuklah DS Nazri hatta ada yang menyembur serbuk lada ke muka Adi Wirajagat itu dan dibicarakan di mahkamah tetapi kini mulut beliau masin kembali. Semua ahli dan pimpinan UMNO kembali menikus melihat beliau. Ia telah menobatkan dirinya bak Lee Kuan Yew di Kota Singa. Beliau istiqamah menyerang Pak Lah Badawi. Ini bermakna Tun mahadir melabelkan beliau adalah pengkhianat negara yang telah menyerahkan kedaulatan Malaysia kepada Brunei dan membawa kerugian sumber kepada pihak kerajaan Malaysia. Nasib ko lah Pak Lah. Memang habitat UMNO macam tu. Siapa yang berkuasa di puja dan siapa jatuh, disepak dan dihina. Itulah politik enjit-enjit semut... sapa sakit naik atas. Orang yang diatas mencekit pula orang yang dibawah.. malang.. malang.

Tetapi kalau nak dikira, bila pula UMNO tidak khianat. Selepas merdeka tidak ada kertas kosong nak dicatat pengkhianatan oleh UMNO-BN terhadap tanah-air umat Islam Tanah Melayu. Khianat UMNO-BN terhadap agama, bangsa, bahasa, harta & tanah-air tak terhitung banyaknya. Dari pimpinan atasan sehinggalah peringkat JKKK dan UMNO di cawangan dan kampung. Bagaimana nak disucikan dosa-dosa mereka. Yang utama adalah bersekongkol dengan penjajah dalam meneruskan agenda sekularisme semenjak merdeka sehingga kini. Dosa yang sama yang dilakukan oleh Kamal ataturk dengan alasan untuk memodenkan Turki. Dengan menggadaikan undang-undang tubuh negeri-negeri dibawah kuasa kesultanan yang meletakkan piagam dan perlembagaan serta undang-undang yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah. Dua kali Presiden UMNO kedua mengunjungi London untuk menerima syarat kemerdekaan Tanah melayu dan hasilnya jelas. Setelah disingkirkan syariah kemudian menobat dan memberi wala’ kepada undang-undang dan peraturan penjajah British dan komanweal. Justeru, pada bulan Mac 1956, satu

Suruhanjaya ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali dengan Suruhanjaya Reid yang dipengerusi sendiri oleh Lord Reid dari Britain dan beberapa orang pakar undang-undang kufur dari negara Komanwel mula merangka perlembagaan untuk Tanah Melayu, sebagai syarat untuk merdeka. Ia terpakai sehingga kini bagaimana peraturan makhluk telah mengatasi peraturan Allah Swt. Tindakan syirik ini terpikul keatas stiap pundak rakyat warganegara Malaysia sehingga kini. Dasar negara bangsa assobiyyah (nasionalisme) berteraskan cintakan negara wataniyyah (patriotisme) terpasak kukuh sehingga kini dan sudah dianggap kudus. Dasar ini disolek dengan meletakkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan. Jauh dari berfungsi apa-apa.

Dasar Jus Soli diterima pakai sebagai syarat kemerdekaan. UMNO menerimanya meskipun ianya ditolak sejak 1946 lagi apabila prinsip ini mula-mula diperkenalkan dalam dasar Malayan Union. Raja-Raja Melayu dan orang Melayu menolak prinsip Jus Soli., Siapa yang sebenarnya khianat kepada bangsanya sendiri? Inilah akidah negara. Kalau dasar dan prinsip pun UMNO gadai.. yang lain tu toksah cakaplah. Automatik akan mengalir sendiri.

Kalau Tun Mahadir mendedahkan dizaman Pak lah badawi begitu jugalah dizaman beliau dan sebelumnya. Kalau bab khianat tanah ni ia telah bermula semenjak dua menjak lagi. Dulu, kini dan selamanya. Siapakah menyerahkan bumi Singapura? Tanah Singapura adalah sebahagian kepada Tanah Melayu. Itu sah terdapat di dalam sejarah. Di pisahkan berdasarkan desakan Pemimpin Singapura untuk merdeka pada 9 Ogos 1965. Siapa yang menyerahnya? Tidakkah ianya pimpinan UMNO. Apa jadi dengan tanah-tanah di negeri-negeri selat yang lain? Kot-kot nanti kera pun tak lepas dikangkang.

