Ayah Pin muncul lagi. UMNO-BN takut.

| | 0 comments


Pemimpin kumpulan ajaran sesat Kerajaan Langit, Ariffin Mohamed yang lebih dikenali dengan panggilan Ayah Pin, kini muncul di laman Facebook. Dengan menggunakan nama ‘Arifin Muhamad’ profil itu menyebut alamat penulis di Sungai Padi, Thailand. Pandangan politiknya dinyatakan sebagai ‘Kerajaan Langit’ dan pandangan agamanya ‘sangat liberal’. Dia menyifatkan Islam sebagai ‘mempunyai nilai moral rendah’ dan menggesa orang ramai supaya keluar dari agama Islam. Bersama lampiran perakuan sumpah murtadnya ia menyesatkan orang lain dengan ajaran karutnya.
Kumpulan Ayah Pin merupakan antara lima kumpulan ajaran sesat paling tegar dikesan di Malaysia dan mula bergerak pada tahun 1982. Ia antara lain, mengamalkan ratib secara kuat dalam gelap dengan bercampur antara lelaki dan wanita. Pemimpinnya pula, Arrifin Muhammad , 65 tahun mengaku dirinya sebagai tuhan, pencipta semua agama serta pemegang kunci ke syurga.

Dalam satu sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Ayah Pin difatwakan sebagai sesat dan diwartakan pada 4 Disember 1997. Antara perkara yang terdapat dalam ajaran Ayah Pin adalah dia pernah mendakwa dirinya sebagai Tuhan. Katanya, di dalam ajaran itu juga;

• Menyatakan Rukun Islam dan hukum-hukum syarak seperti puasa dan zakat tiada kena mengena dengan Allah. Ayah Pin mendakwa pergi ke Mekah menunaikan haji adalah sia-sia. Kiamat tidak akan berlaku kerana Allah tidak bodoh menjadikan alam kemudian dimusnahkan.
• Jika seseorang itu hendak menjadi Islam, perlulah menjadi kafir terlebih dahulu. Dia juga mendakwa al-Quran yang ada sekarang adalah tidak benar. Ayah Pin mendakwa syurga adalah terhad kepada pengikutnya sahaja dan orang lain adalah seperti babi (Khinzir) belaka (kotor).
• Mendakwa dia akan menjadi Perdana Menteri di akhirat nanti dan juga pernah naik ke langit serta duduk di atas arasy. Ajaran Ayah Pin juga tidak percaya kepada Rasulullah kerana Rasulullah adalah manusia dan boleh mengatasinya dengan berzikir.
• Berzikir adalah lebih afdal daripada sembahyang lima waktu dan jika seseorang itu telah ilham, zuk, kasyaf, maka sembahyang lima waktu digugurkan.
• Waktu Solat subuh berpanjangan hingga ke Zuhur.
• Apabila bermimpi anak gadis pengikutnya berkahwin, si bapa perlu 'menyerahkannya' kepada ayah Pin untuk diserahkan kepada lelaki bertuah itu. Anjur upacara pengampunan yang dilakukan ketika bulan mengambang dan pengikut wanita perlu menanggalkan pakaian yang tidak suci serta perlu bersetubuh dangan 'tuhan' untuk mendapat lebih berkat. Pengikut perempuan dikehendaki bernikah secara batin dengan 'Tuhan' (ayah Pin)
• Ayah Pin mempunyai keajaiban menyumpah orang menjadi batu dan menukarkan individu menjadi muda. Wang diberikan Ariffin tidak akan habis apabila dibelanjakan.
• Ayah Pin boleh membawa roh pengikut untuk berjumpa nenek moyang setahun sekali.
• Isteri ayah Pin bukan orang biasa tetapi Puteri Gunung Ledang, Puteri Saadong, Puteri Nanu dan Puteri Matahari.
• Semua benda boleh dimakan termasuk yang diharamkan oleh agama Islam.

Ayah Pin juga mendakwa:-

• Tidak ada orang lain selain saya dan Nabi Muhammad saw yang berguru dengan Jibril". Setiap kali Sembahyang hendaklah beriktikad bahawa Ayah Pin berada di hadapan.
• Quran perlu dibakar dan abunya dilumur pada tubuh Ayah Pin. Setiap kali berhimpun di Gua Bayu, Gua Musang, Kelantan. Sebiji Quran akan dibakar dan abunya akan dilumur pada tubuh Ayah Pin.
• Mendakwa beliau telah melalui semua agama-agama barulah jadi Islam dan menerima syahadah secara langsung dengan Tuhan. Di atas muka bumi ini tiada orang lain yang memimpin manusia melainkan Ayah Pin seorang.
• Nyawa manusia yang ada di atas muka bumi adalah duduk ditangannya kerana dia memegang segal kunci-kunci akhirat. Kalau bersyair memuji-muji di atas nama Ayah Pin adalah lebih afdhal daripada berzikir dan bersembahyang. Semasa mengucap dua kalimah syahadah hendaklah beriktikad dalam hati kepada Ayah Pin.
• Jika ada ahli yang akan mati, Ayah Pin akan pergi dahului untuk menentukan bagi simati syurga atau neraka.
Bukan beliau sahaja mendakwa bukan Islam tetapi juga antara pengikutnya. Termasuklah Kamariah Ali, 54, dan Daud Mamat, 63, yang pernah ke mahkamah untuk memohon pengistiharan atas hak kebebasan beragama seperti dalam Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang merangkumi hak seseorang beragama Islam yang mencapai umur majoriti untuk keluar daripada agamanya.

