Kerana Interlok Muhyidin jadi selok

| | 0 comments

Nampaknya isu Interlok berpanjangan. Kini ia membangkitkan kemarahan NGO cina pula yang bergabung dengan India. Dalam sidang media di pejabat Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di Kuala Lumpur tengah hari tadi, Cheng selaku Presidennya mendakwa beliau dan beberapa wakil NGO yang hadir sama mewakili 45 lagi pertubuhan Cina dan India di seluruh negara.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif KLSCAH Tang Ah Chai, Presiden Yayasan Tamil K Uthayasoorian, Presiden Persatuan Progresif India Malaysia AP Raja Retinam dan Presiden Persatuan Pelajar India Malaysia Kishur Goonasaran yang juga anggota Pasukan Bertindak Interlok Nasional (NIAT).

Cheng juga mendakwa novel itu hampir sama dengan program Biro Tata Negara yang didakwa sebagai "pembasuhan minda" dan mempromosi perkauman dan perpecahan. Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan menggugurkan buku tersebut sebagai teks sastera untuk sekolah menengah, bukan dipinda atau ditapis mana-mana bahagian.

Sebelum ini Muhyidin telah menubuhkan jawatankuasa panel bebas untuk mengkaji Interlok. Didapati terlalu banyak kesalahan bahasa dan fakta di dalam Interlok edisi murid sahaja lebih daripada 80. Episod kontroversi berkaitan Interlok edisi murid menyaksikan sejumlah 106 pindaan melibatkan kesalahan bahasa dan fakta dilakukan. Kesalahan bahasa dan fakta sahaja berjumlah 84.

Bagaimana Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) boleh terlepas pandang begitu banyak kesalahan?
Ia menimbulkan persoalan, sejauh mana penglibatan DBP di dalam memastikan taraf Bahasa Malaysia di kalangan anak muda. Persoalan ini ditujukan kepada DBP kerana ia merupakan penerbit Interlok edisi murid yang menjadi buah mulut orang ramai sejak penghujung tahun lalu.

Adakah DBP sudah kelesuan dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan di negara ini? Selain itu DBP juga boleh dipersalahkan di atas kegagalan sebilangan rakyat yang tidak dapat berbahasa Malaysia. Manakan tidak, hanya dua negara di dunia mempunyai agensi khas untuk memartabatkan bahasa masing-masing. Selain daripada Malaysia, Perancis juga mempunyai agensi bahasa Perancis yang menyebarkan bahasa Perancis ke seluruh dunia. Namun jika dibandingkan dengan DBP, agensi bahasa negara kita sememangnya lesu.

Isu ini nampaknya menyebabkan Muhyidin menjadi ‘selok’ (sesak nafas) belum lagi selok kera. Nescaya terngangalah jawabnya. Setakat mana Muhyidin boleh bertahan sebagai hero melayu. Nak pinda novel tu… nampaknya dah menjadi hancur lebur. Sudah tak menjadi novel lagi. Dah jadi bubur. Kalau perkataan “paria” digugurkan dan 106 pindaan lagi dibuat. Apa lagi yang tinggal dengan novel sastera itu. Cara paling mudah bagi pemerintah UMNO-BN yang kian lemah adalah dengan menarik balik Interlok darpada menjadi teks sekolah kementrian. Selepas Hisyamudin terpaksa beralah dengan isu ‘Bible Melayu’nya dan kini sebelum pilihanraya Sarawak ni nampaknya Interlok dengan isu perkauman ini akan mengikuti episode bible melayu juga.

Nampaknya usaha UMNO untuk menanam semangat assobiyah dan agenda perkauman kebangsaan kepada setiap generasi muda menjadi serba tak kena. Kalau cengkaman semangat nasionalisme ini gagal diterapkan dibimbangi generasi akan datang tidak akan bersama dengan UMNO lagi. Kita dapat saksikan perjuangan kebangsaan UMNO dan makin pendek nyawanya. Nak harapkan siapa lagi. Nak harapkan PERKASA Nampak, kapal mereka dah berkocak. Ketua Wira dan wanitanya dah letak jawatan. Masuk IJN pulak pak brahim ali kalau macam ni… Mana Ketua Pemuda UMNO… senyap je!!!

Read More !

Penasihat agama MB cap Kangkung dituntut letak jawatan

| | 0 comments

Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu: Satu taklimat kepada pelajar yang akan kembali ke Mesir telah diadakan baru-baru ini di dewan wisma Darul Iman khusus untuk pelajar pengajian Islam di Mesir. Majlis taklimat yang bermula jam 10.00 pagi itu sebenarnya hanya helah kerajaan UMNO-BN. Apa yang berlaku apabila gerombolan pimpinan UMNO menggunakan majlis tersebut untuk berkempen parti UMNO-BN serta menghina perjuangan yang dibawa oleh PAS. Mereka memperalatkan bangunan kerajaan dan wang pembayar cukai demi politik sempit UMNO.

Dalam majlis yang sama Kamarudin Omar, selaku penasihat agama MB Terengganu turut memberi ucapan. Perkataan menghina bahkan dengan perbuatan seolah meludah yang dilakukan beliau ketika berucap menggambarkan betapa bencinya para pelajar yang dituduh menyokong perjuangan PAS atau dikalangan pelajar yang hadir itu dari kalangan anak-anak orang Pas. Mereka dianggap golongan yang tidak berterimakasih kerana menyokong PAS meskipun mendapat bantuan dari pihak kerajaan.

Penulis dimaklumkan bahawa para pelajar merasa tertipu kerana bukannya majlis taklimat tetapi majlis berkempen UMNO. “ Entah! Ustaz kangkung mana entah! Bercakap macam orang bodoh!! Diaorang ingat kita ni pelajar tadika ke? Ustaz tu sendiri makan gaji kerajaan. Hak rakyat. Bukan hak parti. Hak kerajaan maknanya hak rakyat. Dan kami juga rakyat yang sepatutnya mereka berkhidmat. Sepatutnya penasihat agama yang salah seperti ini perlu letak jawatan.”

Ini sudah kali ketiga diadakan majlis sebegini. Diawal ketika pulang dilapangan terbang, kami telah dibawa ke kediaman rasmi MB. Kali kedua di Wisma ini… dan ini kali ketiga. Sebab itu para pelajar meninggalkan majlis selepas tengahari beramai-ramai. Yang tinggal adalah dekat 30 orang pada sessi petang untuk taklimat. Program nak brainwash kepala kami seperti ini, bukan menambahkan pelajar lebih hampir kepada parti memerintah.. bahkan pelajar merasa ditipu dan menambahkan lagi kemarahan mereka.” Tambah mereka ketika penulis bertanya khabar tentang majlis tersebut.

Golongan lantikan politik seperti ini, tali-hayat mereka bergantung kepada kerajaan UMNO. Jika UMNO tumbang dalam pilihanraya akan datang… selamat jalan le jawabnya. Itu pasal kuat sangat berkempen. Tetapi biarlah jaga adab sopan khususnya dihadapan pelajar university al-Azhar yang dikalangan terpelajar. Tidak munasabah dengan agenda “merakyatkan pembangunan” & “Rakyat didahulukan” apabila mereka dicerca dan dihina sedemikian. Bukankah membantu rakyat apatah lagi pelajar dinegeri ini merupakan tanggungjawab kerajaan sebagai pemenang amanah yang dipilih oleh rakyat tanpa mengira latar belakang maupun pilihan politik mereka tau ibu-bapa mereka. Kalaulah UMNO dah rasa letih membantu dan menolong rakyat... letak aje jawatan dan jangan jadi pemimpin. Jangan jadi kerajaan.

Bukankah negara kita ini mengamalkan demokrasi yang menjadi pegangan suci UMNO-BN. Kebebasan bersuara dan berpolitik merupakan hak yang dijamin oleh kerajaan. Kalau nak suruh semua rakyat sokong UMNO sahaja, tukarlah Malaysia ini menjadi Negara seperti komunis. Mengguna dasar satu parti sahaja. Kan senang, biar UMNO aje memerintah sampai kiamat dan takle perlu diadakan pilihanraya?

Diharapkan mereka yang memakan gaji dengan hasil rakyat ini sedar diri tu, siapa mereka. Jalankan amanah sebaik mungkin. Begitu juga para pegawai agama maupun pihak Majlis Agama yang menguruskan zakat sebagai amanah Allah Swt. Sepatutnya galakkan mereka untuk berjihad di jalan Allah dan menegakkan Islam diatas mukabumi ini. Kalau nak berpolitik kepartian… nak berkempen untuk UMNO. Letak jawatan aje dan masuk pilihanraya. Senang cerita!

Read More !

Ada Apa disebalik Gereja Katolik Jesuit ?

| | 0 comments

Selagi ada syaitan dan iblis, selagi itu manusia akan sentiasa dicuba dan diselewengkan dari kebenaran. Mereka yang selamat adalah mereka yang berpegang dengan petunjuk Si Pencipta iaitu Allah Swt sahaja. Kerana itulah diutuskan para nabi dan diturunkan Kitab dan al-Quran. Ia bukan hanya selari dengan kehendak Allah bahkan sesuai dengan fitrah kejadian manusia itu sendiri.

Apabila manusia itu memilih selainnya, maka terselewenglah manusia itu dan terjebaklah dalam perangkap syaitan serta menjadi hamba kepada hawa nafsu itu sendiri. Apatah lagi apabila ada campurtangan manusia dalam merekayasa Kitab Tuhan serta mengharamkan apa yang dihalal Tuhan atau menghalalkan apa yang dihalalNya. Punah ranahlah kehidupan manusia dan bertambahlah kesesatan.

Lihatlah apa yang berlaku disebalik gereja-gereja katolik di Amerika Syarikat bahkan di Eropah maupun seluruh dunia. Mereka menegah paderi-paderi dari berkahwin sedangkan ianya berlawan dengan fitrah kemanusiaan itu sendiri.

Hari ini walaupun mereka terpaksa menanggung aib serta menimbulkan krisis keyakinan dunia terhadap gereja mereka, hakikatnya mereka terpaksa mengaku bahawa wujudnya jenayah seksual yang besar disebalik gereja dan sekolah missionary mereka.

Paderi AS bayar ganti rugi 166 juta dollar

Pater Jenderal Adolfo Nicolas, pemimpin tertinggi ke-30 dari Society of Jesus di Amerika Syarikat mengumumkan sebagai mewakili sekelompok Paderi Katolik AS akhirnya bersetuju membayar ganti rugi sebanyak USD166 juta kepada ratusan warga Amerika yang dicabuli oleh para paderi di sekolah-sekolah naungannya. Bekas pelajar di sekolah-sekolah Jesuit di lima negara bagian sebelah barat-daya AS mengatakan mereka dicabuli dari tahun 1940an hingga 1990an.