Pada tahun 1957 seluas 3 juta ekar tanah telah diperuntukan sebagai Tanah Simpanan melayu.. Pada tahun 1995 tanah tersebut tinggal 1.7 juta ekar sahaja .... Mana pergi nya 1.3 juta ekar ???? Dalam tempoh 30 tahun UMNO memerintah Malaysia separuh Tanah Simpanan Melayu hilang???? Habis tanah-tanah dibandar yang diterokai oleh nenek-moyang dahulu telah tergadai. Kalau dicabut semua bangunan-bangunan termasuk yang mencakar langit di Kuala Lumpur tu, agak-agak apa yang tinggal untuk orang melayu? Tinggal keris karat UMNO bogel je kot. Malaysia ni bukan besar sangat. Bukan macam benua Afrika maupun Australia. Kalau masing-masing memerintah pakat gadai sikit sorang. Apa lagi yang tinggal?

Sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar pada tahun 1980, kerajaan Johor di bawah Muhyiddin telah menyerahkan tanah di kawasan Sungai Lingu iaitu di Bandar Tenggara Johor sebanyak 51,170 hektar kepada kerajaan Singapura. Kawasan tersebut tidak jauh dengan Kota Tinggi yang merupakan kawasan hamparan air. Menurutnya, kawasan berkenaan dipajak kepada kerajaan Singapura selama 60 tahun dengan kadar bayaran RM350 juta dan tidak dibenarkan sesiapa pun memasukinya sekarang ini. Apa akan jadi dengan tanah di Bandar Iskandar di Johor? Boleh percaya ke para jembalang tanah menjaga tanah-tanah ni?

Akibat kebodohan pemimpin Umno jugalah menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar ‘win-win situation’. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia dapat pulau tenggelam timbul.

Di Terengganu sendiri, sudahlah Kerajaan UMNO-BN mengkhianati anak bangsanya sendiri dengan merampas kembali 60,000 tanah lot yang dikurniakan kepada rakyat Terengganu tetapi mereka juga menyerahkan 700 ekar tanah strategik yang indah kurniaan Allah Swt di Pantai Kijal kepada Awana Resort. Dari Taman Reakreasi di Kemasik sehinggalah muka kuala Sungai Kijal. Dengan sungai-sungai pun dia sapu. Takde lagi rezab parit ke, rezab sungai. Semuanya diserahkan. Entah peraturan mana yang dipakai. Dalam taklimat yang dihadiri sendiri oleh penulis di Awana resort. Masing-masing dok sibuk menyalahkan anatara pegawai Pejabat Tanah dan pegawai Parit dan saliran Daerah Kemaman kenapa ini berlaku. Hakikatnya inilah kerja-kerja khianat pemimpin UMNO Terengganu. Sekarang apa yang Terengganu dapat dari pelaburan besar tersebut? Hanya beberapa bijik apartmen yang tidak memberi pulangan yang baik.

Sebelum itu pimpinan UMNO Terengganu juga telah menyerahkan 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancongan. Siap dengan paip air bawah laut disalurkan dengan peruntukan kerajaan. Berapa je yang kerajaan Terengganu dapat dan apa pulangan buat rakyat? Siapa punya kerja ni kalau tidak UMNO-BN.

Yang terbaru kecoh pula sekarang, dikatakan Dato’ Mat said pula nak gadai tanah di Pulau Besar kepada Mr Lim dari Hong Kong (pembeli sebenar tanah dan aset Pulau Besar, Merang) disebalik Syarikat Ri-Yaz Asset Sdn. Bhd. Keseluruhan Pulau Besar seluas 676 ekar dijual RM67 juta. Termasuklah tanah 12 ekar dengan hotel dalam pembinaan yang telah dibiayai kerajaan negeri hampir RM30 juta beserta infra jalan dan kemudahan. Ri-Yaz Asset dikatakan kroni penting MB yang turut membekalkan air zam-zam sempena ramadhan lepas. Kalau berjaya nescaya satu lagi projek BN yang merupakan pengadaian tanah yang luas dan strategik buat rakyat Terengganu. Apalah malangnya rakyat Terengganu. Sudahlah tanah sendiri dirampas, tanah melayu diserahkan pula kepada orang asing. Kera dihutan disusukan, anak sendiri terbiar kelaparan. Tapi kalau tanya mereka, mesti ada jawapan. Realitinya tanah milik rakyat sudah hilang pemilikan.

