Sebab Scorpene Tak Boleh Menyelam

| | 0 comments

Dulu ketita Malik Fahd membina istananya bersebelahan Masjidil Haram dan beliau boleh bersembahyang dari istananya serta melihat secara langsung ka’abah dan beliau mengarahkan satu paip air dari telaga zam-zam untuk disalurkan langsung terus ke tingkat atas istana beliau bagi kegunaan beliau dan tetamunya. Kedudukannya lebih tinggi dari Ka’abah dan telaga air zam-zam itu sendiri tetapi air itu tidak mengalir meskipun menggunakan pam. Ditukar pam yang lebih power tetapi tetap tidak naik air ke istananya kemudiannya dinasihatkan supaya membatalkan sahaja niatnya. Tidak semua kehendak kita diperkenankan oleh Yang Maha Kuasa kerana semua ini milikNya.

Kini menjadi perbualan dan ucapan sinis apabila menyebut kapal selam scorpene tidak boleh menyelam sedangkan pembeliannya telan menelan duit rakyat sebanyak EURO1.084 bilion bahkan kos untuk menyelenggarakannya sahaja berjumlah RM270 juta setahun. Kegagalan kapal selam itu berfungsi dengan baik menyebabkan kos pengurusnya akan meningkat dan Kapal selam tersebut juga gagal menjalankan tugas untuk mengawal perairan Negara dan menjejaskan keselamatan Negara.

Isu ini timbul kembali apabila kegagalan SPRM menyiasat Bala yang dikatakan mempunyai maklumat tentang skandal scopene yang kini bersembunyi di London. Apatah lagi Kerajaan Perancis sendiri memanggil beliau untuk siasatan yang berkaitan dakwaan rasuah mengenai jual-beli kapal selam tersebut. Bala sendiri membuat pengakuan sumpah berkait isu kematian misteri Altantunya yang berkaitan dengan skandal komisyen pembelian kapal selam yang mengakibatkan beliau dibunuh dengan letupan bom C4 sehingga kini masih meninggalkan banyak tanda-tanya kepada orang ramai. Meskipun Razak Baginda sekutu Najib telah meninggalkan Malaysia dan beberapa kambing hitam yang bertopeng telah disabitkan kesalahan tetapi ia masih lagi menerawang dengan pelbagai misteri. Kini Bala juga mendakwa bahawa beliau dibayar oleh taukey karpet supaya meninggalkan Malaysia dan menarik balik akuan sumpah beliau dan juga menyebut penglibatan Rosmah Mansor, isteri PM serta penglibatan adik Najib sendiri? Apa sebenarnya berlaku? Kita juga ingin tahu perkara sebenar.

Semua ini sudah jadi bala! Nampak belum selesai dan ia menjadi isu yang memeningkan kepala Najib. Apatah lagi kapal pulak tak boleh menyelam dan bermasalah. Lagilah menambahkan bala. Isu Altantunya juga belum hilang bahkan sentiasa segar dan kini menghantui Najib. Sampai bila beliau ingin melarikan diri untuk member penjelasan. Desakan pula kini timbul supaya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat secara lebih telus isu ini.
Ketika datang ujian keatas kapal yang dinaiki oleh Nabi Yunus a.s dengan rebut dan laut yang bergelora dan mengganas menyebabkan nakhoda kapal mengambil tindakan membuang semua barangan ke laut. Ia tidak member kesan dan penyesaian. Lalu beliau mencabut undi untuk dibuang penghuni kapal. Dicabut undi berkali-kali tetapi Nabi Yunus juga yang kenal menyebabkan beliau sendiri mengambil keputusan untuk menerima dan terjun kelaut. Beliau ditelan ikan besar dan laut pun kembali tenang semula dan menyelamatkan ahli kapal.

Kini apabila isu scopene dan Altantunya serta Bala belum ada penyelesaian. Kemungkinan kapal itu tidak mahu menyelam kerana mahukan seseorang. Apalah kiranya najib masuk ke dalam kapal itu dan mungkin akan terus menyelam. Atau buatkan kapal sepertinya khas buat beliau untuk diselamkan di selat Melaka. Mungkin roh Altahantunya tidak lagi menghantui politik Malaysia. Ayah beliau dan kerajaan Monggolia pun akan kembali tenteram. Apalah salahnya Najib mengikuti sebagaimana Nabi Yunus. Terjunlah ke kapal selam itu, nanti menyelamlah dia kot. Kalau takpun, sabarlah Altantunya! Pru dah dekat. Kita sama-sama karamkan Najib dengan kapal-kapal UMNO-BN nya sekali insyaAllah.