Berdasarkan penyelesaian ini, Society of Jesus Wilayah Oregon, juga akan meminta maaf kepada para mangsa. Kelompok paderi itu mengatakan pembayaran ganti rugi itu akan menyebabkan mereka bangkrap.

"Ini merupakan hari untuk renungan dan keadilan," ujar Clarita Vargas kepada pihak media. Dia mengatakan, dia dan dua biarawati dicabuli oleh seorang pastor di sekolah yang dikelola Jesuit untuk anak-anak warga Amerika di Washington. "Semangat saya terluka, dan ganti rugi ini membuat perasaan menjadi lebih baik."

Negeri itu menjalankan sekolah-sekolah di wilayah Alaska, Idaho, Montana, Oregon dan Washington. Sebagian besar mangsa adalah dari kalangan penduduk tempatan atau penduduk asli di Amerika Utara. Banyak tuduhan pencabulan terjadi di asrama-asrama dan di desa-desa terpencil. Ordo gereja Katolik itu dikatakan telah membuang para paderi yang bermasalah ke tempat-tempat pencabulan itu terjadi.

"Berapa pun jumlah wang tidak mampu mengembalikan masa kecil kami yang hilang, Suasana yang telah rosak dan keyakinan yang menghancurkan," kata jurucakap Blaine Tamaki, yang mewakili sekitar 90 mangsa dalam kes ini. Ganti rugi ini merupakan salah satu yang terbesar hingga saat ini dalam serangkaian skandal pencabulan yang melibatkan gereja-gereja Katolik.

Isu skandal seks disebalik gereja katolik ini sudah lama kedengaran. Sudah pasti manusia itu ada naluri serta keinginan nafsunya sendiri. Cuma agama mengajar supaya disalurkan mengikut jalan-jalannya yang sebenar. Jika semua pitu ditutup, akibatnya akan pecahlah nafsu yang membuak itu dan terjadilah jenayah seperti ini. Bagaimana para paderi yang mengampunkan dosa orang-ramai boleh melakukan dosa? Bagaimana orang suci yang dipercayai merosakkan masa depan anak-didik mereka dan menimbulkan trauma yang panjang. Inilah akibatnya akhirnya masyarakat mereka akhirnya meninggalkan agama dan memilih sekularisme atau menjadi atheis. Di kalangan pengikut pula, pada zahir mereka mempunyai satu isteri tetapi kehidupan mereka sebenarnya seks bebas sudah menjadi perkara normal dalam masyarakat mereka

Ini juga yang berlaku di Thailand sehingga adanya persidangan para monk dan sami-sami yang akhirnya mengambil keputusan memberi izin berkahwin demi meneruskan kelangsungan agama mereka.

Nampaknya Islam akan terus melangkah hebat dibumi AS dan Eropah sebagai penyelesai fitrah manusia dan pengisi lompang kokosongan jiwa yang kering-kontang daripada nilai insan dan sebagai penyelamat ummah dunia akhir zaman.

Read More !

Kubur raksasa di Jepun?

| | 0 comments


Setelah tsunami melanda bumi Jepun, bukan hanya mayat manusia yang dikebumikan tetapi banyak peralatan dan kenderaan dikumpulkan untuk dilupus atau menanti tuannya. Ia dikumpulkan setempat seolah menjadi kuburan raksasa bagi kereta-kereta yang hanyut dibawa arus bak kotak-kotak mancis diterusan.

Cuba-cubalah tunggu di tepi pantai Terengganu tu... kot-kot ada sebijik dua mayat yang hanyut dari Miyako... terdampar kat tepi pantai. Takleh pakai pun boleh wat spare-part!!!

Miyako, Jepun: Kerusakan akibat tsunami di Jepun dua minggu lalu telah terwujudnya perkuburan kenderaan yang terbesar yang hancur akibat bencana itu. Kereta yang hancur dan rosak oleh ledakan air bah di pantai timur laut Jepun telah diangkut dengan jentera berat dan dihimpun ke kawasan lapang. Ianya disusun rapi dan lengkap dengan plat nombornya agar mudah di lihat oleh pemiliknya.

Banyak dari kendaraan tersebut ditandai dengan cat yang dispray untuk menunjukkan bahwa masih ada mayat yang harus dikeluarkan dari dalamnya.

" Saya parking dekat pejabat dan melihat tsunami datang menerusi pintu tingkap. Setelah air surut, kereta saya lenyap," kata Motohiro Yamazaki, yang sedang mencari kereta Suzukinya di antara ratusan kereta yang rosak di himpun di perkuburan raksasa kendaraan di kota Miyako.

Petugas bekerja secara perlahan-lahan membuka jalan dengan buldozer dan meratakan kawasan setelah pihak bomba memeriksa dan memastikan tidak ada mayat terkubur di runtuhan.

Bandar Sendai menggunakan kawasan taman dan padang besbol sebagai tempat pembuangan alat-alat elektronik yang dikeluarkan dari kawasan runtuhan. Orang-ramai datang berpusu-pusu ke padang tempat perkuburan kendaraan di kota Miyako. Mereka mencabut plat nomor dan mengambil surat-surat berkaitan kendaraan mereka untuk mengurus insuran dan melaporkan ke pemerintah bahwa kendaraan mereka rosak secara total.

Dua minggu setelah tsunami, elektrik sudah mula berfungsi di sebagian besar wilayah yang letaknya lebih tinggi dari kawasan bencana. Saluran telefon selular mulai dipakai semula dan barang keperluan harian mulai tersedia di kedai. Namun, Yamazaki belum menemui kembali Suzuki miliknya. "Mungkin ada di lautan Pasifik," katanya.

Read More !

Unity Goverment (UG) nak dimulakan?

| | 0 comments

Apabila sudah lama berkuasa dan menjadi tali baru penjajah, amat sukar untuk menerima perjuangan kebebasan atas nama Islam. Ini berlaku dikebanyakan negara-negara Islam. Kebanyakan pimpinan yang berkuasa hari ini, adalah anak didik penjajah yang sudah dimenjakan dengan kuasa dan kemewahan. Amat sukar untuk menempah perjuangan demi memartabatkan kembali Islam... kecuali kalau kuasa mereka sudah dihujung tanduk..

Masa itu mereka lebih Islam dari pejuang Islam. Masa itulah terdengar istilah jihad, syahid keluar dari mulut mereka. Mengharapkan rakyat mempertahankan mereka ditampuk kerusi empuk mereka?

RAMALLAH - Presiden Palestine Mahmoud Abbas mengatakan perpecahan politik dalaman antara wilayah Palestine merupakan penghalang bagi perdamaian dengan Israel.

"Tidak akan ada perdamaian tanpa memenuhi aspirasi rakyat kami untuk mengakhiri perpecahan," kata Abbas dalam pertemuan singkat dengan pengurusan pejabat Hamas, yang merupakan lawatan dari partai Fatah, di kota Ramallah, Tepi Barat.

Perpecahan tersebut meluas pada Jun 2007, ketika pihak Hamas menyerbu pasukan pemerintah pro Fatah dan mengambil alih Jalur Gaza. Sejak itu pemerintah Palestine pimpinan Abbas hanya terbatas untuk wilayah Tebing Barat sahaja.

Abbas berbincang visi terbarunya untuk mengakhiri perpecahan itu dengan beberapa pegawai pejabat Hamas. Ianya dilakukan dengan kunjungan ke Gaza dalam rangka untuk membentuk pemerintah yang akan menyiapkan pemilihan umum dalam tempoh waktu enam bulan, menurut pejabat berita rasmi Palestina Wafa.

Abbas juga mendesak Hamas agar memulihkan ketenteraman di Gaza, menyusul seminggu kekerasan dan pertembungan tentera dengan pihak Israel yang menewaskan enam warga awam Palestine dan empat askar.

Aziz Al-Dewaik, seorang pemimpin Hamas yang menghadiri pertemuan tersebut, menggambarkan langkah itu sebagai sesuatu yang positif . Ia berjanji akan mengambil langkah positif kearah mencapai peryatuan dimasa mendatang. Pada 15 Mac lalu, Ismail Haneya, pemimpin pemerintahan Hamas, mengundang Abbas untuk berdialog di Gaza. Abbas, yang secara tidak terduga menerima undangan tersebut, mengatakan ia dapat pergi ke Gaza untuk mengumumkan format pemerintahan gabungan yang akan menyiapkan pelaksanaan pemilihan umum.

Haneya dan Abbas menjawab tekanan umum yang menginginkan reformasi. Namun, Fatah melihat Hamas tidak serius dalam mengundang Abbas ke Gaza.

Perkembangan ini nampaknya memberi tekanan kepada pihak Mahmoud Abbas dan Fatah apabila desakan masyarakat untuk penyatuan demi menentang Israel. Suasana politik semasa timur tengah yang melihat kebangkitan rakyat juga membimbangkan pimpinan Palestine. Peristiwa tumbangnya pemerintahan Hosni Mubarak yang merupakan rakan sekutu Fatah-Mesir-Israel dianggap kekalahan buat fatah dan sikap Mesir kini yang lebih lunak dengan Hamas dan mula membuka sempadannya dengan Gaza.

Jaringan siber seperti FB dan internet telah mula menjadi medan baru untuk mendesak Presiden agar mengambil langkah bekerjasama dengan Hamas bagi mengelakkan tentangan kebangkitan generasi baru terhadap pimpinan Palestine.

Mau tak mahu, Mahmoud Abbas terpaksa mengambil langkah ini, apatah lagi pilihanraya makin hamper dan beliau bimbang rakyat Palestine akan menolak beliau dan Fatah akan hilang kekuasaan. Bersediakah golongan nasionalis menerima pejuang Islam duduk semeja. Sanggupkah mereka melancarkan serangan jihad terhadap Israel setelah sekian lama mereka bersekongkol dengan Israel? Atau cairkah Hamas dengan menjalinkan perdamaian dengan Israel yang baru sahaja membunuh orang awam dan tentera mereka.

Read More !

Lady Gaga Minta Remaja Malaysia demo?

| | 0 comments

BANGKOK--Lady Gaga yang selalu membuat kontroversi. Kali ini sasaran kontroversinya adalah Malaysia. Lagu Lady Gaga ditapis kerana pertembungan soal tata-susila dengan budaya Barat. Alih-alih, Lady Gaga melawan pemerintah Malaysia. Ia meminta generasi muda Malaysia melawan penapisan terhadap lagunya, terutama yang berbau gay atau hubungan sejenis.