Lupakan para pimpinan ini dengan amanah menjaga tanah ini. Setaip inci dan jengkal akan dikira dan dihitung disisi Allah kelak. Jangan lupa kepada hadis Rasulullah Saw:-

عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا فَقَالَتْ : يَا أَبَا سَلَمَةَ اجْتَنِبْ الْأَرْضَ فَإِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ ظَلَمَ قِيدَ شِبْرٍ مِنْ الْأَرْضِ طُوِّقَهُ مِنْ سَبْعِ أَرَضِينَ

Aisyhah r.a berkata: Wahai Abu Salamah. Jauhi kamu daripada tanah (kezaliman berkaitan tanah) bahawa sesungguhnya Rasulullah Saw bersabda: “Barangsiapa yang menzalimi berkaitan tanag sekadar sejengkal nescaya akan dipikulnya sehingga 7 petala bumi”. Riwayat Bukhari.

Read More !

Anwar: Bak Menyusun kayu Bengkok

| | 0 comments

Bab menyususn kayu seberkas. Amat mudah kalau menyusun kayu yang sama besar, sama panjang serta lurus. Ia dapat ditindan maupun diikat serta diperkukuhkan. Bak lidi seberkas, tersusun cantik dan mampu digunakan dengan kekuatan yang diikat dan terhimpun. Bagaimana kalau kayu itu berbuku-buku, bengkang bengkok tidak lurus serta panjang yang berbeza.

Ini umpama tugas Ds Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Umum Parti PKR. Beliau terpaksa menyusun dan mengikat kayu yang kebanyakan sudah ditarbiah oleh UMNO-BN sekian lama. Kayu yang bengkang bengkok. Ramai teman-teman beliau adalah bekas pimpinan dan ahli UMNO. Mereka telah selesa dengan nikmat yang melingkungi diri mereka dengan pangkat, kuasa dan material sedangkan bersama PKR maupun PR menghadapai pelbagai perit getir sebagai sebuah parti yang tidak memerintah negara. Ia memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit samada masa, wang ringgit dah bahkan kebayakan nikmat yang dirasai ketika bersama UMNO akan hilang sekelip mata. Tidak mampu bertahan dengan semua ini kecuali mereka yang mempunyai ketahanan serta berpegang dengan prinsip perjuangan yang tulen.
Lihatlah firman Allah tentang sirah yang pernah berlaku: التوبة: ٤٢
Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, Pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu." mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahwa Sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.


Realiti setelah pilihanraya Pru-12. Rakyat telah memeberi kepercayaan yang agak besar kepada PR. Tetapi jika pimpinan PR sendiri dari kalangan orang yang tidak istiqamah dan khianat kepada amanah rakyat menyebabkan akan hilang keyakinan khususnya para pengundi dan penyokong serta pendokong yang telah bertungkus lumus bekerja menarik sokongan semua sehingga memperolehi kemenangan tetapi bahtera yang dibawa hanya sekerat jalan. Apa jawapan yang akan kita khabarkan ditempat-tempat mereka yang melompat parti ini. Ia akan menjejaskan kewibawaan pimpinan PR sendiri khususnya dalam persiapan menghadapi pilihanraya ke-13.

Usaha tarbiyyah dan pengisian serta ikatan disiplin perlu diterapkan. Kita tidak mahu isu kepimpinan dalam PR menyebabkan tenggelamnya isu-isu rakyat yang sentiasa perlu di ketengahkan. Hak dan juga suara rakyat yang perlu dibela serta mengembalikan keadilan milik rakyat jangan sampai dimanipulasi oleh media dan jentera UMNO dengan menjadikan isu kepimpinan sebagai alat propaganda UMNO. Agenda pengukuhan kepimpinan perlu sentiasa dilakukan dan ia mestilah dipikul secara bersama.