Read More !

Kelakar! Bandaraya Tetapi Penduduk Tiada Elektrik

| | 1 comments

Terfikirkah anda jika disebut sebuah Bandar raya tetapi wujud penduduknya hidup tanpa bekalan elektrik sejak belum merdeka hingga kini. Sampai sekarang di alaf millenium tahun 2010 ini. Tetapi itulah yang berlaku kepada Bandaraya Kuala Terengganu yang di dinaik taraf kepada sebuah Majlis Bandaraya dengan tema “Bandar Raya Warisan Pesisir Air“ (lebih dikenali dengan nama manjanya.. “Buasir”)

Sebuah kampung dalam tindakan majlis bandaraya Kuala Terengganu yang bernama Kampung Mak Jintan dalam Dun Tepuh masih lagi tidak mempunyai bekalan elektik sedangkan ianya hanya jarak lebih kurang 3km dari perkampungan bersebelahan yang telah mempunyai bekalan elektrik. Amat malang penduduk masih lagi menggunakan pelita, lampu gasoline dan ada juga yang menggunakan generator.

Kelakar rasanya. Nama bandaraya tetapi tiada elektrik. Tahun bila ni? Macam zaman Jepun. Tapi itulah realitinya UMNO-BN yang memerintah. Dengan duit royalti yang banyak tetapi dihabiskan kepada tempat tak berfaedah kepada rakyat. Tengok pada slogan bukan main. Terbaru Kerajaan Terengganu pimpinan Mat Said dengan motto “ Merakyatkan Pembangunan”. Nak buat pembangunan macamana kalau elektrik pun tarak. Porahhh!.

Layak ke dipanggil Bandaraya ke?

Apa kriteria untuk mendapat taraf bandaraya? Untuk mendapat taraf bandaraya, bandar tersebut perlu merupakan sebuah pusat pentadbiran negeri, jumlah penduduk lebih daripada 300,000 orang, mempunyai pembangunan yang pesat, pusat perniagaan dan perindustrian, mempunyai institusi kewangan yang kukuh, pusat pengajian tinggi yang lengkap, mempunyai ciri-ciri istimewa sejarah yang panjang, pusat aktiviti kebudayaan dan pendapatan tidak kurang daripada RM80 juta.

Kuala Terengganu tidak menepati ciri-ciri tersebut tetapi demi memenuhi nafsu besar pemimpin UMNO Terengganu lalu diusahakan untuk dibuat pengistiharan nama bandaraya. Kuala Terengganu telah dinaikkan taraf sebagai sebuah bandar raya berkuatkuasa 1hb Januari 2008. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu merupakan pihak berkuasa tempatan ke-12 yang bertaraf bandar raya selepas Kuala Lumpur, Johor Baharu, Ipoh, Shah Alam, Melaka, Alor Star, Petaling Jaya, Kota Kinabalu, Kuching Utara, Kuching Selatan dan Miri.
Meskipun tidak disenaraikan Kota Bharu Bandaraya Islam, tetapi hakikatnya Kota Bharu jauh meninggalkan Kuala Terengganu. Pergilah berkunjung kedua-dua Bandaraya tersebut. Nilailah sendiri.

Realitinya dengan penarafan sebagai Bandaraya ia telah mengakibatkan naiknya cukai pintu dan pelbagai bayaran serta cukai yang lebih membebankan rakyat tetapi dari segi perkhidmatan dan infra jauh dari hakikat sebenarnya. Boleh nama dan iklan sajelah. Orang panggil bandaraya kita pun bandaraya juga. Pendapatan tidak sampai 80Juta ke? Pusat perniagaan pun harapkan Maidin, pembangunan yang amat perlahan. Perindustrian ? industri keropok lekor? Pusat Pengajian sekejap KUSZA sekejap UDM sekejap UNISZA nanti entah apa ke nama pulak? Nanti tukar pula nama ke UMS (Universiti Mat Said) ? Sejak UMNO memerintah kembali Institusi kebanggaan ini menjadi bercelaru. Lulusannya kini tidak layak lagi menyambung pelajaran ke Timur Tengah sebagaimana sebelumnya. Kenapa? Dulu Kolej layak. Sekarang Universiti tak layak? lawak betul puak-puak ni.

