Warga Emas 109 Tahun Di Halau
Hari ini nama Mek Wook atau nama sebenarnya, Wook Kundor, 109, sememangnya telah dikenali ramai kerana mengahwini seorang lelaki yang tiga kali ganda lebih muda darinya. Mungkin sudah ditakdirkan Allah SWT kepada Mek Wook bahawa nenek tua itu terpaksa menerima satu lagi ujian pada usia emasnya apabila dia diperdaya oleh anak saudaranya sendiri sehingga memungkinkannya kehilangan tempat tinggal dan tanah.
Menurut laporan dari Sinar Harian, Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir memberitahu Mek Wook didatangi anak saudaranya yang dikenali sebagai Din pada tahun 2004 dan menawarkan diri untuk menyimpan geran tanah milik nenek tua itu.
Tiga tahun kemudiannya, Din datang bertemu dengan Wook dan mengajaknya ke satu tempat yang tidak dinyatakan serta meminta nenek tua itu menurunkan cap jarinya di atas satu kertas. Ketika itu, Wook mungkin boleh dikatakan bersangka baik terhadap anak saudaranya itu dan tidak langsung mengesyaki apa-apa niat buruk meskipun tidak memahami dengan tindakan yang didorong Din itu.
Tembelang Din mula pecah apabila seorang lelaki datang ke rumah Wook pada Disember tahun lalu dan meminta dia dan suaminya, Mohd Nor Musa, 39, keluar berpindah serta merta memandangkan tanah yang menjadi tapak rumahnya itu telah dijual. Menyedari dirinya tertipu dan tanah tempat yang menjadi tempat tinggalnya sejak sekian lama itu mungkin bukan lagi menjadi miliknya, Wook bertindak bersama suami membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.
Mujurlah Wook bertindak melaporkan kes berkenaan kepada pihak berkuasa dan meminta agar keadilan diberikan kepadanya sementara usianya masih ada. Meskipun dibatasi oleh usia yang lanjut, Wook tidak mengenal erti putus asa untuk berjuang demi hak dan diri yang tertipu oleh insan yang cuba mengambil kesempatan terhadapnya
Ini berita yang berlaku di Kuala Brang bagaimana anak saudara sanggup menipu Mak saudaranya sendiri. Apa kurangnya dengan apa yang dilakukan oleh wakil rakyat terhadap rakyatnya sendiri. Isu rampasan tanah Sekolah Islam Darul Bayan.
Bagaimana mereka secara senyap berpakat dengan merampas melebihi separuh tanah Sekolah agama dan dibahagikan sesama JKKK Limbong dan Cacar di Pekan Paka. Perbuatan senyap-senyap dan tanpa ada akhlak dan moral ini amat memalukan.
Kasihan buat Mek Wook. Sudahlah tua dan tidak bekerja tetapi ia sanggup diperlakukan sedemikian. Dengan tidak berpendidikan tinggi mungkin anak saudaranya mengambil kesempatan atas dirinya dengan menipunya. Kalau Mek Wook, beliau bertindak mengadu kepada pihak berkuasa.
Persoalannya kini bagaimana J/K Bertindak Isu Rampasan Tanah Sekolah SRIDB hendak mengadu? Nak mengadu kepada siapa kerana yang terlibat dan merancang adalah kepimpinan Umno-BN sendiri. Dari JKKK termasuk Adun, AP, Exco bahkan kelulusan akhir adalah MB Terengganu. Inilah Kerajaan sendiri yang menipu rakyatnya dibantu oleh sebahagiannya kakitangan dan pegawainya yang bertindak zalim dengan kuasa yang dimilikinya.
No comments:
Post a Comment