Fatwa di Pahang & Terengganu: Kenapa Bercanggah?

| |

Mufti Pahang: Mengundi itu wajib
KUANTAN : 29 Feb. 2012- Tanggungjawab untuk mengundi pada pilihan raya umum adalah sesuatu yang wajib, kata Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Osman. Beliau berkata mereka yang layak mengundi wajib berbuat demikian dalam membentuk sebuah kerajaan yang dapat membela kesucian agama dan keamanan.

"Pada zaman Rasulullah SAW dahulu ketika baginda wafat, waktu untuk pengebumian terpaksa ditangguh sebentar sebelum dikebumikan bagi melantik seseorang yang boleh memikul tanggungjawab sebagai khalifah. Daripada situ kita sudah dapat melihat betapa penting pelantikan khalifah itu kepada masyarakat untuk melaksanakan agenda seterusnya ke jalan yang benar," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata mengundi adalah satu fardu kifayah, bagaimanapun sekiranya ramai tidak melaksanakannya sehingga boleh menjejaskan pembentukan sesebuah kerajaan, maka tanggungjawab itu akan menjadi fardu ain. Beliau berkata Islam juga tidak melarang umatnya untuk mengundi orang bukan Islam dalam pilihan raya sekiranya tidak menimbulkan larangan dan pelanggaran terhadap ajaran agama itu sendiri.

"Diharuskan pula mengundi orang bukan Islam yang akan membantu pembangunan Islam dan dalam masa yang sama boleh menjaga umat Islam itu sendiri. Kita sesama Islam hendaklah bertolak ansur dan bersatu serta tak perlu berkeras dengan orang yang bukan Islam," katanya.

Kalau mengundi itu wajib sudah tentu WAJIB juga mengundi Parti Islam dan membawa kepada tertegaknya syariat dan Negara Islam. Benarlah selama ini apa yang diberitahu oleh Pas dan Ulamanya bahawa mengundi Pas itu wajib. Dan wajib semula untuk menegakkan hukum-hakam Islam setelah
dipinggir sejak kedatangan penjajah memerintah Negara kita ini. Dan Haram mengundi mereka yang menentang syariah Islam serta meninggalkan untuk mendaulatkan Islam.

Atas fatwa inilah apabila Parti HAMAS menang di Palestine dan rakyat yang memahami menolak PLO yang berteraskan nasionalisme. Atas fatwa inilah Ikhwan kini menguasai pemerintahan dan menumbangkan kerajaan sosialime pimpinan Hosni Mubarak. Dan sepatutnya atas fatwa inilah rakyat yang sedar akan tanggung-jawab mengundi ini menolak Parti Nasionalisme UMNO-BN.

Apa lagi hujah pimpinan Umno-BN serta ulama mereka yang selama ini cuba mengelirukan pandangan umat Islam Malaysia bahawa politik dan agama tidak bercampur bahkan wajib dipisahkan. Kalaulah dah difatwakan wajib mengundi, sudah pasti yang diundi itu Parti. Maka Parti itu juga berkait dengan agama.

Selama ini mereka berkempen mengundi takde zaman nabi dan takde halal & haram. Kini dengan fatwa Mufti kerajaan ini sendiri maka haram mengundi orang yang zalim, perasuah, pengkhianat agama dan mereka yang menghina hukum dan hakam Islam. Mereka yang awal-awal lagi menolak untuk melaksana hukum Islam. Sedangkan sebuah kerajaan itu adalah menggalang-gantikan kerja nubuwwah iaitu untuk menjaga agama dan memerintah dunia dengan agama yang diturunkan Allah Swt iaitu Islam.

Nampaknya kebenaran semakin zahir dan kemenangan Islam semakin hampir. Akan semakin jelas siapa yang memperjuangkan Islam dan siapa sebenarnya yang sesat. Kalau Pas yang dikatakan sesat dianggotai oleh ulama terkenal di Malaysia ini termasuklah Datuk Ismail kamus, Datuk Dr Haron Din, Datuk Ishak Baharom bekas mufti Selangor dan ada Dewan khas iaitu Dewan Ulama Pas yang dianggotai oleh para ulama bahkan penerajunya adalah Ulama tersohor iaitu Tuan Guru Nik Aziz selaku Murshidul Am Pas dan Tuan guru Haji Hadi awing selaku Presiden serta dipandu oleh majlis Syura Ulama.

Malangnya Umno yang memberi fatwa PAS sebagai sesat adalah Mat Said selaku MB Terengganu??? Ngaji duane dia nih !!! entahlah. Dan Murshidul Am UMNO adalah Mahathir yang mengatakan Hudud adalah rekaan ulama Feqah dan tiada dalam al-Quran sebagaimana Hanif Omar bekas Ketua Polis Negara selaku ALP Genting Berhad mengatakan tiada haramnya berjudi.

Ingatlah kita tentang peringatan Rasulullah saw tentang hadis akhir zaman

سَمِعْتَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ يَقُولُا سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ النَّاسِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يَتْرُكْ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا

Ertinya:
Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah Swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah Swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."
Hadis riwayat Muslim.

2 comments:

Abu Idris said...


arrayah.info : Benarkah Mengundi Itu Wajib di dalam Sistem Pemerintahan Sekular Demokrasi?

Saiful said...

Buat saudara Talhah. Hadzamkan betul-betul matan hadis rasulullah saw riwayat muslim diakhir posting tersebut. Apa itu fatwa? "Ajaran Sesat" adalah agama & melibatkan aqidah. Siapa yg sesat & siapa yg menyesatkan.
Abaikan peringatan ini jika saudara nak istiqamah dengan Umno. Terimakasih

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...