Ekoran itu ayah pin didakwa di bawah Seksyen 10 Enakmen Kesalahan Jenayah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana dikatakan bertindak menghina pihak berkuasa agama di rumahnya di Kampung Batu 13, Mukim Tenang, Hulu Besut pada 20 Julai 2005. Tertuduh dikatakan mengingkari fatwa bahawa ajaran yang diamalkannya sesat dan menyeleweng serta boleh membawa ancaman kepada ketenteraman awam serta boleh merosakkan akidah.

Apabila timbul isu kemunculan semula Ayah Pin dan orang ramai mempersoalkan kenapa tindakan tidak diambil? Apabila ditujuk kepada pihak polis mereka mendakwa bahawa pihak JHEAT (Jabatan agama Islam) negeri itu kata tidak perlu. Kemudiannya ia dinafikan pula oleh pihak JHEAT.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhamad Ramli Nuh yang mendakwa keutamaan kerajaan negeri ialah menghapuskan ajaran itu dan bukan mengheret Ayah Pin ke mahkamah. Beliau menyifatkan tindakan menahan dan membicarakan Ayah Pin tidak penting tetapi yang paling penting ialah tindakan 'menghalau' Ayah Pin (ke Selatan Thailand) sudah berjaya. Beliau juga melahirkan rasa keraguan dan tidakpercaya kepada keupayaan mahkamah syariah dan menyatakan Ayah Pin mungkin boleh terlepas. Katanya, untuk menahan seseorang yang dikaitkan dengan kesalahan membabitkan ajaran sesat sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan.

Persoalannya kenapakah terlalu lemah pihak kerajaan pimpinan UMNO-BN dan JHEAT sehingga tidak dapat membawa bukti dan saksi bahawa Ayah Pin telah memesongkan aqidah Islam. Sedangkan semua senarai kesesatan yang dilakukan secara jelas dan nyata bahkan kerajaan langit Ayah pin dibinasakan di Besut. Kenyataan Ayah Pin sendiri divideokan dan dikeluarkan VCD. Lapuran pegawai penyiasat pun dah berapa kali lapuran. Kajian akademik tentang ajaran Ayah Pin pun dah berapa kajian yang dihasilkan. Fatwa pun dah diwartakan. Tinggal apa lagi.

Sebenarnya yang tersirat adalah pihak kerajaan pimpinan UMNO-BN takut bertindak terhadap Ayah Pin. Kalau semasa Derih Jusoh mungkin segan kerana hubungan baik Ayah Pin dengan keluarga Derih. Tetapi dizaman Mat Said ni, kenapa tak berani nak ambil tindakan. Bukankah Mat Said ni gedebe. Kalau orang lain diajak bergocoh takkan demi agama Islam dan menentang ajaran sesat Mat Said takut. Takkan takut kot nak ambil tindakan terhadap Ayah Pin.
Hakikatnya, UMNO-BN bersama JHEAT takut untuk dihadapkan Ayah Pin ke mahkamah kerana semasa kerajaan Pas memerintah telah meluluskan rang enakmen tambahan termasuk Hudud, Qisas & Ta’zir. (2001). Bayangkan kalau dibicarakan menurut hukum Hudud, mereka akan dihukum bunuh. Sanggupkah UMNO-BN menghadapi kontraversi untuk melaksanakan hukuman tersebut. Kalaulah hukuman sebat hanya sekadar 5 rotan terhadap pesalah minum arak Kartika Saridewi pun UMNO-BN Pahang kecut perut sehingga terpaksa berselindung disebalik kuasa Sultan, apatah lagi jika kes hukuman bunuh. Mereka takut dituduh teroris oleh Obama dan kuncu-kuncunya. Apatah lagi kalau diketahui oleh APCO. Mengamuk sakan Yahudi tu.

Tindakan yang paling selamat menurut YB Ramli Nuh adalah menghalau ke Selatan Thailand. Sekarang ini kerajaan langit menggunakan facebook untuk menyesatkan orang-ramai. Apakah tindakan UMNO-BN itu berkesan. Apakah tindakan seterusnya. Adakah nak dibiarkan beliau terus menyesatkan orang ramai?