Salah satu lirik Gaga yang kontroversi adalah: "No matter gay, straight or bi, lesbian or transgendered life, I'm on the right track, baby".

Lady Gaga mengatakan, remaja di Malaysia mesti mengadakan protes dan bantahan terhadap larangan pembahasan homoseksual dan sodomi. Ini terkait lagunya berjudul 'Born This Way'. "Ini jika anda mau bebas di negara anda sendiri," kata Gaga. "Generasi muda Malaysia harus bersuara agar didengar. Kalau anda ingin mendengar lagu itu maka itu tugas anda membuatnya boleh didengar," kata Gaga. "Anda harus melakukan apa saja kalau ingin membebaskan masyarakat Malaysia. Anda harus mengadakan protes secara damai," katanya lagi.
Penyiaran radio Malaysia memang berhati-hati tentang lirik lagu Gaga ini. Mereka boleh dikenakan denda RM70k kerana dianggap menyiarkan hal yang tidak senonoh.

Apa kata APCO, penasihat yahudi yang dibayar oleh kerajaan Malaysia 70j setahun. Nanti dinasihatkan agar melepaskan sahaja lagu Lady gaga tanpa tapisan dan kawalan. Nampaknya kerajaan pimpinan UMNO terpaksa mengalah dalam semua perkara demi mengekalkan kuasa politik mereka. Lihat sahaja isu Bible melayu. Akhirnya kerajaan terpaksa mengalah juga.

Apatah nanti kalau diugut… anak muda akan berdemontrasi nak dengar lagu lucah Lady gaga, nescaya demi politik mungkin krajaan dibawah Menteri Komunikasi, anak Yatim itu akan meluluskannya. Apatah kini apabila pihak kerajaan dah jadi benggap dan pekak badak dalam isu video lucah. Kalau kes Chua Soi Lek dulu dianggap salah memegang dan menayangkan video atau filem lucah. Salah dari segi undang-undang maupun agama. Kini demi politik… jadi halal belaka. Walaupun Datuk Three Stoogers dah mengakupun… kenapa takde tangkapan. Alih-alih Datuk nazri pulak komen tak salah??? Apa nak jadi ni?

Kalau tanya Masyitah, mungkin halal kalau dharurat atau demi kepentingan & nak menaikkan nama Negara. Ye lah!! Dunia dah dekat kiamat. Fitnah akan berleluasa. Terlalu ramai dua’t ala abwab jahanam. Penyeru-penyeru ke pintu neraka jahanam. Yang selamat mereka yang bersama jamaah Islam sebagaimana ajaran Rasulullah Saw dalam hadis Huzaifah alyamani dalam hadis akhir zaman.

Tenggelam sudah isu sebenar… yang timbul kini isu aib dan lucah? Sepatutnya menurut etika dan undang-undang Islam, hukuman Qazaf sudah boleh dijatuhkan terhadap Datuk T itu. Menuduh orang berzina tanpa saksi. 80 rotan perlu disebat kepada sipenuduh itu.

Read More !

Video baru pulak muncul! Ini betul-betul...

| | 0 comments

Nampaknya aksi filem Hindustan telah mempengaruhi pihak polis sendiri apabila membuat lakonan dan aksi menembak diri sendiri demi sebutir pingat. Memang kalau dilihat filem Hindustan, penuh lakonan, fitnah, tipu-helah. Pihak polis, hakim, pemimpin dan ahli politik terlalu licik. Mereka sendiri adalah perasuah, pembunuh & penjenayah demi pangkat, kuasa dan harta kekayaan.

Ini bukan lakonan dan main-mainan… ini betul-betul…

New Delhi: Seorang polis di India terbaring di hospital setelah menembak dengan pistolnya kepada dirinya sendiri kerana ia berusaha mendapatkan penghargaan keberanian bila dianggap ditembak oleh penjahat, demikian media setempat melaporkan kelmaren.

Mahesh Rajguru mengaku enam lelaki tak dikenali menembak beliau ketika dia sedang bertugas. Mahesh adalah pengawal di sebuah rumah milik polis di Jaipur, ibukota negara wilayah Rajasthan, India bagian timur. Mahesh juga bercerita para lelaki itu melarikan diri dengan sebuah kereta setelah kejadian serangan tersebut.

"Para petugas keselamatan dan penyiasat pun terus berkejar ke lokasi kejadian dan mereka mendapati keterangan dari Mahesh dan suasana di tempat kejadian didapati agak mencurigakan," kata Komisioner Pembantu Polis Arun Macya kepada media.

"Mahesh akhirnya mengakui bahwa peristiwa yang diceritakan sebelumnya itu tidak pernah terjadi dan ia menembak dirinya sendiri agar mendapat penghargaan atas keberanian," katanya. Mahesh, yang mengalami tiga luka tembakan di bagian perut dan lengan, dirawat di rumah sakit kerajaan Sawai Man Singh di Jaipur. Keadaan dirinya dilaporkan stabil.

"dengan cepat setelah mereka melihat saya, mereka terus menembak saya. Sebutir peluru mengenai perut saya," kata Mahesh dalam cerita pertamanya. "Apabila saya berteriak, mereka lari keluar dan melepaskan tembakan lagi kepada saya ketika mereka berlari menuju kereta mereka. Dua peluru mengenai lengan saya," tambahnya.

Polisi mengatakan bahwa semua kelongsong peluru yang ditemukan ditempat kejadian adalah kelongsong dari senjata Mahesh. Bukan itu sahaja, polis juga menemui bahan dan pil dadah di rumah Mahesh.

Lihatlah politik, media, polis, hakim, pendakwaraya, sprm, spr dan pelbagai jabatan dan kementrian kerajaan. Nampaknya banyak sangat cerita Hindustan sekarang. Siapa lagi yang boleh dipercayai? Rasuah, jenayah, seks dah bercampur-baur dan makin meloyakan kini. Apatah lagi keluarnya pelakon-pelakon veteran yang membuat come-back seperti heroin Umi Hafilda dengan pelakon lelaki terkenal dengan filem underage beliau iaitu Datuk Tamby Chik. Ingat dah lama menghilang, dah tobat. Ish… rupanya dalam-diam-diam. Tup, timbul pulak!!! Rupanya dah jadi pengarah… filem Datuk T dengan aksi filem hitam-putih yang terbaru kini. Biasa filem orang keluar kat cuti sekolah atau kat hariraya… barulah laku sikit. Ini dekat pilihanraya.

Entahlah!!! Banyak sangat iklan & promosi sekarang. Entah kemana hilang isu saman ekor, perompak tarbus Sarawak, rasuah PKFZ dan macam-macam lagi…. banyak lagi ke video dan filem lepas ni? alahai makin ramailah hero & heroin... payah pulak nak pilih best actor tu!!!

Read More !

Video Seks: Chua Vs Anwar

| | 0 comments

Kita dok tunggu. Dok menanti ulasan mentor isu video lucah, Datuk Chua Soi Lek terhadap video yang membabitkan individu yang dikatakan Anwar Ibrahim. Yelah… Chua yang pernah berpengalaman dalam menangani isu seperti ini. Tetapi kini beliau sebagai Pengerusi MCA dan kepimpinan tinggi dalam BN. Beliau pernah tersingkir tetapi bangkit kembali. Sememangnya beliau hebat diluar filem atau didalam filem. Kita dok tunggu ulasan beliau… rasanya belum ada. Sebelum ini bagai nak rak dah para pendokong UMNO-BN menjaja isu panas ini sempena PR Sarawak. Nampaknya orang dah tak bincang isu rasuah dan penyelewengan Tok Uban selaku KM Sarawak tetapi dok bahas video lucah pulak.

Nampaknya politik Malaysia semenjak dua menjak ni dok sibuk isu bawah perut aje. Isu sebenar yang sepatutnya menjadi focus rakyat dalam memilih kepimpinan yang berwibawa serta sistem pemerintahan dan pentadbiran yang baik dan cakna rakyat telah dikesampingkan. Setiap kali nak pilihanraya… beginilah senario serta awan yang mewarnai suasana pilihanraya. Tetapi sesuailah Malaysia sebagai dunia ketiga-suku.

Masuk mahkamah pulak ke isu ini? Berapa tahun penjara pulak? Belum selesai isu liwat, isu DNA, mari pulak isu Datuk T. Dunia dok sibuk isu demo Timur Tengah, Isu tsunami, radiasi.. nampaknya media sibuk di Malaysia isu bulu lagi… kini isu DNA disebalik jam omega!!!

Read More !

Bendera Umno dibakar, ayam digantung… Angkara Siapa?

| | 0 comments

Polis dikerah ke Dewan Sivik Jerangau Felda apabila maklumat diberitahu adanya bendera Umno dibakar dan beberapa ekor ayam digantung di pintu masuk Dewan Sivik Felda Jerangau. Kerana ianya bendera Umno, berpuluh anggota polis terpaksa mengawal dewan tersebut semasa kejadian. Berharga sangatkah bendera cap keris bogel tu?

Persoalannya ianya angkara siapa? Kenapa digantung ayam? Kenapa tidak letak kepala babi?. Teringat beberapa isu kat Selangor apabila diletak kepala babi dalam plastik, dibungkus elok-elok dan diletak tengah jalan ke masjid. Agar menimbulkan kemarahan orang melayu terhadap orang cina seolah-olah cina dah perintah Selangor. Tapi akhirnya orang tahu bahawa ia dilakukan oleh juak-juak yang kalah di Selangor. Mungkin kalau nak letak depan Masjid diletak babi… kalau depan dewan sivik, cukup ayam agaknya. Apatah lagi takde cina dalam Felda Jerangau.

Kenapa bendera Umno? Tidak bendera Pas atau Dap?. Felda Jerangau ni sama seperti felda-felda lain di Malaysia. Mereka disyaratkan ahli Umno atau penyokongnya sebelum menjadi peserta Felda dan hingga kini ia menjadi tali-hayat Umno. Umno berkubu dalam felda-felda di Terengganu ini. Bagi mereka Pas bukan musuh kepada mereka memandangkan bilangan ahli Pas yang sedikit.

Hakikatnya, ia merupakan protes dan pertembungan dalaman yang masih belum kesudahan. Team Idris Jusoh & Team Ahmad Said masih belum ada penyelesaian. Macam ayam, walaupun duduk sereban tetapi sibuk perap memerap antara satu sama lain. Itu dah jadi kerja rutin. Sedia maklum Felda Jerangau dalam Dun Bukit Besi yang dipimpin oleh YB Din Adam. Kedudukan Felda Jerangau yang bersebelahan dan hampir dengan Dun Ajil yang dipimpin oleh YB Rosol Wahid. Kedua-dua ini sekutu kuat Idris Jusoh. Acap kali ada pertembungan antara program kerajaan pimpinan Mat Said dan program Rosol ini. Bahkan kekadang saling sabotaj antara satu sama lain. Mereka bahkan ada dua team JKKK. Satu yang berwala’ kepada Mat Said dan satu lagi yang wala’ dengan Rosol.

