Bau busuk bakal selesai september ini.

| |



Bau busuk yg mengganggu penduduk sekitar paka & kerteh dijangka selesai september depan.

Sebentar tadi, Perjumpaan muhibbah telah diadakan oleh Exco yang berkenaan bagi mencari penyelesaian tentang masalah bau yang busuk yang telah dikatakan datang melalui kilang CJ Bio dimana sudah hampir setahun dilalui oleh penduduk Paka & Kerteh.



Hasil dari lawatan Pengerusi jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan alam sekitar, Dr Alias Razak selama hampir 2 jam menemui jalan penyelesaian yang amat baik dengan Pihak pengurusan kilang CJ BIO.

"Kita telah lama menerima beberapa aduan daripada pihak penduduk yang berhampiran tentang masalah pencemaran bau yang busuk ini sejak kita menjadi pembangkang. YB Hanafiah pernah membawa isu ini ke sidang DUN pada 2015 kalau tak silap saya. Namun alhamdulillah, hasil perbincangan kita dengan pihak pengurusan kilang, sudah ada penyelesaiannya" kata Dr Alias.




Pihak Pengurusan kilang berkenaan juga telah memutuskan untuk meningkatkan tahap pengurusan kilang mereka agar pencemaran bau tidak akan berulang lagi.


Hadir sama dlm lawatan tersebut adalah daripada beberapa agensi kerajaan yang berautoriti dalam masalah ini seperti JAS, JKKKP, Wakil Kementerian Kesihatan, JKKK dan wakil penduduk yang berhampiran.




Ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri yang diterajui PAS dalam menyelesaikan masalah rakyat secara holistik dan dalam masa yang sama berbincang untuk meningkatkan lagi kualiti mutu spesifikasi yang perlu dipatuhi oleh pihak pengilang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...