Antara 2 tahun & 2 minit. Mana adil?

| | 0 comments

Hulu Selangor (Berita1):-

Datuk Seri Shafie Apdal kecewa kerana tidak dapat menggunakan sebuah dewan orang ramai di Kampung Selisek, di Ulu Bernam, Selangor. Menter pembangunan luar bandar itu berkata tindakan itu menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat bertindak tidak adil setelah membentuk kerajaan di Selangor.
"Bila kita buat , tidak boleh. Tapi bila dia buat tidak apa. Kalau tidak boleh guna (dewan) pun tidak jadi masalah, cuma kita hendak tunjukkan gambaran bahawa mereka tidak adil,"


Kehadiran beliau kesitu sempena majlis menyampaikan dividen berjumlah RM580,500 kepada golongan peneroka di situ.


(Berita 2):-

Bukan main marah lagi DS Noh Omar sebagai Tim Pengerusi BN Selangor sehingga ingin mendesak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menguatkuasakan titah Sultan Selangor supaya surau dan masjid tidak digunakan bagi kepentingan politik. Noh berkata ini bertujuan memastikan pihak berkuasa dapat bertindak supaya masjid menjadi tempat bebas politik. Beliau berkata pihaknya mengesan tindakan pihak tertentu menggunakan rumah ibadat itu untuk ceramah politik akhir-akhir ini. "Dari Jumaat lepas kita lihat khutbah dibaca oleh orang politik, yang mana mereka sepatutnya tidak boleh berbuat demikian,"

Dalam masa yang sama beliau mengadakan majlis perjumpaan usahawan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dan pelancaran Kelab Komuniti Usahawan Tekun (KKUT) kawasan Parlimen Hulu Selangor, di sini semalam. Terdahulu, Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyampaikan cek pinjaman berjumlah RM617,000 kepada 97 usahawan Tekun, sumbangan RM3,000 kepada KKUT dan RM10,000 kepada Persatuan Ibu Tunggal Parlimen Hulu Selangor.
Inilah menteri-menteri kartun Doremon yang kelakar tu. Dengan menggalas ½ juta sorang semacam Santa Claus membahagikan pelbagai peruntukan ehsan. Sebagai penabur budi rasuah kepada pengundi Hulu Selangor. Ini bukanlah perkara baru dalam politik dunia ketiga 1 Malaysia. Bahkan telah berlaku sejak dulu, kini dan selamanya selagi ia bernama UMNO-BN.
Seingat penulis semenjak kecil, ketika penjaga merupakan penyokong kuat pembangkang. Rumah JKKK hanyalah seberang jalan sahaja. Kiranya jiran terdekat. Tetapi segala hak dan peruntukan sebagai rakyat dinafikan. Bahkan telaga jamban tahik pun tak di berinya meskipun berpuluh bijik bergolek-golek didepan rumah JKKK. Sehinggalah zaman membahagi wang ehsan. Jangankan dapat bendanya, borang pun tak pernah kenal warnanya.

Zaman PAS memerintah di Terengganu, pimpinan mengambil sikap telus bahkan balairaya dan premis kerajaan boleh digunakan. Bukan main naik tocang lagi. Bahkan pelbagai fitnah pulak dilontarkan khususnya melibatkan pusat tadika dan sebagainya. Begitu buruk pimpinan PAS dimata rakyat Malaysia. Mereka menggunakan media untuk memfitnah bahawa kerajaan PAS tidak adil dan zalim. Kita tiada media untuk menerang dan menangkisnya sebagaimana media mainstream ketika itu dikuasai sepenuhnya oleh UMNO-BN. Orang UMNO sudah tentu ditelannya bulat-bulat segala apa yang diberitakan seperti labi2 menelan tahik. Malangnya, orang kita pun kekadang tertelan jugak tanpa usul periksa. Begitu juga dengan peneroka, para usahawan yang telah dibahikan wang-wang tersebut turut percaya apa yang dibebelkan oleh 2 menteri tersebut.