Kes Ayah Pin ini lebih kurang sama dengan kes di Jakarta beberapa hari lepas. Seorang datuk 15 cucu mendakwa melawat syurga dua kali. Beliau mengaku pernah mi’raj ke langit ketujuh dan melihat Surga serta menerima wahyu dari Tuhan sekembalinya ke Bumi mendapat kejutan Jumaat lalu apabila dipenjarakan setahun kerana mempersendakan agama. Bakri Abdullah, 70, juga dikenali Amaq Bakri, Papuq Junaedi dan Abdullah. Beliau ditahan Oktober tahun lalu selepas dia menyebabkan penduduk kampungnya di timur Lombok berang kerana mendakwa seorang nabi. Dia mendakwa dua kali dibawa ke syurga, pertama pada 1970-an dan sekali lagi pada 2005, dari sebuah hutan di cerun Gunung Rinjani Lombok. Pada kali kedua diangkat ke langit, dia juga melawat alam lain iaitu alam roh.

Walaupun di penjarakan setahun tetapi paling kurang ada tindakan yang dilakukan. Dimana sebenarnya sikap UMNO-BN ini terhadap ajaran sesat. Hari-hari kita lihat kepercayaan tahyul dan khurafat semakin berkembang. Lapuran Jakim menyebut ajaran sesat bukannya menurun tetapi semakin meningkat. Tv, Radio, Cerita-cerita dan drama di tayangkan dengan kisah-kisah tahyul. Cerita hantu dan kisah karut-marut rekaan manusia. Ini memberi ruang dunia hitam dan kejahatan berkembang kembali.
Dimana peranan UMNO-BN untuk membendung budaya sesat ini. Banyak lagi ajaran sesat di Terengganu sendiri. Bukannya makin kurang bahkan makin menyusut. Sudah tidak selamat lagi aqidah anak bangsa Terengganu. Kenapa dibiarkan sahaja. Kalau xtvt Pas, siap ada SB mengikuti dengan mencatat dan merakam. Tetapi ajaran sesat dibiarkan sahaja. Kenapa?Adakah UMNO-BN menjaga kepentingan politik? Sebab kebanyakan mereka ini memberi sokongan kepada UMNO-BN. Apakah UMNO-BN sendiri bersekongkol dengan ajaran-ajaran seperti ini. Atau adakah UMNO sendiri itu terseleweng dari Islam? Kalau begitu macamana nak diharapkan ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

Read More !

Apa jadi dengan KMC?

| | 1 comments

Ish. Bukannya rugi Rm 546j. Sebenarnya rugi Rm 227j saje. Kata Datuk Dr Awang Adek (Tim Menteri Kewangan) ketika mengulas isu kerugian Pos Malaysia Berhad di Dewan Negara pada 4 Mei 2010. Sebab ia bukan poket mereka ia tak terasa apa-apa. Itu pun selepas mantan Pengerusi Pos Malaysia & Services Holdings Bhd, Tan Sri Adam Kadir mendedahkan dalam majalah Malaysian Business. Nak diharapkan pimpinan UMNO-BN maklum dan mintak maaf, fuhh jauh sekali.

Teringat kisah pemuda yang jahil berkahwin. Pagi subuh terlewat bangun. Al-maklumlah, orang baru kawen. Disebabkan ayah mertua panggil acap kali untuk solat subuh diluar, maka terpaksalah keluar juga. Rupanya semua orang dah selesai solat berjamaah. Terpaksa dia solat seorang diri. Selesai solat bapa mertua terus menegur. “ Aik terlupa ke? Solat subuh sampai tiga rakaat!. Menantu 1 malaysia terus menjawab. Ye ke! Ingat dah cukup empat rakaat dah”. Terkejut beruk Pak Mertua.

Jadi Awang adek ingat 227j tu bukan kerugian? 227j tu bukan duit pe? Inilah akibatnya daripada pemilihan board director dikalangan orang politik yang tidak berkemampuan dan bukan ahlinya. Kekadang lantikan politik ini hanya sekadar untuk memberi kemudahan dan elaun kepada kroni politik mereka semata-mata. Bahkan sampai seorang berbelas syarikat yang dipegang tetapi tahap kecaknaan dan kemampuan mengurus yang lemah menyebabkan syarikat menjadi rugi.

Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir menegur kaedah pelantikan jawatan tertinggi dalam syarikat milik kerajaan (GLC) adalah silap dan ini menyebabkan kepentingan awam setiap GLC tidak diurus secara fokus dan bertanggungjawab sekali gus mengelakkan berlaku kerugian seperti yang dialami Pos Malaysia Bhd. Beliau juga menyarankan Kementerian Kewangan mengkaji latar belakang para CEO GLC sama ada pelantikan mereka dibuat atas kepakaran yang dimiliki atau kerana rapat dengan pemimpin tertentu. Musa membangkitkan perkara itu ketika pelbagai pihak mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Mohamed Nor Yakcop yang juga bekas Menteri Kewangan Kedua menjelaskan kerugian sebanyak RM546 juta yang dialami Pos Malaysia. Mohamed Nor mengakui mempunyai hubungan rapat dengan Dana Harta Berhad tetapi menafikan beliau terlibat melantik CEO Pos Malaysia itu.

Mereka yang memerintah menganggap amanah semacam ghanimah. Semasa dia pegang jawatan pulun habis-habis. Nanti giliran orang lain memerintah dah takde can le pulak. Itu pasallah sampai sanggup gadai negara pun.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ : مَا خَطَبَنَا نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَّا قَالَ لَا إِيمَانَ لِمَنْ لَا أَمَانَةَ لَهُ وَلَا دِينَ لِمَنْ لَا عَهْدَ لَهُ
Daripada Anas bin Malik berkata: Tidaklah berkhutbah Rasulullah saw melainkan ia bersabda: Tiada iman mereka yang tiada amanah dan tiada agama mereka yang tidak memegang janji.

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya
Al-nisa: 58

وَمَنْ يَغْلُلْ يَأْتِ بِمَا غَلَّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثُمَّ تُوَفَّى كُلُّ نَفْسٍ مَا كَسَبَتْ
barangsiapa yang berkhianat dalam urusan rampasan perang itu, Maka pada hari kiamat ia akan datang membawa apa yang dikhianatkannya itu, Kemudian tiap-tiap diri akan diberi pembalasan tentang apa yang ia kerjakan dengan (pembalasan) setimpal. Al-Imran : 161

Rasulullah SAW turut memberi peringatan “Wahai manusia! Sekiranya ada di kalangan kamu yang dilantik sebagai wakil pentadbir oleh kami, dan kemudian menyorokkan daripada kami walaupun hanya sebatang jarum, atau lebih, dia sudah berkhianat, dan akan membawanya di Hari Kebangkitan. (Hadis riwayat Abu Dawud)

Takkanlah nilai daripada RM227j itu lebih kecil daripada sebatang jarum. Inilah persoalan amanah. Dan setiap kita akan dipersoalkan amanah ini dihadapan Allah swt. Kita mungkin menganggap ini semuan enteng tetapi tidak disisi Allah Swt. Dunia ini sebagai tempat ujian. Disinilah allah menyaring manusia siapakah mereka yang amanah dan siapakah yang khianat.

Sebagai rakyat Terengganu kita pun nak tahu. Apadah jadi dengan pelantikan seorang pemandu ambulan sebagai pengarah sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dulu. Termasuklah dua guru sekolah rendah sebagai pengarah sebuah anak syarikat dan hospital specialist milik kerajaan negeri di Kuantan, Pahang. Siapa lagi jawatan tertinggi dalam GLC yang terdiri dari pengurus-pengurus dan anggota lembaga pengarah bagi 18 syarikat-syarikat anak, 10 syarikat bersekutu dan 5 syarikat pelaburan dalam Terengganu Incoporated (TI)?

Read More !

Mother's Day. Hari Dewa Rhea !

| | 6 comments

Sememangnya kini kita berada dalam jaringan lubang dhab yang dalam dan berserabut hasil peninggalan penjajah Barat dan kesan weternisasi. Seolah-olah perkembangan pola pikir kita berlandskapkan permasalahan yang sama yang dideritai oleh barat. Akibatnya kita menelan segala pil yang dicipta barat bagi menyelesaikan segala permasalahan mereka. Seumpama orang yang berpenyakit yang terpaksa menelan pelbagai jenis pil yang ditetapkan doktor untuk penyembuhan tetapi si anak yang diterangkan transkripsi ubat oleh sang doktor untuk diberi kepada ibunya yang sakit turut menelan ubat yang sama. Beliau tidak menghadapi penyakit tersebut tetapi kerana terpesona dengan penerangan dan penjelasan atau kagum dengan si doktor. Betapa bodohnya dia.

Inilah yang dihadapi oleh umat Islam khususnya para pemerintah mereka. Seolah-olah terkapai-kapai tanpa sumber dan panduan. Mereka menelan semua pil barat untuk menghadapi penyakit-penyakit yang melanda Barat sedangkan segala virus dan punca penyakit tersebut juga mereka bawa dan datangkan dari barat. Sebenarnya mereka bercelaru dari segi welstanchaungnya (world view). Inilah juga yang menimpa kepada rakyat dan umat Islam.