Pembinaan jentera disemua peringkat perlu diperkemaskan. Pilihanraya kali ke 13 teramat singkat masa dan tempohnya. Tanpa pekerja serta pertugas diperingkat grass-root menyebabkan kepincangan akan berlaku apabila berlakuknya pilihanraya. Kita tidak mahu apabila hampir berlakunya pilihanraya, ramai yang berebut menjadi calon sedangkan gerak-kerja dan jentera tiada dilapangan sebenar. Sedangkan kita bertembung dengan UMNO beserta jenteranya tetapi bersama bapak menteri dan jentera-jentera mereka. RTM, Kemas, Belia, Felda, Felcra, Polis, Tentera, SPR dan pelbagai agensi dan kementerian disamping kerajaan negeri dan sebagainya.


Kalau kita merancang strategi, mereka juga merancang. Apatah lagi perancangan mereka beserta dengan harta, pangkat dan kuasa. Mereka pasti akan menabur pelbagai tipu-daya untuk mengikis kepercayaan takyat terhadap PR. Apatah lagi dengan nasihat Apoco antarabangsa sudah barang pasti pilihanraya ke-13 amat sengit sekali. Petunjuk Hulu Selangor yang tidak memberangsangkan mereka sudah pasti mereka akan menggunakan apa sahaja bagi mempertahankan nyawa dan kekuasaan mereka. Mereka juga sedar sekali mereka tumbang dalam PRU 13 nanti, mereka pastinya tidak mampu bangkit lagi. Tanpa harta dan kuasa siapakah lagi orang yang ingin bekerja untuk UMNO-BN? Sudah tentu semua penjilat yang berlompatan menuju ke pokok berbuah UMNO-BN akan terjun dan mula berduyun-duyun mendekati PR.

Harimau yang cedera, pasti akan mempertaruhkan segenap kemampuannya demi survival mereka. Inilah saat getir PR dalam menongkah arus ke Putrajaya. Siapakah akan istiqamah dan siapakah akan rebah?

Read More !

Golok sudah ditangan Dato Ahmad Yaakob

| | 0 comments


Muktamar Dewan Ulama Pas Negeri Terengganu yang di adakan di Dewan Haji Salleh, Jerteh Besut adalah merupakan julung kali diadakan. Tahniah buat Urusan Ulama Kawasan Besut. Ini berlaku setelah keputusan untuk diadakan muktamar secara bergilir turun ke kawasan-kawasan. Kali pertama di Dewan Darul Bayan, Dungun dan kali ini di kawasan Besut. Ia diharapkan dapat mendekatkan lagi DUPNT dengan para ulama setempat dan diharap dapat meningkatkan lagi daya ukhuwwah dikalangan ulama dan pimpinan.


Dalam muktamar kali ini banyak pandangan, ulasan, muhasabah dan kritikan diajukan. Kebiasaannya muktamar ulama selesai sebelum jam 1 tengahari tetapi berlainan kini. Setelah diperdetailkan pembentangan gerak-kerja serta xtvt lujnah-lujnah DUPNT, didapati respon dikalangan sidang perwakilan amat memberangsangkan. Akhirnya muktamar ditutup hampir jam 5.00 petang. Syabas dan tahniah kepada pimpinan DUPNT yang diketuai oleh Dato Hussin Awang serta para peserta yang datang dari seluruh pelusuk negeri Terengganu sejak awal pagi.


Tiga usul yang akhirnya diterima sebulat suara. Pertamanya usul daripada Urusan Ulama Pas Kemaman yang mendesak pimpinan Terengganu khususnya DUPNT untuk turut sama bertindak dengan segenap keupayaan atas cubaan pihak kerajaan Negeri Terengganu pimpinan Dato Mat Said untuk merobohkan masjid Pasir Mina yang telah diimarahkan sekelian lama dan baru diperelokkan dengan kos melebihi 1juta ringgit. Pihak kerajaan menawarkan pembayaran RM1.3j sebagai pampasan dan ini merupakan satu kejahatan dalam usaha untuk memadamkan cahaya dan perkembangan Islam di Terengganu. Turut sama menerima nasib yang sama adalah Pusat tarbiah Binjai (PUTIB) dan Pondok Mustaqim Binjai. Usul ini juga mendesak agar ulama mendepati isu ini agar usaha pihak UMNO-BN tersebut gagal.