Sehingga sekarang, boleh dilihat mana-mana negeri yang diperintah oleh UMNO-BN nescaya akan terus ada diskriminasi yang berterusan. Yang terakhir isu Royalti yang dirampas dan menjadi ehsan. Tidak lain dan tidak bukan kerana negeri tersebut diperintah pembangkang. Dan mereka mula mencari hujah dan dalil untuk menutup kezaliman mereka dengan mengambarkan dan memfitnah orang lain zalim. Orang yang biasa melakukan kezaliman maka disangka orang lain juga zalim sepertinya.

Inilah yang difirmankan Allah:-

أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنْسَوْنَ أَنْفُسَكُمْ وَأَنْتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidaklah kamu berpikir? Al-Baqarah : 44.

UMNO-BN ini masih lagi bertongkat menahan kekuatan diri kerana masih ada kuasa dan wang. Jika sekiranya sekali dia tumbang nescaya, mereka takkan bangkit kembali. Kerana itulah apabila mereka tidak lagi memerintah, dan mereka gagal lagi memperalatkan harta-benda dan kakitangan kerajaan, ketika itulah mereka sedar. Sepatutnya mereka insaf tetapi peringatan Tuhan itu tidak memberi manfaat kepada mereka. Mereka tetap dengan agenda sekularisme mereka untuk memisahkan agama dari pemerintahan. Memisahkan poltik dan masjid-masjid.

Orang yang seperti ini mesti diberi buah keras supaya mereka tersentak ingat. Inilah yang disabdakan oleh baginda :
التكبر للمتكبر صدقة
Takabur kepada orang yang takabur itu sadaqah

Dan Allah sendiri pun berfirman bahawa sikap ada ubi, ada batas itu pasti akan dirasai musuh sebagaimana musuh telah melakukan terhadap orang lain.

إِنْ يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِثْلُهُ وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ
“Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, Maka Sesungguhnya kaum (kafir) itupun (pada perang Badar) mendapat luka yang serupa. dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu kami pergilirkan diantara manusia (agar mereka mendapat pelajaran”
al-Imran: 140

Pepatah arab juga mengatakan:
هذا يوم لك وسيأتى يوم عليك
Hari ini hari kamu dan akan pasti datang hari atasmu

Kalau nak bercakap soal adil, mereka sanggup membelakangkan hokum syara’ apabila bertembung kepentingan mereka. Mereka sanggup mengungkapkan hujah-hujah bodoh. Nescaya orang yang bodoh pasti termakan hujah-hujah mereka. Samalah sebuah kisah yang diceritakan…

Seorang lelaki tua yang kematian isteri tinggal bersama anak lelakinya. Satu hari ia pulang ke rumah anaknya sedang ketika itu anaknya masih belum pulang dari kerja. Kebetulan ketika pulang, ia terus masuk ke ruang tamu rumah dan didapati isteri anaknya (menantunya) tertidur bersama anak kecilnya selepas diberi susu dada. Tertidur dan mungkin keletihan menyebabkan tetek yang menyusukan anak terdedah. Terpengaruh dengan desakan hawa nafsu menyebabkan ia lupa segala-galanya lalu ia menumpang menetek menganti tempat cucunya. Beberapa minit apabila menantunya tersedar… berlakulah porak peranda. Menantunya bertempik kaget. Menyumpah seranah bapak mertuanya. Si ayah lari keluar. Dalam masa yang sama, suaminya pulang dan dikhabarkan perlakuan keji, si ayah. Berderau darah si suami lalu ia mengejar ayahnya. Yelahh.. orang tua, dah semput , setakat mana sangat larinya. Ia di pegang dan ditangkap lalu ia ingin memukul ayahnya sendiri. Belum sempat ia lakukan apa-apa, lalu ayahnya pun berkata dengan suara yang kuat dan keletihan serta ketakutan… “ Ooii , jenis anak tak sedar diri. Masa kau kecik-kecik dulu… kau hisap tetek bini aku sejak kau beranak sampai umur kau 2 tahun. Selama 2 tahun lamanya tau. Aku hanya isap tak sampai 2 minit, kau dah nak pukul aku?, Tak adil betullah engkau ni? “ Terkedu si anak untuk menjawapnya?