Di barat, institusi keluarga menjadi hancur lebur. Kebanyakan mereka lebih memilih untuk bersekedudukan daripada mengamalkan institusi kekeluargaan. Lebih 50% bahkan sesetengah negara barat mencecah 2/3 rakyat mereka adalah lahir daripada anak luar nikah. Apabila mereka berusia 18 tahun, mereka bebas tanpa ikatan daripada keluarga mereka. Dasar materialisme dan individualistik amat mencengkam masyarakat mereka. Masing-masing mementingkan diri sendiri. Negaralah yang menguruskan anak-anak dan ibu-bapa yang bermasalah dan golongan tua. Krisis nilai dan akhlak jatuh melebihi tahap binatang. Hubungan kekeluargaan amat rapuh. Seolah tiada ikatan anatara anak serta ibu-bapa, antara isteri dan suami. Apatah lagi jiran tetangga maupun adik beradik, ipar duai. Kamu.. kamu, aku.. aku.

Sebab itulah mereka memperkenalkan pelbagai jenis hari. Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Pekerja, Hari Guru, Hari Jururawat… dan seribu jenis hari perayaan dan pelabagai cuti demi mengingatkan dan menghargai pelbagai golongan tersebut. Ini berlaku kerana krisis akhlak dan nilai moral yang sudah hilang. Tiada lagi ingatan, penghormatan, penghargaan yang diamalkan secara normal bahkan memerlukan ingatan secara paksaan. Dalam masa yang sama mereka juga mempunyai agenda dalam meng’kudus’kan icon-icon tertentu untuk memperkukuhkan kehendak dan perancangan agama dan kehendak pemerintah mereka. Apatah lagi agenda Yahudi-Nasara ini yang cuba untuk menglobalkan pemakaian cara hidup mereka atas dunia ini khususnya dunia Islam.

Dunia Islam sepatutnya tidak menghadapi isu korup aqidah dan akhlak yang amat menjijikkan ini. Bukan sekadar kita diikat dengan syaraiat dan akhlak Islam tetapi juga batas budaya dan kesopanan bangsa. Tetapi kini ia mula mencair akibat dunia kita diletakkan dalam parit dan saluran barat, yang mau tak mau, seluruh rakyat menuruti kehendak massa yang terdorong mengikuti life-stail barat yang penghujungnya adalah septik-tank yang penuh dengan tahik-tahik barat.

Dalam Islam isu-isu kekeluargaan, hak-hak sepatutnya tidak berbangkit. Tidak memerlukan HAM (Hak Asasi Manusia-PBB) untuk ditegak dan dipraktikkan. Islam yang dibawa oleh Rasulullah Saw mengatasi tarikh dan kewujudan PBB itu sendiri. Apa yang dibawa oleh Baginda bersesuaian dengan fitrah kejadian manusia itu sendiri apatah ianya diturunkan oleh Pencipta manusia dan Pemilik dunia dan cakrawala ini.

Sepatutnya tidak perlu satu hari khusus untuk Ibu dan satu hari khusus untuk Bapa. Di Barat mungkin ya. Tetapi tidak untuk umat Islam apatah lagi dia seorang mukmin. Setiap hari bagi si mukmin adalah hari ibu dan hari bapa. Sebab selagi mana ia tidak syirik kepada Allah selagi itulah dia mengikatkan ikatan syahadahnya itu untuk berbuat baik terhadap ibu-bapanya sendiri. Ini difirmankan Allah:

أَلَّا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا
Jangan sesekali kamu syirik kepada Allah dan kepada dua ibu-bapa kamu hendaklah berbuat baik

Ada 4 tempat didalam al-Quran yang menggabungkan ayat tauhid dan taat ibu-bapa ini. Dan pastinya seorang mukmin tidak berlaku akhlak buruk yang melupakan ibu-bapa ini kecuali dia adalah muslim saduran.

Kalau Barat sendiri Hari Ibu mesti datang dari asal-usul dan punca kepercayaan mereka sendiri. Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac. Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati Dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari tersebut.

Peringatan Mother’s Day di sebagian negara Eropah mendapat pengaruh dari kebiasaan memuja Dewi Rhea, istri Dewa Kronus, dan ibu para dewa dalam sejarah Yunani kuno. Maka, di negara-negara tersebut, peringatan Mother’s Day jatuh pada bulan Mac. Di Amerika Syarikat dan lebih dari 75 negara lain, seperti Australia, Kanada, Jerman, Itali, Jepun, Belanda, Singapura, Taiwan, Hongkong termasuk Malaysia peringatan Mother’s Day jatuh pada hari Minggu kedua bulan Mei kerana pada tarikh itu pada tahun 1870 aktivis sosial Julia Ward Howe mencanangkan pentingnya perempuan bersatu melawan perang saudara. Dan kini, masing-masing cuba menjadikan hari ibu sebagai hari memperingati tokoh-tokoh negara mereka. Malah di China, sesetengah rakyat China sedang mula memupuk Hari ibu sebagai memperingati Meng Mu, ibu kepada Mencius.