Tetapi dah pemimpin UMNO nak menang sorak lalu bolehlah Bandaraya. Inilah dikatakan Pak Kaduk. Menang Sorak Kampung Tinggal Kerak. Letrik pun tarak. Macam tu punya keadaan pun, penduduk Kampung Mak Jintan tu masih lagi takut kepada UMNO. Meskipun pemimpin UMNO tidak mempedulikannya tetapi mareka takut ugutan UMNO-BN dan janji-janji hendak memasukkan elektrik setiap kali pilihanraya. Itupun alhamdulillah pimpinan Pas menghantar generator untuk keperluan mereka. Sampai bila rakyat perlu ditekan dan diperalatkan? Abis apa nak dikata?

Read More !

UMNO siap ladang 'Babi Organik'? Jom Demo!

| | 1 comments

Umno-BN telah mempolitikkan isu kandang Babi di Hulu Langat, Selangor. Dengan mengadakan demo. Seramai 200 orang berkumpul di hadapan bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam yang menempatkan pejabat Menteri Besar pagi Rabu bagi membantah tindakan kerajaan Selangor yang meluluskan projek ladang ternakan babi secara moden bernilai RM100 juta. Ia telah memenuhi media-massa nak mengambarkan Umno juara menentang ladang babi.

Tup-tup. Didapati Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo pada 30 Januari, kira-kira sebulan sebelum pilihanraya umum lalu telah meluluskan projek ternak babi itu. Kerajaan baru Selangor bawah Pakatan Rakyat, hanya meneruskan projek memandangkan kawasan Ladang Tumbuk telah menjadi tapak ladang utama penternakan babi utama di negeri.

"Ia memenuhi piawaian kualiti yang tinggi dan tiada ladang-ladang baru khinzir akan diluluskan di Selangor dan semua ladang babi di luar kawasan ini diarahkan memindahkan operasi mereka ke projek tersebut bagi memudahkan kawalan dan penyeliaan bagi pihak berkuasa. MB Selangor, Datuk Khalid Ibrahim juga menjelaskan pelaburan berjumlah RM100 juta termasuk kos pengambilan tanah, disediakan oleh pelabur tanpa melibatkan wang kerajaan negeri manakala babi yang diternak pula hanya untuk keperluan di Selangor dan bukan dieksport.

Yang menjadi bangangnya UMNO Selangor apabila didapati projek ladang babi itu sebenarnya diperolehi oleh kroni Umno bangsa melayu. Apabila gambar pemimpin Umno Selangor selaku Adun Tanjung Sepat Dr Karim Mansor and the geng bergambar tersengih dalam kandang babi dengan menunjukkan ‘tanda best’ di Jerman akhirnya telah meredakan isu tersebut.

Alih-alih pecah berita Negeri Sembilan telah siap projek kandang babi moden Negeri pimpinan UMNO-BN yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Hassan. Ladang babi moden yang disiapkan di Bukit Pelanduk yang heboh dengan kematian akibat J.E dulu telah siap dengan fasiliti moden. Timbalan Menteri Pertanian dan asas Tani,Chua Tee Yong (Anak pengerusi MCA, Chua Soi Lek) mengharapkan ladang tersebut berjaya meningkatkan pengeluaran babi yang lebih banyak. Beliau meninjau ladang babi tersebut yang keluasan 480 ekar yang mampu menampung pengeluaran 250-300k ekor dalam satu masa.

Macamana puak-puak UMNO. . Orang dok sibuk demo anti judi. Bila lak nak demo anti ladang babi macam yang dibuat di Selangor dulu. Takkan tak boleh kerah UMNO negeri Sembilan untuk berarak ke Port Dickson. Ke Babi di Negeri Sembilan tu dah jadi kambing? Takkanlah pemuda UMNO Malaysia di Rembau tengok saje je.
Dulu bukan mai dok cerca pemimpin Pas dan Keadilan kerana tuduhan meluluskan ladang babi. Sekarang kata dulang paku serpih pulak. Dan rupa-rupanya Ladang babi negeri UMNO lebih awal siap. Masa pilihanraya Bagang Pinang dulu, Isa Samad bersama Zahid hamidi mengumumkan bandar Port Dickson akan menjadi bandar Tentera. Rupanya penduduk disitu diklentong ditengah hari. Yang jadi sekarang Port Dickson adalah Pusat Pengeluar Babi Negeri Sembilan. Dengan ladang moden mungkin menjadi ‘Babi Organik’ kot?

Kalau dah UMNO tu begitulah feel perangai. Tak berubah jugak. Kokok aje berderai-derai tetapi ekor bergelumang dengan tahi.

Read More !