Tolonglah dibahagikan jawapan. Hendak dipilih logik ke atau dipilih syara’.

Read More !

Tafaqquh fi Deen bersama syeikh Nurudin al-Banjari

| | 1 comments

Menggamit kehadiran peminat beliau. Ada yang datang sejauh Kelantan, Terengganu dan Pahang. Mencari ruang dan peluang menjamah pengisian ruh yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan. bab air hujan yang turun semoga menumbuhkan benih-benih iman dan keyakinan bagi kelangsungan jihad yang masih panjang. Semoga diberkati dan doirahmati Allah kepada semua hadirin sekelian ke taman-taman syurgawi.

Sedikit gambar2 untuk sahabat2 yang tak dapat menghadirkan diri.

Sedang menanti kedatangan syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki


Syeikh Muhammad Nurudin bersemangat memberikan tawjihat beliau. bermula Maghrib sehingga selesai jam 10.15.

Kyusyuk mendengar dan mengambil perhatian terhadap permata ilmu yang dicurahkan


Beliau menyebut, meskipun letih tetapi bersemangat kerana kehadiran yang menggalakkan

Bersalaman bersama syeikh yang julung kali hadir ke Daerah Dungun ini apatah lagi ke MadrasahDarul Bayan

Berbincang dan bertanya khabar dengan Syeikh Nuruddin sebelum jamuan makan dirumah ahli qaryah kg. Pinang Merah.
Untuk mlm ini dan besok diupdate nanti, i'allah






s

Read More !

Samy Vellu.. Romeo ke-3?

| | 0 comments

Ingatkan bintang filem Bolywood sahaja yang minat politik. Mungkin apabila Ronald Reagen menjadi Presiden US, Arnold Schwarzeneggers menjadi gabenor California dan Josepth Estrada juga pernah menjadi Presiden Filipina, ia menjadi perangsang kepada artis yang memiliki glamour dan peminat menceburi politik. Mana tau satu hari nanti bakal menjadi Presiden atau Perdana Menteri. Itu perjalanan politik dunia hari ini.

Tetapi terbalik pulak di Malaysia. hli politik pulak minat untuk mengukir nama dalam dunia artis., dunia gossip dan skandal. Apatah lagi ia melanda politik BN sebagai parti pemerintah negara. Banyak ahli politik akhirnya rebah dikaki artis. Siapa mengoda siapa, entahlah dan yang terakhir Ahli Parlimen BN dari Kinabatangan pun mengepit isterinya yang cun melecun itu. Glamour pun telah mengalahkan penyanyi Mawi. Ahli poltik Terengganu pun tumpang semangkuk. Ada yang berjaya, ada yang sekerat jalan je. Ada yang porak peranda rumah tangga orang. Tak dapat artis, selebriti TV macam pembaca berita pun kira OK jugak. (Mungkin adun Bukit Besi, YB Datuk Din Adam boleh beri pandangan kot..).


Kenapa ini berlaku? Kalau dulu mereka dilabel sebagai perempuan kabaret. Tapi kini diburu berderet-deret. Mungkin terlalu banyak pengaruh filem dalam masyarakat ataupun kerana para pelakon dan artis kini mendapat sokongan dan tempat yang tinggi dalam masyarakat dan kerajaan. Pelbagai peruntukan, jawatan senator dan anugerah pangkat serta pingat yang mencurah-curah. Dunia artis tanpa isu, gossip dan skandal nescaya hilanglah gah dan kemasyhuran. Tiada gambar terpampang di dada akhbar dan media. Masalah maruah maupun akhlak, itu belakang kira yang penting nama meniti bibir.

Perkara ini terpalit dalam dunia politik. Tanpa isu, gossip dan skandal nescaya ia menjadi ahli politik cacing tanah meskipun ia berjasa kepada rakyat dan negara tetapi siapa peduli dan tak siapa mengenalinya. Sekarang ahli politik inginkan glamour meskipun sumbangannya hampehh. Rakyat pun cepat kelabu mata. Dunia media dan glamour ini menyebabkan mereka memilih pemimpin yang dikenali dan glamour meskipun hancur dari segi akhlak dan moral.