Dalam Islam, pengajaran yang menukilkan tentang si ibu ini diungkapkan dalam al-Quran yang telah diturunkan kepada Rasulullah Saw semenjak 14 abad yang lalu dan berjaya mewujudkan satu tahap manusia yang memberi pengiktirafan yang tinggi terhadap ibu-ibu mereka. Apatah lagi isu kewanitaan telah diangkat martabat mereka semenjak kedatangan Islam setelah sekian lama wanita menjadi status hamba kepada kaum lelaki, sebagai kilang untuk melahirkan anak-anak mereka maupun sebagai sembahan kepada tuhan-tuhan yang anggapan mereka adalah lelaki yang memerlukan wanita-wanita. Sehingga ke hari ini tahap wanita masih lagi sebagai ikon seks mereka dan sebagai agen pengiklanan untuk mempromosi barangan yang diletakkan nilai dan harta seumpama barangan semata. Ianya masih lagi pemilikan kepada individu tetapi dalam bungkusan envelope moden.

Dalam Islam bebanan Ibu-bapa amat berat sehingga ibu-bapa mereka ini sebagai tanggung-jawab taklif terhadap mukmin keatas setiap batang tengkok si anak itu sendiri sehingga dosa penderhakaan itu hampir mencapai tahap syirik kepada Allah sebagaimana firman Allah Swt dalam surah al-Isra’ : 23

وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

Mengikut pandangan ulama, sudah cukup dikira derhaka jika dalam sehari ia tidak mendoakan kesejahteraan buat ibu-bapanya. Selayaknya seorang mukmin sentiasa mendoakan mereka setiap kali selepas sembahyang dengan doa yang ma'thur yang diajar oleh Rasulullah Saw. Itulah sebai-baik 'wish' dan ucapan buat ibu maupun bapa. Dengan apa yang diajar dan diucapkan oleh lidah yang mulia, iaitu Rasulullah Saw. Setiap hari 5 kali sehari semalam. Bukannya setahun sekali. Setiap kali bertemu dikucupnya tangan mereka maupun selepas tiap kali ada peluang. Bukannya tunggu hariraya sekali setahun. Sentiasalah berbuat baik kepada mereka dengan adab dan akhlak Islam. Tidak cukup sekadar sekeping kad dan setangkai bunga.

Rasulullah Saw bersabda:

قَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْعَمَلِ أَفْضَلُ قَالَ الصَّلَاةُ عَلَى مِيقَاتِهَا قُلْتُ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ ثُمَّ بِرُّ الْوَالِدَيْنِ قُلْتُ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
Berkata Abdullah bin Mas’ud r.a: Aku bertanyakan rasulullah Saw. “ Ya Rasulullah. Apakah amalan yang afdhal? Sabda Baginda: “Sembahyang ketika waktunya”. Kemudian apa lagi. Jawab Baginda: “Berbuat baik kepada ibu-bapa”. Aku bertanya lagi, kemudia apa? Jawab Baginda: Jihad sabilillah. Riwayat Bukhari.

Tuntutan dalam memenuhi keperluan si ibu dilebihkan oleh Islam berbanding si ayah. Faktor kelemahan fizikal, usia dan betapa perlunya ia menerima kasih-sayang dan bantuan, apatah lagi di usia emas mereka. Sehingga Rasulullah Saw mensabdakan beberapa potong hadis. Antaranya:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ أَحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ صَحَابَتِي قَالَ أُمُّكَ قَالَ ثُمَّ مَنْ قَالَ ثُمَّ أُمُّكَ قَالَ ثُمَّ مَنْ قَالَ ثُمَّ أُمُّكَ قَالَ ثُمَّ مَنْ قَالَ ثُمَّ أَبُوكَ
Daripada Abu Hurayrah r.a berkata: Telah datang seorang lelaki dan bertanya. Ya Rasulullah siapakah orang yang lebih berhak untuk aku santuninya dengan terbaik? Rasulullah bersabda : ibu kamu, kemudian siapa? Sabda Baginda : ibu kamu, kemudian siapa? Bersabda Rasulullah : ibu kamu, kemudian siapa? Ayah kamu. Riwayat Bukhari

Ianya dikuatkan dengan firman Allah dalam surah Luqman ayat: 14

وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah juga tempat kembali (untuk menerima balasan).

Hadis riwayat ibn Majah pula menyebut tentang seorang lelaki yang acapkali bertanyakan soalan untuk keluar berjihad tetapi disuruh oleh baginda menjaga ibunya itu lebih afdhal.

عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ جَاهِمَةَ السُّلَمِيِّ قَالَ : أَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي كُنْتُ أَرَدْتُ الْجِهَادَ مَعَكَ أَبْتَغِي بِذَلِكَ وَجْهَ اللَّهِ وَالدَّارَ الْآخِرَةَ قَالَ وَيْحَكَ أَحَيَّةٌ أُمُّكَ قُلْتُ نَعَمْ قَالَ ارْجِعْ فَبَرَّهَا

Daripada Muawiyyah bin Jahimah al-Sulami berkata: Aku mendatangi Rasulullah Saw dan berkata: Ya Rasulullah. Aku ingin keluar berjihad bersama kamu untuk mencari keredhaan Allah dan Hari Akhirat. Sabda Baginda: Adakah ibu kamu masih hidup?. Jawabku: Ya. Sabda Baginda: Pulanglah dan jagalah ibumu sebai-baiknya.

Kita juga tahu akibat daripada tingkah laku sebaliknya. Bagaimana fitnah yang dihadapi oleh Juraij akibat tidak menyahut panggilan ibunya ketiaka beliau melakukan solat-solat sunatnya. Apa yang ditimpakan terhadap Alaqamah yang tidak mampu mengucap dua kalimah syahadah ketika hampir matinya akibat ia mendahulukan isteri daripada ibunya. Kecualilah jika ibunya mendorong dan menyuruh kepada kekufuran atau kemaksiatan. Apabila bertembung taat makhluk dengan Allah ketahuilah bahawa ketaatan kepada Allah dan Rasul itu adalah mutlak. Seperti apa yang diriwayatkan dalam Hadis Muslim kisah Saad bersama ibunya yang mengadu kepada Rasulullah Saw yang cuba memaksanya meninggalkan Islam dan meninggalkan Rasulullah Saw. Ia mengugut untuk tidak makan dan minum sehingga mati kecuali jika Saad murtad. Allah Swt menurunkan firmanNYa:

وَإِنْ جَاهَدَاكَ عَلَى أَنْ تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, Maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, Kemudian Hanya kepada-Kulah kembalimu, Maka Kuberitakan kepadamu apa yang Telah kamu kerjakan. Surah Luqman: 15

Berdasarkan diatas, jika mereka seorang yang benar-benar beriman, nescaya tidak berlakunya kelompangan akhlak terhadap ibu-bapanya. Tidaklah ia menjadi masyarakat kurang ajar terhadap mereka yang melahirkannya kecualilah ibu-bapa mereka itu juga buruk akhlak dengan tuhannya atau buruk akhlak dengan datuk dan nenek mereka. Nescaya kemana ditumpahkan kuah kalau tidak ke nasi. Di harapkan tidak lagi terjadi kecelaruan umat Islam yang teraba-raba seperti sibuta kehilangan tongkat. Ikut tercapai dek tangan meskipun kayu berduri dan berbisa. Ingatlah kita ada al-Quran serta Hadis sebagai rujukan. Cukuplah Islam sebagai ubat dan penawar kepada ummah. Selagi tak kembali kepada panduan suci itu, selagi itulah umat Islam tidak lepas daripada penyakit serta virus yang diciptakan itu.

Habis bagaimana dengan sambutan ‘Hari Ibu’ yang disambut kini. Setengah ulama seperti Syaikh Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin ada yang membid’ahkan sambutan tersebut kerana setiap hari raya yang bertentangan dengan hari raya yang disyariatkan adalah bid'ah dan tidak dikenal pada masa salafushalih. Apatah lagi pencetusnya bukan kaum muslimin, sehingga di dalamnya ada bid'ah menyerupai musuh-musuh Allah. Hari raya-hari raya yang disyariatkan sangat dikenal oleh pemeluk Islam, yaitu Idul Fitri dan Idul Adha, serta Idul Usbu' (hari Jum'at). Dalam Islam tidak ada hari raya lain selain tiga hari raya tersebut, maka setiap hari raya yang diadakan di luar tiga hari raya itu ditolak, bid'ah dan batil menurut syariat Allah, karena Nabi Sawbersabda:

مَنْ عَمِلَ عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ
"Barang siapa yang mengadakan sesuatu amalan baru dalam urusan (ibadah) kami yang bukan daripadanya (Nabi) maka ia tertolak." (HR Muttafaqun alaihi).

Memandangkan masyarakat hari ini yang terjebak jauh dalam pengamalan-pengamalan Yahudi dan Nasara, yang bukan sekadar sejengkal bahkan sudah berada dalam lubang biawak mereka. Di harapkan umat Islam mengambil pelbagai pendekatan untuk memberi penjelasan serta mengislamisaikan pengamalan hari ini agar selari dengan tuntutan Islam. Gunakan majlis serta atur-cara yang ada untuk berdakwah serta menyampaikan konsep dan pandangan Islam agar mereka dapat membezakan antara susur galur Islam dan lainnya.