Kini apabila Mat Said sedang memperkukuhkan pengaruh beliau dan mula nak disingkirkan penyokong Idris Jusoh bahkan mungkin kedua mereka ini tidak akan dicalonkan lagi sebagai calon BN dalam pilihanraya yang akan datang. Sudah sewajarnya satu signal perlu dihantar… jangan sampai Umno disembelih dipagar dewan sivik nanti!!! Kesihan.. ayam jugak yang jadi mangsa.

Atau mungkin nanti... budak-budak nakal dikatakan sebagai angkara. Budak nakal jugak akan dikambing-hitamkan!!!

Read More !

Ekslusif dari TG Nik Aziz Nik Mat

| | 0 comments

UMNO ni macam pendatang haram. Tiada dokumen yang mengesahkan mereka sebagai warganegara. Begitulah contoh yang diumpamakan oleh Tok Guru Nik Aziz, Murshidul Am Pas terhadap Parti UMNO diakhirat kelak yang tidak diakui akibat menolak Islam yang ditetapkan oelh Allah SWT. Islam umpama passport atau Kad Pengenalan sebagai dokumen yang mengesahkan atau melayakkan mereka mendiami kerakyatan sesebuah negara. Dunia ini ciptaan Allah dan segala makhluk dan keperluan mereka dicipta oleh Allah tetapi apabila Islam sebagai ad-din yang diperintah Allah untuk dilaksanakan telah diabaikan maka ia seumpama pendatang asing dibumi Allah. Begitu juga diakhirat nanti.

Beliau berucap ketika merasmikan perasmian program Pas ganti UMNO (PGU) di Jerteh, Besut sessi kedua selepas PGU kali pertama di Chukai, Kemaman. Program yang menarik kehadiran lebih 25 ribu rakyat Terengganu memenuhi Medan PGU sebagai gambaran gelombang kebangkitan rakyat untuk menumbangkan UMNO-BN dalam pilihanraya akan datang.

PGU-Besut... menggamit beribu anak muda bersama konvoi bermotosikal

Pentas kepimpina sempena program perasmian oleh Murshidul Am Pas
Gimik pelancaran oleh Murshidul Am & Presiden Pas

Rakyat menuhi medan sempena program perasmian PGU-2

PGU adalah wajib” ucap Tok guru Nik Abdul aziz Nik Mat. Ini merupakan tuntutan akibat daripada UMNO yang telah menyisihkan Islam sekian lama. Pengamalan Islam sekian lama sebelum penjajah datang ke tanahair kita ini. Apabila penjajah hadir lalu semua syariat islam sudah dihapuskan dan setelah merdeka agenda ini diteruskan oleh UMNO. Mahu tak mahu UMNO perlu segera digantikan oleh Pas agar mengelakkan rakyat dari disesatkan oleh UMNO-BN. Yang di ibaratkan oleh Nik Aziz :” lebih sesat daripada Ayah Pin lagi

Beliau juga mendedahkan permulaan penglibatan beliau dalam politik daripada seorang yang terlibat sepenuh masa sebagai guru agama akibat daripada kezaliman UMNO-BN apabila menangkap serta mengISA tok-tok guru diKelantan 1967 , sama dengan kerja komunis. Apabila Tok Guru Hj Daud di Isakan, Tok Guru Hj Omar, Tok Guru Hj Salman,Tok Guru Pak Nik Lah Bachok, Tok Guru Ayan Man Tumpat menyebabkan beliau terjun menentang UMNO sehingga kini.
PGU ini adalah tuntutan dan semoga rakyat dapat menyemarakkan PGU dan akan bertemu lagi di PGU di Kuala Terengganu pada bulan Mei nanti dengan sasaran kehadiran 100K, insyaAllah.

Kehadiran orang ramai ke ceramah 18hb di tapak PGU Besut yang disampaikan
oleh YB Husam Musa, Mat Sabu

di pagi 19hb.. didahului kuliah Ust Azhar al-Edrus

Bob Lokman & Normala Sudirman juga turut berceramah pada sesi petang selepas perasmian

Malamnya ceramah kemuncak Oleh Presiden Pas, Tim PKR Azmin Ali & Tim DAP

Betapa bimbangnya UMNO sehingga terpaksa memgusung Mohd Nor Idris dan Umi Hafilda Ali untuk turut berceramah 500m dari tempat ceramah Pas untuk menganggu program Pas pada malam tersebut. Apa pun tahniah kepada semua petugas dan peserta yang telah berjaya memeriahkan PGU kali ini. Jangan lupa ke PGU 100K di Kuala Terengganu yang dijangka lebih hebat dan lebih meriah.

Read More !

Vibrator : Unit Pemusnah Bom berkejar ke Pejabat Pos

| | 1 comments

Saint Petersburg: Beberapa petugas keselamatan dari unit pemusnah bom anti pengganas dikerahkan ke sebuah pejabat pos di bagian barat-laut Rusia untuk menyelamatkan dan mematikan satu bungkusan yang mengeluarkan bunyi "tik-tik", demikian keterangan polis setempat.

Apa isi kotak bungkusan yang mereka temui? Vibrator!

Peristiwa itu terjadi di Petrozavodsk di daerah Karelia. Petugas dari unit pemusnah bom berkejar ke lokasi tersebut apabila seorang pekerja pejabat pos menemukan satu kotak bungkusan yang mencurigakan dan kemudian mereka menghubungi pihak keselamatan, kata wanita jurucakap polis melalui telefon kepada media AFP.

" Bangunan pejabat pos itu dikelilingi petugas keamanan dan orang-orang ramai dikeluarkan dari kawasan tersebut," kata jurucakap tersebut. "Di dalam bungkusan tersebut, pasukan pemusnah bom menemukan satu vibrator iaitu alat mainan seks," tambahnya. Boneka seks itu nampaknya telah menyala "tanpa disengajakan". Kebimbangan terhadap bom teroris amat meningkat tinggi di Rusia, setelah serangan pada Januari lalu terhadap bandar udara Domodedovo dekat Moskow yang mengorbankan 37 orang.

Dua pengebom berani mati telah menewaskan 40 orang pada bulan Mac tahun lalu di metro Moskow. Kekhuatiran gara-gara bom palsu dan tindakan unit pemusnah bom dengan mengeluarkan orang ramai telah sering terjadi di pusat perniagaan, stesyen dan kawasan tumpuan umum lain.

Ketakutan adalah penyakit manusia. Pelbagai jenis ketakutan. Apabila usaha musuh merancang dengan melabelkan Islam sebagai terror bukannya keamanan dan sejahtera, melihat orang berjubah pun takut. Tengok kopiah, purdah, berjanggut… jadi fobia. Terdengar barang berbunyi.. dah disangka bom jangka. Itu pasal ada bapak menteri kena dibogelkan kat airport. Bimbang kot-kot bawak senjata berbahaya. Ish!.. rupanya pistol air aje yg ada.

Ini alat vibrator pulak. Kalau negara kita ni malu sakan dah. Memang empunya barang tak pi ambik dah kat pejabat pos. Si pengirim pun dah tak sanggup nak terima balik. Nak letak mana muka. Tapi ini kat Rusia… apa yang mereka tahu erti malu! berlaku kat St. Petersburg. Penulis pernah sampai kat bandar ini ketika kembara masa-masa zaman pelajar dulu. Bandar yang masih dipenuhi bangunan lama. Antik lagi klasik serta dikelilinggi taman-taman bunga yang indah. Romantik jugaklah…

Yelah!... apapun, macam-macam ketakutan zaman sekarang. Apatah lagi apabila manusia kini percaya kematian adalah penghujung kehidupan. Hidup mereka hanyalah dunia ini sahaja. Kalau mati, tamatlah segala-galanya. Sedangkan kehidupan ini hanyalah transit sementara dalam perjalanan yang maha panjang lagi. Kematian hanyalah perpindahan stesyen sahaja. Kehidupan diakhirat terlebih hebat lagi.

Read More !

“Hukuman Tuhan”: Gabenor Tokyo tarik semula!

| | 3 comments

Bala Tuhan atau bencana alam? Konflik perbahasan yang panjang dan lama. Sekian lama menjadi perbincangan diseluruh dunia bahkan dalam dunia Islam sendiri.

Naluri beragama akan menyedari adanya kuasa besar disebalik kejadian malapetaka atau kenikmatan yang berlaku didunia ini. Tinggal lagi sejauh-mana penerimaan seseorang dikala panik atau keributan menghadapi suasana kesukaran sedemikian.

Gabernor Tokyo, Shintaro Ishihara telah menjadi serangan kemarahan di Jepun apabila didakwa mengatakan bahwa bencana yang menimpa Jepun ketika ini adalah "hukuman Tuhan". Beliau kemudiannya memohon maaf daripada orang-ramai. "(Pernyataan) itu sangat melukai orang-ramai dan mangsa korban dari Tokyo," katanya dalam siding media. "Saya minta maaf banyak-banyak."

Ishihara, 78, mengatakan kelmarin bahawa orang Jepun sekarang ini telah menjadi "serakah" dan menceritakan beberapa kes orang-orang yang terus mengambil duit pencen orang tua mereka tanpa memberitahu kematian orang tuanya.

"Hal ini (bencana tsunami ini) diperlukan untuk membersihkan pemikiran serakah tersebut." katanya kepada wartawan. "Saya pikir itu adalah hukuman ilahi."

Ishihara kemudian menarik balik kenyataan tersebut. Gabernor yang juga bertugas di parlimen negara itu mengumumkan pencalonannya untuk jawatannya bagi penggal keempat pada hari Jumat ketika Tsunami terjadi.

Ishihara sendiri dikenali kerana pandangan nasionalisme Jepunnya dan membantah kekejaman Jepun sebelum dan selama Perang Dunia II seperti Rape of Nanking.

