2 lagi Demo di KL

| |
Apapun tahniah kepada rakyat Selangor kerana berjaya menunjukkan tuntutan dan hak mereka dalam demo kelmaren. Protes air Selangor lebih tertumpu kepada isu negeri Selangor. Apatah lagi diadakan pada hari Ahad. Negeri di Pantai Timur tak cuti hari itu. Apapun ramai orang muda sebelah pantai Timur dan Utara dah rasa kering tekak kerana lama dah tak pekena gas pemedih mata polis dan FRU.

Sekarang kalau ada bantahan atau demo… anak muda sibuk bertanyakan… FRU ada tak? Ada sembur gas tak? Bila ditanya kenapa? Takde gas tak best!.. itulah gelagat anak muda yang darah mereka bergelagak dengan perjuangan dalam menegakkan keadilan dan menuntut hak mereka. Mereka lebih merasa dekat dengan PR yang memperjuangkan hak golongan tertindas terhadap UMNO-BN sebagai pemerintah elit.

Rasnya PR perlu menganjurkan dua lagi protes. Pertamanya Protes harga barang yang kini mencengkam rakyat disemua peringkat. Kenaikan harga gula, gas, minyak yang merupakan keperluan asas dan rutin rakyat menyebabkan akan membawa kenaikan berangkai harga barang. Walau pemimpin UMNO menafikan tetapi realitinya para pemimpin UMNO dengan pembohongan itu sudah sinonim. Rakyat terpaksa diperas buat mereka untuk mengumpul dana bagi menghadapi pilihanraya yang semakin hampir.

Keduanya demo untuk BERSIH 2. SPR nampaknya terus menjadi alat tunggangan UMNO-BN. Bahkan nampaknya semakin bermaharaja-lela. Ia diterompahkan oleh UMNO cukup ketara. Kesedaran rakyat perlu dibangkitkan untuk menuntut hak keadilan agar pilihanraya kali ke-13 nanti menjadi lebih telus. Kita tahu kini UMNO semakin terdesdak. Konvensyen BN sekali lagi mengulangi untuk mempertahankan nyawa politik mereka di Putrajaya. Hambatan rakyat untuk memartabatkan PR ke Putrajaya amat tinggi dan membara.

Najib akan menggunakan apa sahaja demi memastikan kemenangan BN. Penipuan dan kerja kotor itu sudah lumrah buat mereka. SPR sekali lagi akan diperkosa sesuka mereka. Tetapi jika kebangkitan rakyat yang menyedarkan semua pihak nescaya mereka tidak mampu berbuat apa-apa jika kuasa rakyat bangkit meminta hak mereka.

PR perlu mengatur gerakan rakyat ini agar timbul dipersada. Keberanian rakyat perlu diselaraskan. Kejayaan Perhimpunan BERSIH 1 dahulu amat menakutkan penguasa zalim UMNO-BN ini. Dan tak mustahil BESIH 2 akan lebih hebat dan mampu mengajak rakyat untuk Justify Fullmenterjemahkannya dalam pilihanraya ke 13 nanti.

2 comments:

otaklunyai said...

Syabas dan TAHNIAH kepada rakyat yang bijak dan sanggup berkorban demi mempartahankan hak mereka. Teruskan sehingga sipenzalim2 itu tersungkur.

bulan said...

Yg x pernah turun bdemo tu biasa2kan la diri. Nikmati getar laungan rakyat..meremang bulu roma. Kena sembur air asid dan gas pemedih mata tu 'thrill'!! xde ape nak takut.Hak bhimpun tmaktub dlm Plembagaan. Persediaan..bawa garam air pakai kasut. Naik pengangkutan awam jgn naik krta send. Jln dtutup sana sini.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...