Kita perlu menjelaskan kembali status ibu dalam al-Quran. Peranan mereka dalam melahirkan generasi spesisi manusia ini. Hatta melahirkan para nabi, sahabat dan ulama. Bermula dengan Ibu manusia iaitu Hawa maupun Ibu Nabi Musa a.s, Maryam sebagai ibu Nabi Isa, Isteri Imran, Hajar dan Sarah, maupun Aminah, ibu Rasulullah dan isteri-isteri Rasulullah Saw. Para sohabiah yang berjuang bersama baginda. Bukan sekadar kisah tetapi tautan aqidah, syariah serta akhlak dan siri-siri perjuangan mereka dalam menegakkan Islam. Silih-gantikan dengan coretan dan kisah ibu-ibu dan wanita derhaka sebagai iktibar dan pengajaran seperti isteri nabi Noh, Isteri nabi Lut maupun isteri Abu lahab. Hidup mereka yang sentiasa merintangi syariah dan perjuangan Islam bahkan yang berada di barisan hadapan sebagai penentang kebenaran dan penegak kejahatan.

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ
Para mukmin lelaki dan mukminah perempuan sebagai pemimpin antara mereka

Mereka adalah kepimpinan yang sentiasa bahu membahu sesama mukmin untuk berkerja dan berjihad dijalan Allah. Bekerja untuk berdakwah kepada masyarakat agar kembali kepada Islam yang syumul yang telah lengkap segala-galanya dan tak terkurang walau satupun. Bukan ianya sekadar teori tetapi realiti dan praktikal dan telah terbukti kehebatannya semenjak 14 abad yang lalu.

Read More !

UMNO: Hukum Agama macam Jamban Tahik.

| | 0 comments



KUALA LUMPUR- Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa."Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan memandangkan kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.-Bernama

Nampaknya pemimpin UMNO-BN mengkiaskan judi sama seperti berak. Kalau tidak dibuat jamban, nescaya mereka akan berak merata-rata. Baik kita buatkan jamban supaya mereka berak setempat. Mudah IWK nak urus, bisness pun jalan, Tahik dia pun boleh buat baja kompos. Inilah pola pikir pemimpin UMNO-BN. Mereka berdasarkan logik berbanding hukum syara’.

Sebab itulah pemimpin dan kerajaan ini memikul kerja nubuwwah. Sebagai galang-ganti kepada nabi untuk menjaga agama dan memerintah dunia berdasarkan agama. Itu baru betu. Tetapi apabila pemikiran dan anutan UMNO itu sendiri sekular. Nescaya tiada hukum syara’ yang menjadi pertimbangan. Mereka tidak menggunakan al-Quran, Hadis, ijma’ Ulama maupun Qias yang muktabar. Apatah lagi kalau mereka sendiri tidak mengetahui bahawa judi itu haram. Bagi mereka UMNO itu sendiri membesar dengan judi. Ulama keluar daripada UMNO kerana isu judi dan loteri. UMNO dipertahan dan berdiri tegak pun banyak dari sumber judi. Mempertahankan kekuasaan UMNO-BN pun bergantung kepada tokey judi. Pembangunan negara pun terikat kepada tokey judi. Orang-orang kaya dan billionair di Malaysia pun adalah tokey judi. Pemimpin UMNO jual negara pun kebanyakannya kepada tokey judi. Sebab itu UMNO dan sedarah sedaging dengan Judi ni.

Jadi, satu keajaiban kalau UMNO menentang judi. Negeri yang terkecuali dari premis judi hanya Terengganu dan Kelantan. Terengganu tu pun malu alah selepas diharamkan oleh PAS semasa 1999 dulu. Kalau nak harapkan UMNO tunggi biawak bertanduklah jawabnya.

Ketika pertemuan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dengan pimpinan agama di Malaysia. Semua menyebut judi itu haram menurut agama mereka kecuali arak. Tetapi bagi UMNO tetap menghalalkan. Apa jenis ke agama UMNO ni? Ketika orang cina di Sarawak sendiri menentang apabila diluluskan judi ke Sarawak tetapi Najib tetap meluluskan.

Mufti mana yang membenarkan. Harap Harusani boleh beri fatwa. Harap MAIS dan JAIS boleh beri pandangan. Apa pula mereka tafsirkan ayat al-Qarun mengenai judi ini?

Sedangkan Allah sendiri memaklumkan dalam al-Quran :-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ . إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ.

Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu). (Surah al-Maidah : 90-91)

Semoga kita dijauhkan daripada syaitan dan pengikut-pengikut syaitan ini. Syaitan Jin dan yaitan manusia.

Read More !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...