Terengganu - Darul Runtuh kini Darul Dadah!

| | 0 comments

Kementerian Dalam negeri yang menaungi ADK dan juga Pemadam yang terlibat dalam pencegahan dadah di Malaysia meletakkan sasaran 2011 sebagai tahun sifar dadah. Ini bererti tahun hadapan merupakan tahun tiada dadah. Tiada lagi penagih dan pengedar dadah. Jadilah negeri Terengganu aman damai, sejahtera bersesuaian mottonya negeri Cantik Budaya Menarik. Tetapi kini ianya indah khabar dari rupa. Pemimpin gagal dalam membendung permasalahan utama rakyat dinegeri Terengganu apabila Terengganu sudah menjadi Darul Dadah. Ingatkan Kelantan sebagai negeri sempadan yang berjiran dengan Thailand tetapi Terengganu berjaya merampas tempat pertama sebagai negeri paling ramai penagih. Apa yang Datuk Mat Said serta UMNO-BN negeri buat?

Apa yang UMNO-BN buat untuk membendung permasalahan dadah ini? Kerajaan telah mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor satu negara sejak tahun 1983 lagi. Kini, setelah 20 tahun berlalu, gejala ini gagal dibendung sepenuhnya, malah semakin serius. Penyalahgunaan dadah kini merangkumi jenis dadah bukan sintetik (seperti heroin, morfin, candu dan ganja) dan jenis sintetik (seperti syabu, pil psikotropik, ecstasy dan amphetamine). Jumlah penagih dadah terkumpul yang direkodkan oleh Agensi Dadah Kebangsaan (A.D.K.) Daripada tahun 1988 hingga 2002 adalah seramai 235,495 orang, termasuk kira-kira 50,000 orang penagih tegar.
Badan-badan bukan kerajaan (N.G.O.) pula menganggarkan terdapat kira-kira 350,000 orang yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah di dalam negara. Angka ini dikatakan bertambah sebanyak 1,300 penagih dadah setiap bulan. Bukannya semakin kurang. Kos pemulihan pula melibatkan RM 3,000 setahun bagi setiap penagih yang menggunakan duit pembayar cukai, duit kita semua. Itu belum dikira pembahagian methadone, jarum suntikan, pusat-pusat serenti dan sebagainya.

Itu belum diambil kira penagih tahun 2005-2010. Sudah tentu makin meningkat. Dan kebiasaannya seorang penagih dadah yang dikesan sebenarnya hampir 5 orang lagi penagih yang berkeliaran. Ini bermakna Malaysia mempunyai 2juta penagih dadah terkini.

Kini tahun 2010, Terengganu mencatatkan jumlah penagih dadah paling ramai di negara ini dengan 10,000 tangkapan dicatatkan sepanjang tahun lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Supt Roslan Abd Wahid berkata berdasarkan jumlah penduduk seramai 1.2 juta di negeri ini, nisbah penagih dadah ialah seorang daripada 100 penduduk.

"Hasil mesyuarat Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik seluruh negara yang diadakan di Bukit Aman awal bulan ini mendapati Terengganu mencatatkan angka penagih dadah yang tertinggi di Malaysia dengan 10,000 tangkapan dilakukan tahun lepas diikuti dengan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. "Angka itu menunjukkan masalah penagihan dadah di negeri ini dalam keadaan yang amat serius dan memerlukan perhatian pihak berkuasa dan rakyat di negeri ini," katanya pada sidang media di pejabatnya semalam,
Katanya, rekod tangkapan pelbagai kesalahan dadah di negeri ini bagi tahun ini dari Januari hingga semalam ialah 3,791 orang, meningkat sebanyak 31 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Malah, katanya jumlah tangkapan pengedar dan pembekal dadah pada tahun ini juga meningkat 11 peratus dengan 97 tangkapan berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Beliau berkata analisis dan kajian yang dijalankan oleh polis mendapati, kebanyakan penagih dadah di negeri ini terdiri daripada mereka yang berumur lewat 20-an hingga 40-an dan mereka merupakan penagih tegar yang sukar untuk dipulihkan walaupun pelbagai program pemulihan telah dilakukan.

"Mereka kini menjadikan kawasan di luar bandar terutama di kawasan Felda sebagai pusat baru... termasuk di kawasan segitiga emas iaitu Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu."

Apa nak jadi dengan Terengganu. Sudahlah stadium dan bangunan runtuh bahkan kini anak-anak warga Terengganu pula runtuh jati dirinya. Jom selamatkanlah Terengganu. Hanya apabila Islam berdaulat, nescaya Terengganu akan selamat.

Read More !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...