Politik tanah air seringkali dilanda skandal sedemikian. Tetapi masyarakat yang sekian lama di ulik dengan cerita-cerita fantasi filem Hindustan, kini boleh menerima pemimpin ala aktor Bolywood & Holywood meskipun mencecah taraf pelakon majalah Playboy. Acapkali pimpinan UMNO dilanda isu-isu skandal dengan artis maupun skandal seks. Tetapi mereka tetap terpilih untuk dilantik menjadi senator, menjadi Adun, menteri atau dipilih menjadi duta hatta dilantik menjadi Perdana Menteri.

Nampaknya Romeo Melayu sudah acapkali membikin filemnya tetapi tidak menjejaskan karier politik mereka. Terbaru Romeo Cina selesai dengan krisis skandalnya tetapi karier politiknya pun dah jadi macam bikinan sebuah filem buat MCA. Kita sedang menanti kelahiran bintang filem India. Akan munculkah Romeo Tamil untuk melengkapkan anugerah Holywood pemimpin BN untuk politik tanahair? Perlukah skandal Samy Vellu pula muncul bagi menjatuhkannya dari jawatan Ketua MIC sekarang? Tapi umurnya dah expired... tak munasabah. Atau bakal muncul Romeo baru yang mencipta skandal dan akan dipilih sebagai pemimpin MIC. Kalau muncul juga, nescaya lengkaplah cerita Romeo bersiri dalam politik BN yang memerintah Malaysia dan sempurnalah Romeo 1 Malaysia.

Kenapa semua ini berlaku. Adakah masyarakat kita sudah tidak memperdulikan pimpinan berakhlak dan bermoral. Sudah hilangkah status manusia sebagai khalifah diatas mukabumi ini. Apatah lagi rakyat dan masyarakat itu bernama muslim, sedangkan Rasulullah Saw sendiri diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ
Pimpinan para Rasul itu diutuskan untuk menggantikan pimpinan jahiliyyah yang hancur akhlaknya. Adakah hari ini manusia hanya mementingkan siapakah yang boleh memberikan kemudahan? Siapakah yang boleh memimpin ke arah kemodenan? Siapakah yang boleh menjanjikan kekayaan? Pedulikan samada halal atau haram, samada bermoral atau berakhlak, ikut peraturan maupun undang-undang! Membujur lalu melintah patah.

Kalau benginilah kehendak dan pilihan manusia maka tak perlulah Allah menghantar Nabi Syuib, Nabi Lut kepada kaumnya kerana kaum mereka sudah maju dan hebat dari segi kebendaannya. Gabungan Firaun bersama Haman dan Qarun sudah gah empayar dan tamaddunnya dan tak memerlukan Nabi Musa. Begitu juga Namrud tak memerlukan kepadanya diutuskan Nabi Ibrahim. Hatta di mekah sendiri, golongan bangsawan Quraish boleh memerintah pusat dagangan di Mekah tanpa memerlukan Muhammad Saw. Tetapi allah yang Maha Pengasih dan Penyayang dengan tidak membiarkan umat manusia berada dalam kejahatan dan jahiliyyah maka diutuskan para nabi dan Rasul hingga sebahagian mereka menjadi pemerintah alternatif seperti Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Zulkarnain maupun nabi Muhammad Saw sendiri. Termasuk juga diutuskan para sahabat ke empayar Rome dan Parsi supaya pemimpin dan pemerintah dijernihkan dari segala kekufuran, kefasiqan dan kemaksiatan bukannya kekayaan dan kebendaan.