Bagi sebuah negara maju dan canggih seperti Jepun, ianya sepatutnya menjadi peringatan besar tentang adanya hari kiamat yang lebih hebat dan menggerunkan. Kalau Tsunami di Aceh, dianggap negara miskin dan ketinggalan kemodenan. Kini Negara hebat seperti Jepun, yang pernah diambil polisi ‘pandang ke timur’ oleh negara kita, juga tak tertanggung menghadapai fenomena musibah seperti ini. Meskipun adalah peralatan hebat, peringatan awal bencana alam… kini hamper 13 ribu dikatakan menjadi korban tsunami dan kini hidup ketakutan dengan tenaga nuklear yang mereka amat bergantung harap sebagai sumber tenaga kehidupan mereka selama ini. Seolah bakal menjadi musuh kepada manusia.

Bagi umat Islam, kita telah dididik dengan peringatan ilahi ini.

فَكُلًّا أَخَذْنَا بِذَنْبِهِ فَمِنْهُمْ مَنْ أَرْسَلْنَا عَلَيْهِ حَاصِبًا وَمِنْهُمْ مَنْ أَخَذَتْهُ الصَّيْحَةُ وَمِنْهُمْ مَنْ خَسَفْنَا بِهِ الْأَرْضَ وَمِنْهُمْ مَنْ أَغْرَقْنَا وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

Maka masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil dan di antara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri. Surah al-Ankabut : 40

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusi, supay Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).Surah Ar-Rum : 41

Bagi yang beriman dengan qadha’ dan qadar ia menerimanya sebagai ketentuan ilahi. Menyedari hikmah sebaliknya serta beriman akan adanya Hari Kiamat yang lebih dahsyat.

"Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dahsyat, dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat yang dikandungnya dan manusia bertanya: "Apakah yang terjadi pada bumi ini?" Pada hari itu bumi menyampaikan beritanya, kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan yang demikian itu padanya. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan berkelompok-kelompok untuk diperlihatkan kepada mereka balasan semua perbuatannya” Surah al-Zilzal: 1

Read More !

Antara Air Mani Anwar Ibrahim & 35 ribu Kitab Injil

| | 0 comments

Benarlah sebagaimana andaian penulis sebelum ni dan telah dijangka banyak pihak bahawa Kerajaan UMNO-BN terpaksa tunduk kepada desakan MCA dan pelbagai pihak supaya melepaskan penahanan Injil dalam bahasa melayu untuk edaran di Semenanjung serta Sabah, Sarawak. Nampaknya terkedu segala pencacai UMNO-BN serta bloggers mereka apabila selama ini Pas & PR yang jadi mangsa tuduhan dan fitnah mereka.

Meskipun pembicaraan Kalimah Allah belum lagi selesai tetapi demi kelangsungan nyawa BN khususnya sebelum menghadapi pilihanraya Sarawak, Injil berbahasa melayu ini perlu dilepaskan untuk edaran.

Meskipun PM atau TPM tidak mengumumkan bahkan Menteri yang bertanggungjawab iaitu Datuk Hisyamuddin Hussein selaku Menteri Dalam Negeri terpaksa tekup batu… Datuk Idris Jala, seorang kristian Sarawak mengumumkan bagi pihak UMNO-BN yang malu-malu kucing. Kot-kot orang melayu dan penganut Islam marah.

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini bersetuju membenarkan pengeluaran dan pengedaran secara terhad dan terkawal Kitab Injil dalam Bahasa Malaysia, yang ditahan di Pelabuhan Kuching Sarawak, dan Pelabuhan Klang, Selangor. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dalam satu kenyataan berkata, langkah kerajaan ini adalah selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). "Sejak peruntukan undang-undang itu digunakan pada tahun 1982, tiada sebarang masalah atau isu yang timbul dengan pelaksanaannya," katanya.

Selain itu, Idris berkata kajian teliti oleh Jabatan Peguam Negara juga mendapati pengeluaran kitab-kitab itu tidak akan mengangggu dalam prosiding mahkamah berkaitan penggunaan kalimah "Allah". "Oleh itu, dalam konteks berikut Kerajaan telah dapat secara amnya mengeluarkan buku Kitab Injil tersebut," katanya. Menurutnya, Kerajaan Sarawak juga bersetuju dan berpendapat bahawa penahanan buku Kitab Injil yang telah sekian lama ditahan seharusnya dikeluarkan. Idris, yang merupakan penganut Kristian berasal dari Sarawak, juga telah berhubung dengan Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) bagi pihak Kerajaan.

Hah! Menteri yang jaga hal ehwal Islam kat mana? Bukankah UMNO-BN yang mempertahankan kedaulatan Islam, bangsa dan bahasa melayu. Islam sebagai agama rasmi Negara dan meskipun agama lain boleh diamalkan tetapi tidak boleh menyebarkan agama lain dikalangan rakyat tempatan.

Nampaknya, dinegara Islam sebagai agama rasmi, mengimport buku agama Islam lebih sukar kerana ditapis pihak kerajaan dan terpaksa diluluskan JAKIM dahulu berbanding import bahan dakwah kristian. Nak mengajar agama Islam lebih sukar kerana memerlukan permit pejabat agama berbanding membawa penceramah paderi atau tok sami dari Sri Langka. Nak buka pusat pengajian Islam lebih payah dengan kerenah birokrasi Pejabat agama berbanding buka pusat karaoke.

Nak harapkan siapa? Nak harapkan pemimpin UMNO dan geng songkok tinggi? Hah! Ya. Satu demontrasi akan diadakan hari ini… nak bantah Naskah Kitab Injil ke? Tidak. Tetapi nak tutup isu pelepasan pengedaran injil ini dengan isu DNA Anwar Ibrahim. Mahalnya nilai dan harga air mani Ketua Pembangkang ni sehingga terpaksa mengerahkan 300 NGO dan demontrasi seluruh Negara, nakkan setitik air mani Anwar Ibrahim.

300 NGO berhimpun hari ini
utusanputrajaya@utusan.com.my

PUTRAJAYA 15 Mac – Gabungan NGO Malaysia (GNM) yang mewakili 300 pertubuhan akan mengadakan perhimpunan dan mengeluarkan kenyataan bersama untuk mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) secara sukarela. Setiausaha gabungan itu, Mohd. Jurit Ramli berkata, perhimpunan yang akan diadakan di Hotel Grand Season di ibu negara esok itu bertujuan menegakkan keadilan untuk semua pihak yang terlibat dalam kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang itu. ‘‘Rakyat Malaysia ingin mendapatkan penjelasan daripada Anwar kenapa masih enggan menyerahkan sampel DNA sekiranya beliau tidak bersalah. ‘‘NGO di Malaysia juga mahu memastikan keadilan ditegakkan untuk semua pihak terutamanya Mohd. Saiful Bukhari, insan kerdil dan tidak mampu berbuat apa-apa,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sekarang isu yang memalu dan memualkan yang dijaja oleh UMNO-BN. Wanita & Puteri UMNO berdemo nak tuntut underware, air mani atau bulu Anwar Ibrahim. Perkara taboo dan masyarakat kini diangkat menjadi isu Keselamatan Negara. Nak cakap pun geli gelemang... kini jadi isu nasional.

Dunia dok sibuk isu tsunami dan isu radiasi nuklear… UMNO dok usung isu nak bulu! nak underware :) ... Lawak! Lawak!

Read More !

Bisikan Mumia... Firaun baru kini muncul!

| | 2 comments

Kaum yang keji dan ganas serta zalim. Kaum pembunuh dan penumpah darah manusia. Kalau nabi disembelih, digergaji disula dan dibakar... apalah sangat manusia lain. Kini penerus kezaliman itu akan terus muncul. Terbaru, Anak sulung bekas Perdana Menteri Rejim Zionis Israel Ariel Sharon mengusulkan untuk membakar bangsa Arab. Laman al-Islam al-Youm melaporkan, Gilad Sharon putra sulung pembunuh kem Pelarian Palestine Sabra dan Shatila dalam sebuah wawancara dengan akhbar Yediot Aharonot mengatakan, orang-orang Arab harus dibakar.

Dia menyatakan, pengepungan atas orang-orang Arab dan Palestina harus diperketat. Gilad Sharon adalah putra Ariel Sharon yang melakukan kejahatan kemanusiaan dengan membunuh 3500 orang di kem pelarian Palestine Sabra dan Shatila tahun 1982. Beliau merupakan Perdana Menteri Israel dari 7 Mac 2001 hingga 14 April 2006.

Sepanjang tempoh itu Ariel Sharon telah banyak merosakkan bumi Palestin. Banyak air mata yang telah mengalir kerana kezalimannya. Ramai pejuang yang telah terkorban kerana kekejamannya. Anak-anak kecil Palestin perlu mengenal erti keganasan, peperangan kerana sikap kejam Ariel Sharon. Hari ini, Ariel Sharon bagaikan mayat hidup selepas 4 tahun koma. Sehinggakan media di seluruh dunia terutamanya media barat berasa malu untuk menerbitkan gambar-gambar keadaan Ariel Sharon yang ada pada hari ini.

Kini Ariel Sharon yang berusia 81 tahun dikatakan mempunyai berat sekitar 15 kg sahaja. Doktor yang merawatnya mengatakan Ariel Sharon akan terus koma sehingga umur 90 tahun. Beliau dah jadi umpama mumia firaun. Terpenjara dalam jasad yang sudah membusuk. Kini mewariskan perangai jahat dan kejam kepada anaknya pula. Sama seperti firaun membakar rakyatnya dalam parit berapi… kini Gilad Sharon nampaknya bakal menjadi firaun baru.

Tidak cukupkah peringatan Allah terhadap golongan ini. Rupanya tak mengehntikan kerakusan dan kejahatan mereka. Sementara itu, dilaporkan bahwa tentara dan penjajah Zionis menyerang warga Palestine yang sedang menunaikan sembahyang di Masjid Aqsa. Serangan yang terjadi Ahad baru-baru ini menyebabkan kecederaan dikalangan jamaah solat. Laporan lainnya menyebutkan bahwa tentara Zionis juga menyerang sebuah daerah di dekat kota Selfit, Tepi Barat Sungai Jordan.

Satu bangsa yang tak mempedulikan orang lain. Herannya! mana Pertubuhan Keselamatan Bangsa Bersatu PBB? OIC? adakah kerana mereka Yahudi & Nasara, mereka diam membisu? Adakah kerana mereka Islam, maka tiada nilai nyawa dan darah mereka?

Read More !

Apabila Pelakon Porno Tua lempar Mercun…

| | 1 comments

Kemana menghilangnya geng songkok tinggi & cap keris?? Kalau takde kumpulan demo songkok sejengkal ni.. rasa sunyi pulak media. Selama ini bukan main rasisnya UMNO dan beberapa NGO hulubaya dan penjilat PM & Menteri-menteri BN. Tetapi apabila timbul dua isu sensitif yang pelakon porno, Presiden MCA nak tunjuk hero… kemana menghilangnya NGO-NGO melayu ni. Mana Majlis Perunding Melayu? Mana 76 NGO Melayu Islam? Mana PEKIDA,PERKASA dan NGO-NGO Cap Sheltox yang memperjuang untuk mempertahankan melayu & kedaulatan Islam? Dah kecut ke atau projek dah masyuukk? Itu pasal senyap! Mana pulak JAKIM ke Mufti ke?

