Terengganu Rintis Program Latihan Kemahiran Bagi Pelajar Pondok

| |

HULU TERENGGANU, 24 September - Terengganu menjadi negeri perintis yang memberi fokus kepada pelajar pondok melalui program latihan kemahiran yang telah diperkenalkan.

Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pihaknya akan memperkasakan inisiatif ini di pondok supaya lebih  tersusun dan sistematik untuk memberikan sumbangan terbaik kepada masyarakat.

Katanya, untuk permulaan seramai 30 pelajar Pondok Ibtida'i Ajil mengikuti kursus pertukangan dan perkayuan di Pusat Latihan Industri Perkayuan Terengganu (TTITC) yang beroperasi di Kampung Teris, Hulu Terengganu.

"Hasil respon pelajar ini yang pergi dua kali seminggu latihan, sangat teruja dan 'excited' dapat lihat kemahiran mereka daripada tidak ada pengetahuan hingga boleh membina wakaf dan membuat kerja pertukangan dan macam-macam.

 "Saya rasa ini adalah salah satu cara di pihak kerajaan negeri untuk memperkasakan mereka dan kita akan lebar luaskan di seluruh negeri...akan buat secara bertahap," ujarnya.


Beliau berkata demikian di sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Pondok Tahfiz Dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Serta Majlis Pelancaran Program Latihan Kemahiran Di Pondok Tahun 2019 di Pondok Ibtida'i Ajil, di sini hari ini.

Turut hadir, Pegawai Kewangan negeri, Dato' Zainal Abidin Hussin; Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat; Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur,
Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh dan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Ajil, Maliaman Kassim.

Hadir sama, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Mat Azmi  Arshad dan Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Johan Ibrahim.


Ahmad Samsuri juga berkata satu kaedah atau cara paling sesuai akan difikirkan bagi kawasan yang tidak mempunyai tempat latihan kemahiran dan kosnya akan ditanggung oleh pihak kerajaan negeri.


Di majlis yang sama, beliau turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM3.875 juta kepada 103 Pondok Tahfiz Dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang terdapat di negeri ini.

Beliau berkata, jumlah ini merupakan sebahagian dari 140 institusi pondok yang telah berdaftar dengan kerajaan negeri.

"Saya berharap bakinya hampir 40 yang belum berdaftar akan berbuat demikian dengan segera bagi memudahkan proses pengurusan," ujarnya.

Sumber : https://www.teganukita.net/2019/09/terengganu-rintis-program-latihan.html?m=1&fbclid=IwAR2pX2J07YB4kqzL8iFtZK9LnBUQttZ5mjyb-0JacZ1g2Zx_LmA0IiGbrpE

1 comment:

NY said...

x faham. knp ada tagline 'ubah sekarang, pas ganti umno' kat blog ni. bukan ke skrg pas bgabung gan umno. huhu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...