Benarlah akan sabdaan Baginda jika suasana pemerintahan dipimpin oleh orang yang buruk akhlaknya dan jahat feel perangainya nescaya itu tandanya kehancuran dan kemusnahan. Apabila manusia sudah tiada nilai, lebih baik mati daripada hidup diatas mukabumi ini. Sebagaimana sabda Baginda:-

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :إِذَا كَانَ أُمَرَاؤُكُمْ شِرَارَكُمْ وَأَغْنِيَاؤُكُمْ بُخَلَاءَكُمْ وَأُمُورُكُمْ إِلَى نِسَائِكُمْ فَبَطْنُ الْأَرْضِ خَيْرٌ لَكُمْ مِنْ ظَهْرِهَا

Daripada Abu Hurayrah bahawa Rasulullah Saw bersabda: “Jika sekiranya pemimpin-pemimpin kamu orang yang jahat dikalangan kamu dan orang-orang kaya kamu menjadi golongan yang bakhil dan urus tadbir kamu diserahkan kepada perempuan-perempuan kamu maka perut bumi lebih baik dari belakangnya” Hadis riwayat Tirmidzi.

Banyak urusan Negara akhirnya dikuasai dan diserahkan kepada wanita. Para lelaki sibuk dengan hawa nafsu masing-masing. Seolah-olah dunia umara’ tak boleh dipisahkan dengan dunia artis. Inilah punca kejatuhan empayar-empayar dan kesultanan dalam Islam. Rasulullah sendiri memperingatkan bahawa 13 sebab kehancuran dan tanda berlakunya kiamat. Antaranya ialah apabila artis dipuja dan para ulama dicela.

Para pemimpin dipilih termasuklah yang mempunyai banyak kaki. Ada yang kaki mabuk, ada yang sampai tertidur atas meja judi, ada yang kaki betina dan entah apa macam kaki lagi. Tetapi mereka dipilih sebagai pemimpin dihormati lagi dikagumi.

Sedangkan zaman kehebatan dan kecemerlangan semenjak zaman Rasulullah Saw sehingga ke zaman empayar hebat pemerintahan Islam adalah ketika dunia umara bersama-sama dengan para ulama’. Gabungan ini disabdakan oleh Rasulullah Saw:

صنفان اذا صلحا صلح الناس واذا فسدا فسد الناس العلمأ والأمرأ

Dua golongan jika elok, nescaya elaklah manusia dan jika rosak mereka nescaya rosaklah manusia iaitu ulama dan umara’

Bilakah akan kembalinya zaman itu… atau hanya sekadar tinggal menjadi nostalgia semata.

Read More !

Sapa ada ‘Stone’? Datuk Rasol ke Datin Chew

| | 0 comments

Sebagaimana dijanjikan Datin Paduka Chew Mei Fun melepaskan semua jawatan — sebagai Ketua Wanita MCA dan kedudukan lain dalam parti itu dan kerajaan berkuat kuasa serta-merta. Chew juga mengumumkan beliau akan melepaskan kesemua jawatan dalam kerajaan iaitu sebagai Senator dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Beliau sebelum ini memutuskan akan meletakkan jawatannya jika Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dipilih sebagai presiden parti 28 Mac lalu.Chew juga melepaskan jawatannya sebagai Ketua Wanita Selangor dan ketua Skuad Bantuan Krisis parti.

Chew memberitahu sebagai Ketua Wanita MCA beliau tidak boleh menerima hakikat pemilihan Chua sebagai presiden di sebalik skandal seks DVD yang menimpanya pada 2007.
Sebagai ketua, menjadi tugas dan tanggungjawab saya untuk mempertahankan kesaksamaan gender dan menghormati hak kaum wanita.Status semasa parti secara langsung menjejaskan kepercayaan dan misi ini, jika kita sengaja menutup mata, orang ramai khususnya wanita akan kecewa dengan kita. Jika menerima pemimpin-pemimpin ini tanpa menyoal, pemimpin yang bukan model peranan teladan, ia akan membawa kepada mesej negatif khususnya kanak-kanak

Saya sendiri mengucapkan tahniah atas sikap beliau yang mengotakan apa yang di ikrarkan. Ada sikap dan ada maruah. Meskipun jalan yang terlebih baik bagi Chew adalah keluar dari parti MCA yang berketuakan pelakon 1 Malaysia yang layak mendapat anugerah majalah Playboy itu. Sikap dan kejujuran orang yang seperti Chew tidak akan dihargai dalam BN. Apalah sangat harga maruah dikalangan pendokong parti korup dalam BN. Beralihlah kepada Pakatan Rakyat kearah perjuangan Malaysia yang lebih bermaruah.