Usul yang kedua adalah yang dikemukakan oleh Urusan Ulama Pas Kawasan Kuala Nerus yang terus mendesak kepimpinan agar status urusan Ulama ditukar kepada Dewan yang setaraf dengan sayap pas iaitu Dewan pemuda dan Dewan Muslimat.


Usul ketiga yang dipersetujui oleh sidang muktamar iaitu usul yang dikemukan oleh pihak Ajk Dupnt iaitu mendesak pimpinan Pakatan Rakyat (PR) agar mewujudkan badan penapis calon sepertimana didalam organisasi Pas yang ditapis disemua peringkat dan terakhir dipihak Majlis Syura Ulama. Ini dilakukan agar peristiwa lompat parti yang berlaku dikalangan Wakil rakyat yang melanda PR meskipun bukan dari kalangan wakil rakyat Pas boleh mencalar nama baik parti dan menjejaskan kredebiliti kepimpinan PR sendiri. Ini dilakukan agar dapat melalui penapisan bersama dan dapat memberi keyakinan kepada rakyat dan pengundi pada pilihanraya ke-13.


Dato Ahmad Yaakob selaku Tim Menteri Besar Kelantan merangkap Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat ketika merasmikan muktamar dengan memperingatkan bebanan serta tuntutan terhadap ulama yang semakin berat. Dalam keadaan politik, sosial, pendidikan umat Islam yang semakin merudum para ulama perlu melipat gandakan gerak-kerja dalam memperkasakan ulama. Banyak isu-isu dalaman ulama yang dikupas untuk dimuhasabah bersama. Isu kewangan juga tidak ketinggalan disentuh oleh perasmi. Tuntutan dan keperluan kewangan amat penting untuk digarap bersama. Sifat amanah dan takut kepada Allah itu dianggap sebagai benteng terakhir dalam menggerakkan institusi kewangan yang kekadang hilangnya keyakinan dan kepercayaan ahli dan masyarakat dengan institusi ekonomi dan kewangan jamaah.


DUPP berusaha untuk melancarkan usaha ekonomi dan kewangan jamaah dalam masa yang terdekat yang akan dikelola dan ditadbir oleh para ulama dan pakar kewangan dari kalangan Dewan Ulama Pas Pusat sendiri. Semoga ianya membuahkan realiti sebagaimana tugas pasar kewangan madinah yang dipergiatkan oleh Abu Bakar as-Sidik, Uthman bin Affan serta Abdul Rahman bin Auf yang akhirnya berjaya mengatasi perniagaan orang Yahudi di pasar Madinah. Berkat kemahiran dan kepakaran dan berbekalkan keikhlasan serta daya amanah dan kerja keras yang ditunjukkan, insya Allah ulama mampu menunjukkan alternatif dalam bidang ekonomi dan kewangan ini. Kalaulah ramainya para koperat dikalangan ulaama Pas yang bersendiri berdiri gagah dalam kewangan dan perniagaan apatah lagi kalau ia dibina diatas kekuatan gabungan dan bersama. 9/10 kekuatan ekonomi dan kewangan berpuncakan perniagaan dan sunnah Rasulullah sendiri, kita menaruh harapan dan keyakinan semua lapisan dan ahli ulama seluruh negara mampu menjananya dahulu sebelum dipamerkan kepada ahli dan masyarakat.


Di penghujung majlis, sebagai tanda kenangan.. pihak muktamar telah menyerahkan cenderahati dan sebagai tanda ingatan kepada Dato Mohamed Yakub sebilah golok sembelih hasil tempaan dan seni penduduk tempatan Besut sendiri. Ianya amat bermakna. ‘Golok’ bukan sekadar sembelih tenggorok lembu tetapi boleh menyembelih dalam ertikata zahir dan maknawi. Diharap jangan sampai mengugut bunuh terhadap Dato Mohamed Mustafa, Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan.. atau kickdefella… nanti tak pasal-pasal ditahan polis sebagaimana budak UMNO yang mengugut bunuh terhadap Tok Guru Nik Abd. Aziz. Diharap Dato sembelihlah apa-apa yang patut….

Read More !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...