Selama ini bukan main lagi berarak kononnya demi mempertahankan Islam dengan isu kalimah Allah. Pas difitnah dengan pelbagai tuduhan. Kononnya DAP ganti PAS. Apabila Kini apabila pemimpin MCA menyentuh isu bible melayu dan saman judi di Kelantan, UMNO jadi bisu kelu. Kini Chua Soi Lek dah desak agar Bible melayu diedarkan. Tidakkah pejuang melayu rasa tercabar? Apabila MCA nak saman pulak kerana tak izin judi, mana dia mereka ini yang mengaku mempertahankan kedaulatan Islam? Dah mandom kot? Layaklah kini MGU pulak dalam BN. (MCA GANTI UMNO) ???

MCA nak tarik undi cina. Apatah lagi dekat pilihanraya Sarawak ni. Kita tengoklah apa tindakan Najib? Macamana golongan ini nak bersilat ke nak berkung fu? Kita tengoklah Menteri lembik yang jaga Kementerian Dalam Negeri itu nak uruskan? Auww! Boleh selesai tak?

MCA hari ini menggesa kerajaan supaya segera membuat keputusan berhubung penahanan naskah kitab Injil Al-Kitab di dua pelabuhan di negara ini. Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, Kementerian Dalam Negeri perlu membuat ketetapan supaya kitab berkenaan dapat dilepaskan segera. Bercakap dalam satu sidang media petang ini, Chua berkata, peguam negara juga perlu membuat ketetapan berhubung isu berkenaan.

Begitu juga dengan isu larangan perjudian di Kelantan.

MCA akan mengadakan pertemuan dengan menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan Kelantan mengharamkan penjualan tiket loteri di negeri itu. Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata perkara itu ditimbulkan dalam mesyuarat. Tambahnya, parti itu juga mahu menegaskan kepada Nik Abdul Aziz bahawa MCA tidak menggalakkan masyarakat untuk berjudi.
"Judi bukan satu budaya orang Cina... Tapi ini adalah soal kebebasan untuk memilih seperti yang terkandung dalam perlembagaan. "Kita tidak akan terima nilai yang dikenakan ke atas kita oleh agama lain," katanya lagi.

Tambahnya, MCA juga akan menyokong tindakan undang-undang yang akan diambil oleh salah seorang anggota jawatankuasa pusat parti itu ke atas Majlis Perbandaran Kota Baru - Bandar Raya Islam.
Chua berkata, Datuk Ti Lian Ker akan mengambil tindakan itu memandangkan pihak berkuasa tersebut bertanggungjawab menguatkuasakan pengharaman berkenaan. "Kita mahu mahkamah buat keputusan sama ada tindakan ini selari dengan perlembagaan," kata Chua lagi.

Mungkin isu judi ni UMNO dah serik apabila kena isu judi bola tahun lalu. Sekarang ni diaorang pass kat MCA. Tapi sebelum pi jumpa MB Kelantan, pi le jumpa MB Mat Said dulu. Bawah pimpinan UMNO-BN. Suruh bukak kedai ekor dan Sport-Toto kat Terengganu tu. Ramai dah orang UMNO nak berjudi tetapi malu alah apabila ianya ditutup zaman pemerintahan Pas 1999 dulu. Dah lama puok UMNO gatal tangan nak berjudi di Terengganu ni. Nanti Vinsent Tan dan Ananda Krisnan jugak untung. Boleh mintak wat belanje pilihanraya.

Terengganu ada 8 Daerah kalau ada 2 kedai satu daerah. Dah banyak woo. Duit ehsang, rasuah yang UMNO bahagi tu, bolehlah wat tikam ekor. Bertambah maju & makmurlah negeri Terengganu Darul Iman. EXCO & Mufti UMNO Cap Ayam bukan boleh kata apa-apa? Pejabat agama JHEAT pun boleh kutip zakat apabila mereka kaya raya nanti.
Dulu undang-undang Hudud di Kelantan Mahathir tukang sekat, Zaid Ibrahim tukang saman. Kini dalam kes judi di Kelantan ni, Chua Soi Lek pulak tolong ejas saman. Walaupun diakui judi bukan budaya cina tetapi demi kebebasan. Kenapa demi kebebasan hendak diambil tindakan terhadap penagih dadah? Biarkanlah mereka demi sebuah kebebsan. Sama seperti MCA yang menerima Presiden daripada Pelakon Porno, maka biarkanlah rakyat Cina dan Malaysia menjadi pelokon-pelakon porno pula?

Kalaulah begini nilai kebebasan dan akhlak yang ingin diwujudkan agar rakyat menjadi status lembu dan kerbau, adakah rakyat Kelantan bersedia menerima UMNO-BN sebagai pemerintah di Kelantan? Entahlah!!! kecuali orang kelantan dah gian sangat nak berjudi?

Kalau tak! Cakaplah banyak-banyak Datuk Chua... lu lagi banyak cakap lagi bagusss!

Read More !

Berkat Pemerintahan UMNO Perlis : Rumah pun dikebas

| | 0 comments

Apa kata MB Perlis? Datuk Seri Dr Isa Sabu. Apa kata kalau pakat kembali kepada hokum Islam. Tugas nabi adalah untuk menyempurnakan akhlak. Jika akhlak makin rosak, itu tanda era kejatuhan. Era jahiliyyah akan kembali menapak. Kalau selepas Rasulullah memerintah, seorang wanita boleh bermusafir dengan selamat dari Syam ke Hadramaut kerana selamat dari pencuri dan perompak yang sebelum itu amat dahsyat akhlak seolah-olah tiada ubat. Tetapi dengan Islam dan berkat kepimpinan Rasulullah Saw ianya berlaku.

Kini apabila Islam disisih, hukum hakam al-Quran dikesampingkan khususnya selepas daripada kemerdekaan dengan mengguna-pakai undang-undang komanweal berasaskan perlembagaan Lord-Reid, maka hari ini dapat dilihat dengan jelas akibat dan kesannya peraturan manusia berbanding dengan peraturan Penciptanya.

Sudahlah dunia yang menjadi matlamat dapat tak seberapa, tetapi penyakit makin membarah. Sosial, jenayah makin meningkat sehinggakan apa terjadi di negeri Perlis ini? hah tinggal tapak aje???

Rumah Pusaka Hilang Dicuri Orang

KANGAR: Kecurian barangan dalam rumah mungkin jenayah biasa, namun seorang suri rumah di sini amat terkejut apabila mendapati rumah pusakanya yang terletak di Jalan Raja Syed Alwi dekat sini, hilang.

Kehilangan rumah kayu setingkat berusia 60 tahun itu disedari Zuria Ali, 30, Khamis lepas apabila dihubungi penduduk yang tinggal berhampiran rumah tersebut. "Saya bergegas pulang ke Perlis keesokan harinya (Jumaat) dan terkejut kerana yang tinggal hanya tapak rumah dan 24 pelapik tiang konkrit," katanya yang melaporkan kejadian itu kepada polis pada hari sama.

Zuria, yang kini menetap di Taman Cahaya, Kampar, Perak, kelihatan sedih ketika ditemui pada Khamis kerana baginya, rumah itu menyimpan sejuta nostalgia memandangkan di situlah tempat beliau dibesarkan sehingga melangkahkan kaki ke alam perkahwinan. Barangan peninggalan ibunya, Allahyarham Jahara Jasin, yang meninggal dunia pada 2004, dan disimpan di rumah itu termasuk perabot, peti sejuk serta pinggan, turut hilang.

Apa yang tinggal adalah barangan tidak berguna seperti televisyen rosak, cebisan papan buruk serta pelapik tiang konkrit. Zuria berkata rumah itu disewa pada kadar RM100 sebulan kepada seorang penduduk di kawasan tersebut, dan kali terakhir penyewa membuat bayaran ialah Oktober lalu.

Penyewa rumah itu juga gagal dikesan namun motosikal yang dipercayai miliknya ditemui berhampiran tapak rumah tersebut.Suri rumah itu berkata, beliau percaya pencuri terbabit menggunakan lori bagi mengangkut bahagian yang dirobohkan kerana bangunan rumah itu agak besar. Penduduk berhampiran dikatakan melihat kerja-kerja merobohkan rumah itu pada Februari lalu dan tidak diganggu kerana mereka menyangkakan ia arahan pemilik rumah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut. "Kes sebegini jarang berlaku. Kami sedang menyiasat mengenai status rumah terbabit serta puncanya, dan mereka yang bertanggungjawab mengambil rumah itu," katanya.

Sampai macam tu Allah Swt nak bagi petunjuk kepada manusia supaya kembali kepada hokum Tuhan. Aslim Taslam. Kamu Islam, Kamu selamat. Tetapi semua kita tahu UMNO ni keras kepala. Mana nak harapkan mereka untuk kembali kepada syariat Islam. Bahkan dipersendanya. Selagi itulah kehidupan manusia akan terjurus kedunia jahiliyyah moden.

Rakyat ada alternatih dalam PRU-13 nanti. Kuasa ditangan saudara. Kiamatkah kalau kepimpinan dikembalikan kepada para ulama? Pewaris nabi?

Read More !

Demontrasi Underware & Coli di Riau:

| | 0 comments

Dicelah-celah ledakan tsunami di Jepun yang mengorbankan lebih 1K rakyat Jepun dan kebisingan politik di Malaysia selepas seorang tua Tun Mahathir menulis novel politik dan menjual RM100 sebijik dan medapat liputan massa, yang melepaskan dendam dan nafsu besar beliau terhadap musuh politiknya mendapat respon daripada Anwar Ibrahim dan kini dari Tengku Razali (Ku li) sebagai ahli politik pembohong. Layak dianggap sebagai penulis komik komedi.

Serabut dengan riuh-rendah ini, jom kita layan para demontrasi yang mengadakan tunjuk perasaan di Riau kelmaren.

DRPD dihadiahi Celana Wanita & BH

TANJUNGPINANG: 11 Mac 2011. Penunjuk perasaan yang menamakan diri Gerakan Mahasiswa Pemuda Bersatu Provinsi Kepulauan Riau, menghadiahi Ketua Daerah dan pemerintah setempat dengan pakaian dalam wanita saat mereka berdemontrasi di halaman pejabat DPRD Kepulauan Riau di Tanjungpinang, Jumat petang kelmaren.