Lihatlah! Apalah erti harga diri dan ikrar yang berulang-ulang sepertimana yang diucapkan oleh Adun Terengganu yang diketuai oleh Datuk Rosol. Bulan Mac ketika perlantikan Ahmad Said menjadi MB Terengganu. Mereka berikrar akan mengosong kerusi Dun masing-masing.

Pengerusi Kelab Penyokong BN Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata, pihaknya tidak berganjak daripada tuntutan supaya Ahmad perlu meletakkan jawatan sebagai menteri besar.
Tiada kompromi dalam hal ini. Kita berjuang untuk kepentingan rakyat Terengganu kerana kepimpinannya menyebabkan ketidakstabilan kepada parti dan pentadbiran kerajaan negeri. Pentadbiran Ahmad telah menjadi percakapan bukan sahaja di kalangan orang Umno tetapi juga rakyat secara keseluruhan sejak beliau menjadi menteri besar setahun lalu,” katanya.

Rosol serta ADUN BN bertemu Perdana Menteri dan mengadakan sekali lagi sidang media. Sekali lagi, kesemua 23 ADUN Terengganu mengulangi untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri jika Ahmad dilantik sebagai Menteri Besar.

Kebanyakan Adun itu hanya golkha dalam parti mereka kecut perut dan hilang semua ‘stone’ mereka apabila tuntutan mereka tidak diendah apatah lagi kalau seperti Chew dengan jawatan dalam parti dan kerajaan. Mereka sanggup letak jawatan? Jauh panggang dari api. Kita sedia maklum tahap mana prinsip dan maruah pemimpin UMNO ni. Cakap saje berdegar-degar tapi ekor bergelumang tahik. Perjuangan mereka berprinsipkan 3 Ta (Takta, Wanita & Harta). Mana mereka berani, apatah lagi apabila masing-masing ada ‘file’ teresendiri.

Sidang dewan lepas nampak jugak kejantanan adun-adun penyokong Deris ni. Termasuklah Din adam dan Alias Alor Limbat. Ingatkan keluar jugak jurus-jurus serta buah yang mengelolekkan Ahmad Said ke tepi gelanggang. Rupanya jaguh kampong hanya sekadar bersilat pulut. Bersilat untuk pertunjukan dihadapan pengantin. Sidang dun kali ini lebih longlai dari Datin Chew. Lebih lembut dari Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu atau mungkin takut digertak oleh Mat Said yang suka ajak ‘bergocoh’ atau hendak disumbat adun-adun tersebut ke dalam Zoonya di Kemaman menyebabkan mereka warak kesekeliannya.

Kalau nak buat berlaga pemimpin seperti ini tak boleh dibawa masuk ke ‘bong’. Tak sempat dua parih, nescaya lari berkericit (lari terberak-berak). Apatah lagi pemimpin seperti ini nak diharapkan sebagai pendesak kepada kerajaan pusat untuk dikembalikan royalti ke Terengganu. Nak berjuang demi kepentingan rakyat. Jangan diharap. Meliut julai dan dahan sudah tahu pohon hendak tumbang kemana.

Diharapkan Datuk Rosol belajar dengan Datin Chew yang berjaya menunjukkan kejantanannya berbanding adun Terengganu yang sudah hilang ‘stone’ mereka meskipun banyak kawasan yang diperintah oleh sekelian adun ini mempunyai pelbagai kampong yang berbatu-batu. Datuk Rasol di Kuala Berang ada Batu hampar, Datuk Din Adam ada Jongok Batu, Adun Paka tinggal di Bt 48, masih adalagi Bt 5 dan Bt 7. Orang Besut ada Batu Tumbuh. Adun Kerteh ada Bt Putih. Adun Tepoh ada Bt 6. Adun Alor Limbat ada Lubuk Batu. Ada Batu balak, Bukit Batu, Batu Bunga, Batu rakit…. dan… .batu..batu.. ada berapa banyakk batu daaaaa….

Habis kemana hilangnya batu-batu ini? … mungkin dicuri oleh Datin Chew agaknya.

Read More !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...