Pakaian dalam berupa seluara
dalam dan coli tersebut diserahkan pengunjuk rasa kepada Ketua bagian Umum DPRD Provinsi Kepulauan Riau (Kepri), Joko Susilo, yang ditujukan kepada pimpinan DPRD dan Gubernur Kepulauan Riau setelah mengakhiri demontrasi tersebut. Koordinator demo, Angga Sosro Winoto mengatakan, aksi yang mereka lakukan itu dimaksudkan untuk memperingati refleksi 45 tahun Tiga Tuntutan Rakyat (Tritura). Dalam "Tritura" yang ditulis pada spanduk, mereka antara lain meminta harga sembilan bahan asas diturunkan, dan tangkap dan adili para perasuah. "Kami juga meminta DPRD Kepri segera melakukan tindakan yang tegas terhadap berbagai persoalan di Kepulauan Riau," kata Joko.

Dalam pernyataan sikapnya, mereka juga menuntut penghentian penjualan aset-aset daerah kepada
pihak asing. Selain itu, mereka meminta ketegasan dalam menangani masalah korupsi, kolusi dan nepotisme dalam penerimaan calon pegawai negeri sipil (CPNS) 2010 di Kepri. "Kami meminta Gabernor Kepri, HM Sani dan Kepala Badan Kepegawaian Daerah (BKD) Reni Yusneli bertanggung jawab terhadap persoalan penerimaan CPNS yang didengari adanya ketidak-adilan" katanya. Bahkan mereka meminta Gabenor Kepri untuk merombak kesatuan kerja peringkat daerah yang dinilai dari orang-orang dekat dengan gabernor dan terdapat unsur KKN.

Macam-macam dunia hari ini. Apakah Malaysia pun akan berhadapan demontrasi serupa ini? Kepada siapakah agaknya nak diserahkan underware saiz ini?

Pehal pun... pergilah kenduri kawen ari ni... ni dah masuk cuti sekolah. Ramailah musim orang berlaga sekarang ni. Jangan lupa bawak hadiah dan duit banyak2. Hafal le lagu Maher Zain tu.. Barakallahu lakuma bikhair....

Read More !

Exco : Judi Halal di Terengganu!

| | 0 comments

Untungnya rakyat Terengganu yang berpemimpinkan UMNO-BN. Berbahagialahlah agaknya orang yang berMBkan Datuk Ahmad Said. Tentu orang UMNO sujud syukur kerana UMNO memerintah Terengganu. Mereka berjaya menyingkirkan kepimpinan ulama. Golongan yang dikatakan menyeleweng agama. Mat Said dok ceramah ke pelusuk Terengganu kini bahawa Pas Parti ajaran sesat.

Pas dianggap sesat kerana mengharamkan premis judi daripada mendapat lessen dari Majlis Perbandarana dan daerah daripada beroperasi meskipun mereka mempunyai lessen yang diluluskan oleh kementerian Kewangan UMNO. Pas dikatakan sesat kerana meluluskan undang-undang tubuh Terengganu dengan berlandaskan al-Quran, Sunnah, Ijma’ & Qias. Pas dikatakan sesat kerana meluluskan rang enakmen hudud, Qisas & Ta’zir???

Kini rakyat Terengganu bergembira dengan UMNO yang berjuang Islam. Membawa masuk kembali hiburan Jom Heboh tanpa sekatan. Dan yang terbaru kenyataan Exco Terengganu bahawa Judi telah dihalalkan?

Tentu sujud syukur pengundi UMNO Terengganu. Mereka baru boleh berjudi sebagaimana negeri-negeri dibawah pemerintahan UMNO yang lain. Taklah ditegah macam negeri Kelantan. Ketiadaan premis judi menyebabkan kurangnya keuntungan Vinsent Tan dan Ananda Krisnan. Tiadanya sumbangan untuk pilihanraya UMNO nanti.

Mana dia Exco agama Terengganu? Mana dia penasihat agama MB Mat Said, cikgu matematik yang jadi ustaz, Kamal Saidin hulubaya UMNO-BN? Bergembiralah Tok-tok Imam & Bilal di Terengganu… itu tanda dan mukaddimah bahawa kedai judi akan mula beroperasi kembali di Terengganu. Tahniah UMNO-BN. Tahniah Rakyat Terengganu, sebagai tanda syukur selepas letih bersalawat, berarak sempena maulud nabi baru-baru ni.. Judi dihalalkan? berbahgialah mereka bersama UMNO?

Exco: Tiada pengharaman loteri di Terengganu

Terengganu tidak mempunyai premis perjudian bukan kerana larangan oleh pihak berkuasa tetapi tidak ada permohonan mengendalikan perniagaan itu, kata anggota exco Terengganu Toh Chin Yaw.

"Sejak BN mengambil kuasa negeri itu pada 2004, hanya ada segelintir orang yang berkata mereka mahu mengendalikan premis berkenaan, tetapi ia hanya cakap-cakap. Tidak ada orang yang memohon secara rasmi,” kata Toh, menurut laporan akhbar Sin Chew Daily, semalam.

Judi dan juga undang-undang tegas berhubung penjualan alkohol dikuatkuasakan oleh majlis tempatan selepas PAS menguasai kerajaan negeri pada 1999. Semua premis perjudian diarahkan ditutup. Ditanya, sama ada beliau bermaksud kerajaan negeri akan meluluskan permohonan seumpama itu, Toh berkata beliau tidak dapat menjawap soalan itu kerana sehingga kini tidak ada sebarang permohonan.

Berdasarkan prosedur, kerajaan negeri atau majlis tempatan akan menimbangkan semua permohonan, katanya.

Read More !

Habis 240K untuk dapatkan RM500! Gila pe?

| | 0 comments

KUALA LUMPUR--Judi memang membuat ketagihan. Seorang perempuan warga negara Singapura diketahui memenangi RM500 di meja judi. Namun bukan wang hasil kemenangan judinya yang dihebohkan. Tapi berapa banyakkah ia mengeluarkan wang untuk memenangi perjudian tersebut. Si perempuan yang sudah berkeluarga ini terpaksa menghabiskan wang poketnya sebanyak RM240 ribu ringgit hanya untuk mendapatkan hadiah RM500!

Perempuan yang identitinya itu dirahasiakan ini, padahal berpendidikan tinggi. Beliau memiliki dua gelaran master. Ia terjerumus dalam tahi judi. Setelah wang pertaruhan awalnya habis, ia menggunakan seluruh wang simpanannya sebagai pertaruhan bahkan meminjam sana-sini untuk bertaruh.

Sekarang, perempuan itu kebimbangan. Ia takut suaminya tahu berapa banyak hutang yang ia telah buat. Ia juga tak berani melaporkan kepada keluarganya. Ia kini mencari penderma sukarela yang mau meminjamkan wang untuk mebayar hutang piutangnya. "Suami saya bakal menceraikan saya kalau ia tahu masalah judi ini," katanya.

Peranan Kerajaan adalah memberi perlindungan kepada rakyatnya daripada manipulasi golongan kaya atau sesiapa yang mengambil kesempatan terhadap rakyatnya. Hakikat yang harus diterima, apabila Kerajaan Kelantan menghalang perjudian adalah kerana kebanyakan rakyat yang terlibat dengan judi adalah menjadi mangsa kepada taukey-taukey judi yang berkepentingan. Ia akan mengakibatkan penyakit sosial lain pula jika ia dibiarkan. Timbulnya krisis rumah-tangga, kecurian, perbalahan dan sebagainya akibat daripada ketagihan judi. Kenapa UMNO gagal memainkan peranan ini? Bahkan UMNO berjaya melahirkan tokoh-tokoh melayu dalam pengurusan dan industri judi ini... Ia menjadi industri yang menguntungkan dan memberi pulangan lumayan.
Inilah sebab kenapa MCA & UMNO berusaha sangat untuk mengembangkan judi diseluruh Negara bahkan menjadikan kes judi di Kelantan sebagai isu. Apakah kerana UMNO sakit hati apabila bantahan PR terhadap usaha UMNO untuk meluluskan judi bola menemui kegagalan? Bukankah kita sudah tahu bahawa tokoh pemeras Negara adalah dikalangan taukey judi. Tokoh billionair pun dari kalangan taukey judi. Mereka mendapat lesen daripada kemeterian kewangan? Siapa Menteri mereka dari zaman berzaman? Bukankah UMNO?

UMNO juga tahu bahawa penderma tegar kepada denyut-nadi UMNO adalah taukey judi inilah yang akan menjadi sponsor pilihanraya nanti. Sebab itu apalah nak diharapkan kepada UMNO untuk mentarbiyyah rakyat Malaysia untuk menjauhi judi? Sedang nyawa UMNO itu didenyutkan dengan darah-daging judi?

Ish macamana Tok-Tok Imam dan Ustaz lepasan Azhar boleh sokong Parti kayu keramat ni?

Read More !

Bunuh diri di Wisma Terengganu

| | 1 comments

Kebetulan penulis ke Kuala Terengganu kerana bermesyuarat di pejabat Perhubungan Pas Terengganu. Tak jauh dari situ adalah bagunan wisma persekutuan yang menjadi lokasi bunuh diri kelmaren. Orang melayu dari Hulu Terengganu telah terjun dan membunuh diri. Kini orang melayu taknak ketinggalan dengan bangsa-bangsa lain dengan membunuh diri. Perkara yang tak layak dan sewajarnya berlaku khususnya sebagai orang Islam. Habis kenapa ini berlaku?

Masalah kewangan kritikal antara penyebab bunuh diri

Sebanyak 4,118 kes bunuh diri dilaporkan sejak 2001 sehingga 2010, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Beliau berkata antara faktor yang sering dikaitkan dengan kes bunuh diri yang dikategorikan sebagai kes mati mengejut ialah tekanan perasaan akibat kegagalan dalam hidup, masalah keluarga dan kematian orang tersayang.

Sim ingin tahu jumlah kes membunuh diri dari tahun 2001 hingga 2010 dan punca kejadian serta badan bukan kerajaan (NGO) yang berusaha untuk mencegah kejadian tersebut.Hishammuddin berkata masalah kewangan yang kritikal seperti menanggung hutang yang banyak dan terlibat dengan judi juga merupakan penyebab individu membunuh diri. Beliau berkata terdapat beberapa NGO yang berusaha menangani dan mencegah kejadian bunuh diri.

"Usaha ini dilakukan melalui program seperti khidmat kaunseling, ceramah, bengkel dan seminar mengenai kemahiran kaunseling dan pencegahan bunuh diri serta kempen kesedaran mengenai kesihatan mental," katanya.

Sebelum ini sudah ada banyak kes di Terengganu sendiri yang membunuh diri. Contohnya kes Khairudin Wazir yang mati di Flet Sri Kolam di Kuala Terengganu. Dengan hanya beberapa ringgit dalam kocek seluar serta sekeping nota yang ditinggalkan untuk isteri dan anak berusia lima bulan, Khairudin Wazir Khan ditemui terbaring berlumuran darah di tilam
Beliau yang kehilangan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan, dia masih gagal mendapat kerja baru walaupun sudah puas mencari kerja di daerah ini. Sedih dengan kehidupannya dan beliau menanggung hutang sebanyak RM160 dan masih terhutang wang sewa rumah mengakibatkan beliau mengambil jalan pintas dengan membunuh diri.

Hakikat sebenarnya adalah kegagalan kerajaan dalam mendidik rakyatnya dengan pegangan agama yang mantap. Ia dikukuhkan dengan system aqidah Islam yang menkategorikan bunuh diri adalah dosa besar dan akan berada dalam neraka buat selama-lamanya akibat daripada mengengkari qada’ dan qadar tuhan. Sistem pendidikan yang sedia ada tidak menerapkan pendidikan agama yang mantap. Dengan dasar nasionalisme dan sekularisme pihak kerajaan… apalah yang kita dapat harapkan rakyat dapat pengukuhan akidah darinya.

Walaupun perjuangan UMNO-BN sebagai kerajaan yang bermatlamatkan pembangunan, kebendaan dan kekayaan tetapi kerajaan juga masih gagal menyediakan peluang pekerjaan buat rakyat Terengganu. Kehidupan yang semakin hari semakin mahal. Harga barang yang semakin melambung, bahan api yang tak terkawal harganya, menyebabkan desakan hidup makin tinggi. Ini mengakibatkan jenayah juga makin meningkat dengan meningkatnya kecurian hatta kes bunuh. Penyakit mental akan turut sama bertambah. Penyelesaian sementara secara haram seperti dadah, arak dan sebagainya akan menjadi factor penyumbang lagi masalah mental dan sosial.

Apabila daya tahan manusia semakin lemah, pegangan agama semakin menipis, pengamalan syariah semakin diabaikan, pihak kerajaan pulak tidak melaksanakan hukum-hakam syariah nescaya tidak bilangan bunh diri ini akan meningkat dari masa kesemasa.

Apakah penyelsaian yang dibuat. Bagi Umno mudah aje… Jom buat Sure Heboh! Selesai masalah??? Inilah bahananya apabila melantik pemimpin yang tidak amanah. Apa yang dia tahu dosa pahala? Apa yang dia tahu akhlak atau moral? Yang penting duit masyuuuuukkk!!! Anda semualah bertanggung jawab kerana memilih kalangan mereka ini!

Akirnya ikut ke UMNO ni ... dunia korup, akhirat bangkrap!

Read More !

Antara cara 2 Chua

| | 0 comments

Kita sedia maklum bagaimana salah faham atau buat-buat tak fahamnya Chua Soi Lek setelah beberapa siri PRK. Kerana terdesak untuk meraih populariti beliau terpaksa mengambil tindakan menyerang Islam yang menjadi dasar dan tunjang perjuangan Pas. UMNO pula meninggalkan tanggungjawab mereka sebagai kawan kepada MCA untuk menerang dan menjelaskan perkara sebenar tetapi turut sama mengakuinya demi meraih undi dari kalangan masyarakat Tionghua. Inilah akibatnya berkawan dalam UMNO. Meskipun kompenen BN telah berpuluh tahun dibina dengan kuasa pemerintahan yang ada ditangan mereka, kegagalan mereka memberi penjelasan tentang Islam bukan hanya kepada parti kompenen tetapi juga kepada rakyat keseluruhannya. Mereka hanya menjadikan Islam sebagai alat untuk mendapat kuasa tetapi tidak untuk mengamal serta mempraktikkan keadilan dan kesejahteraan Islam.

PAS amal Islam sebenar, Umno mengelirukan

KEPALA BATAS, 7 Mac: Mantan Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng mengakui PAS mengamalkan Islam tulen berbanding Umno yang banyak mengelirukan agama itu menyebabkan parti komponen BN seperti MCA, Gerakan, MIC dan lain-lain tidak berminat mendekati Islam. PAS, kata beliau banyak mengajar dirinya lebih dekat dengan Islam dan merasai ada kelainan bila mana mengadakan perbincangan atau pertemuan dalam Pakatan Rakyat. "PAS lain dengan Umno yang saya kenal. Mereka memperjelaskan kekeliruan sehingga ramai bukan Islam dalam Parti Keadilan Rakyat dapat merasai kelainan berbanding berkawan dengan Umno," jelasnya yang juga Naib Presiden PKR ketika berucap dalam Karnival Penang Harmoni di Dewan Millenium, di sini malam tadi. Turut berucap ialah Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Ketua Penerangan dan AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Mohamad Sabu.
Beliau turut memuji langkah PAS memperjelaskan isu penggunaan kalimah Allah sehingga ada yang pergi ke gereja untuk tujuan berkenaan tetapi sebelum ini tidak pernah terjadi demikian. Natijahnya kata beliau, PAS bukan sahaja dapat merapatkan jurang dengan masyarakat bukan Islam apabila tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS tetapi juga individu bukan Islam tidak bimbang lagi dengan dasar Islam yang didokongi PAS. "Dulu memang orang bukan Islam takut PAS kerana bimbangkan terlalu ekstrem, rupa-rupanya tidak, Umno pula dianggap parti asabiah kerana terlalu mengagung-agungkan kemelayuannya," kata beliau pada malam terakhir pada program anjuran Lajnah Penerangan PAS negeri yang berlangsung selama 10 hari itu. Justeru itu, katanya kebanyakan kepimpinan Umno lebih suka melakukan rasuah, pecah amanah dan tidak mempedulikan penyelewengan untuk melonjakkan nama sendiri bagi memastikan kedudukan terjamin sedangkan PAS terbukti berjaya mempamerkan kejayaan hasil kerjasama dengan bukan Islam dalam PKR dan DAP.
Lagipun, ujarnya Kelantan di bawah pemerintahan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri berjaya membawa contoh sebagai sebuah kerajaan yang bersih dan dapat meningkatkan kemajuan. Ianya, kata beliau tidak seperti mana yang diwar-warkan oleh Umno dan BN kononnya jika memerintah mengikut cara Islam, negeri boleh bankrap dan pembangunan ketinggalan.

Kalau beginilah contohnya. Bagaimana perbezaan dua Chua berdasarkan kelompok parti dan cara berkawan nescaya dalamasa mendatang, kita cukup berkeyakinan bahawa DHPP bakal memainkan peranan dengan lebih bermakna dan kebenaran Pas makin terserlah dan keyakinan bukan Islam terhadap pendekatan Pas dalam memberi penjelasan tentang keadilan Islam akan membuahkan hasil.

Jika Pas telah berjaya memecahkan tembok antara bukan Islam, UMNO yang berada dipenjuru gelanggang bertahan dengan semangat perkauman melayu mereka, pasti akan terhakis jua. Sekali aje UMNO tumbang, nescaya mereka tak akan mampu bangkit sampai bila-bila kerana nyawa UMNO hanya bergantung kepada wang dan kuasa.

Read More !

Inikah Wajah Perempuan Islam Berusia 700 Tahun?

| | 2 comments

Ingin tahu bagaimana wajah perempuan Cina yang berumur 700 tahun? Coba tengok gambar ini. Penemuan mumia terbaru di China, yang secara kebetulan terjumpa ketika pekerja sedang membina jalan di China bagian Timur baru-baru ini.

Yang luar biasa adalah keadaan tubuh si mumia yang masih sangat baik dan utuh. Dikatakan ia milik perempuan pejabat tinggi semasa Dinasi Ming (1368-1644). Ia ditemui di kota Taizhou, Daerah Jiangsu.

Arkeologi Cina terkejut bagaimana eloknya keadaan kulit, rambut, alis, dan wajah si perempuan. Seakan-akan perempuan ini baru meninggal beberapa tahun lalu. Ia mengenakan pakaian dari sutera yang masih terawat.

Mumia ditemukan di dalam keranda kayu di kedalaman dua meter dari permukaan tanah. Apa yang ia pakai dan bagaimana kondisi dirinya memperlihatkan bagaimana kehidupan masa lalu Cina. Dari ujung rambut hingga ujung kaki, boleh disebutkan mumia ini sangat lengkap dan baik.



Adakah ia seorang Islam? Kerana Dinasti Ming dikatakan sebuah kerajaan Islam? Adalah dipercayai bahawa Chu Yuan Chang, pengasas kerajaan Ming itu ialah seorang Islam. Baginda menggunakan gelaran Maharaja Hung Wu, seorang Islam dari keturunan Semu (semitik) yang telah datang ke China dalam zaman Yuan. Permaisurinya iaitu Ratu Ma Hou jelas beragama Islam kerana baginda berasal daripada keluarga Ma di An Hui. Setelah menawan Nanking, Chu Yuan Chang telah mendirikan sebuah masjid jami'. Masjid ini dinamakan Masjid Chin Juieh yang bermaksud 'Pencerahan Murni'. Bahkan baginda sendiri telah menulis sebuah sajak untuk diabadikan pada dinding masjid yang dibinanya itu.

Ibrahim Tien Ying Ma, bekas mufti Peking (Beijing) dan salah seorang pegawai Republik China sebelum China jatuh ke tangan Komunis pada tahun 1949, telah menyatakan bahawa Dinasti Ming itu memang sebuah kerajaan Islam. Beliau menjelaskan bahawa 'Ming' bermaksud 'gilang-gemilang atau terang-benderang'. Perkara ini mengingatkan kita kepada tindakan Rasulullah Saw ketika mula-mula sampai ke Yathrib pada tahun 622M. Baginda telah menukarkan nama kota itu kepada Madinah al-Munawarah atau 'Kota yang gilang-gemilang dan bercahaya'.

Dinasti inilah masyhur dengan Laksamana muslim bernama Cheng Ho dan mengadakan perhubungan dengan kerajaan Melaka. Jadi adakah Mumia itu seorang perempuan muslim? Begitukah rupa dan pakaian mereka 700 tahun lampau. Sama usia ketika kedatangan Islam ke Terengganu yang tercatat di Batu Bersurat yang dikatakan datang dari Yunnan, China. Wallahua’lam.

Read More !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...